21.11.13

Aktiviti cuti sekolah

Sedih pulak bila baca kisah budak lelaki yang meninggal dunia disebabkan radang otak. Menurut ibunya sejak cuti sekolah bermula arwah pergi ke kafe siber dari awal pagi dan balik ke rumah lewat petang..Aku ni pun kalau mengadap hp lama sikit pun dah sakit kepala..

Aku pun selalu pesan kat anak-anak terutamanya Zarif, kalau nak main game tu boleh tapi pastikan selang seli buat benda lain, bukannya mengadap game satu hari..Budak laki kalau dah main game, benda lain pun dah tak pandang, kita lalu depan dia pun macam tak perasan.

Kalau Zarif buat tak endah je kat aku, memang aku terus amik laptop dan off terus ok...Nak didik anak zaman ni memang tak senang, ada masa kita memang kena tegas. Mrhubby orangnya lembut so yang garangnya pastilah aku, huhu. Tapi kalau sekali mrhubby mengamuk dengan aku sekali pun boleh menangis...

 Ni dah beli sebelum cuti sekolah lagi, so siaplah yeaa
(tapi buat untuk gertak je laa, kalau kena pun sipi-sipi dan ringan-ringan jer..)


Selasa lepas balik rumah atuk kat bandar dan tolong kemas apa yang patut sebab atuk dan nenek (mak abah aku)  dah nak balik BP hujung bulan ni..

 Ha tolonglah basuh kereta yea..

Sapu sampah dan bersihkan rumah atuk


Aktiviti semalam kat rumah sendiri dari dok main game je jomlah buat aktiviti seni..Kan syiok layan kertas yang warna warni gitu..Takpelah rumah sepah sikit janji lepas buat aktiviti ni semua kena kemas..Aku selalu pesan kat anak-anak nak buat apa pun boleh tapi mesti kemas balik sebab penyakit aku yang tak boleh nengok rumah bersepah, huhu..






 Ni malam tadi aku ternampak kat bilik Zarif;


Aku : Kenapa buku-buku ni terkeluar macam tu, susun balik Zarif..
Zarif : Ehhh, bukan kita yang buat laa..

Aku : Dah tu siapa yang buat macam ni?
Zarif : Mana lah kita tau..

Aku : Ok, ibu tau mesti Nabila yang buat ni kan..
Zarif : Yelah, yelah..memang kita yang buat..
(hahaha, nak kena sebut Nabila baru nak mengaku) -- reverse psychology ok..


Tq kerana sudi baca..:)




 





 




6 comments:

  1. Salam Huda.. Ibu Yusuf datang berziarah selepas sekian lama menyepi dr dunia blog. Hihi..
    Seronok baca setiap baris, sebab anak kita ni lebih kurang je.. Cuma ahkak xde baby.. Hehe..
    Yg last sekali tu, nak tergelak pun ada..

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Nabilla dah jadi femes kat Johor ni Huda. Padahal rumah buruk tu tempat budak dadah melepak..

    ReplyDelete
  3. wakakaka..kesian nabila jd mangsa.. selalu dipersalahkan..

    ReplyDelete
  4. tak pasal-pasal nabila jadi sebutan...anak2 pasti takut kan...bagus juga macam tu...cepat saja mengaku Huda...

    ReplyDelete
  5. hehehe nabila popular jadinya... wah.. rotan panjang tu... nak beli gak la.. hahahaha

    ReplyDelete
  6. menarik-menarik.. esspecialy part melatih buat kerja rmh tu.. lya pon ada latih asya..
    pasal xtvt art tu, lya pon ade plan nk buat mcm2 gak nanti.. tp hujung minggu n petang je la kot, lps blik kerja.. rotan mmg dah lama ada.. just utk gertak..mmg x pnh r rotan lagi.. xkan rotan kot, lg pon x bgus gak..klo nk rotan sipih-sipih pon kena rotan dekat kaki. tu cara nak ajar anak.. lya pnh baca psal ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...