17.9.13

Macam-macam cerita..

Ha, camana cuti seronok? Takde tuesday blues ok, kerja..kerja..Cuti ni pun aku takde ke mana, dok lepak kat rumah rehat-rehat dan nonton tv saja..

Meh aku letak gambar je la, kita bercerita dengan gambar..


Ahad lepas mak buatkan ni untuk Zahia Aisyah yang selsema. Mak ikut petua hasil dari pembacaan dia. Dia tumbuk lengkuas dengan bawang merah dan apa ntah lagi pastu dia suruh campur dengan minyak (minyak masak pun boleh tapi aku letak minyak zaitun). Lepas tu gaul-gaul dan sapu kat ubun-ubun Aisyah. Mak aiii baunya kuat betul..Bau bawang dengan lengkuas tu la, tak tahan ohh tapi nak bagi baik biar jelah..Tq mak.

 Tahniah pada pasukan Harimau Muda A kerana berjaya mengalahkan pasukan Myanmar sempena Pestabola Merdeka, yeahhh!!



Ahad malam tu pulak mak rajin nak buat cream puff. Yelah aku pun rindukan hasil air tangan mak (untuk pengetahuan semua, mak abah aku sekarang dok kl jap sebab nak buat rawatan perubatan sakit abah aku).

Macam biasalah kalau dah buat ni memang laju ler tangan yang mengambil dan makan tu termasuklah diri sendiri, sambil filling custard dalam tu sambil makan hehe..Tq again mak!

Ibu nak gak bergambar dengan baby Zahia Aisyah walaupun tudung senget benget
Ni pakai selekeh je sebab nak balik rumah sendiri semalam :)

Aisyah cuba cakap something dengan abah, ntah apa yang dia mengadu tu..
Mulut dia sekarang bukan main riuh lagi


 Ok tu dulu yea, nanti kita sambung lagi yea..












2 comments:

  1. k.huda.. cer tny mak ape bahan2 utk ubat selsema tu? Baby amir selsema x baik2 lg dh seminggu dh ni.. sian kat dia hidung sumbat.. nak minum & tido sush je rasanya

    ReplyDelete
  2. Akak bisa guna bawang putih atau kunyit ja.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...