2.10.13

Aku setuju BR1M tidak perlu diteruskan

Yea aku memang setuju supaya BR1M tidak perlu diteruskan pada masa akan datang. Jangan cakap aku berlagak atau aku kaya ke apa ke..Jeles sebab aku tak dapat? Oh takk...Sebab aku sendiri susah, even dapat gaji pun bukannya cukup setiap bulan. Side income memang takde semuanya cukup-cukup je, ibarat sekejap timbul, sekejap tenggelam gitulah hakikatnya hidup masa sekarang..

Sebab kenapa tidak perlu diteruskan..Sebab aku rasa tak membawa apa-apa kebaikan dan faedah melainkan kita sentiasa berharap pada bantuan dan rasa kebergantungan (eh ada ke perkataan ni? huhu). Kalau dapat BRIM tu boleh tahan 5-10 tahun takpe gak, tapi dapat BRIM tu tak sampai sebulan pun boleh abis tau..

MELAINKAN macam Tun Dr M kata kalau memang dah susah betul dan daif mungkin perlu dapat bantuan ni. 

Banyak sebenarnya bantuan lain yang kerajaan boleh bagi pada rakyat selain dari BR1M ni..Contohla, ni pendapat aku- semua orang diberi peluang untuk buat side income tapi kerajaan tanggung pemberian modal (kalau tak semua tapi separuh ke) --- Ni contoh je. Kadang rasa nak suruh je pak-pak menteri golongan atasan semua ni meh nengok rakyat bawahan ni hidup..Cuba selami cara kehidupan mereka dan fahami apa yang rakyat mau..

Katakan, seseorang duduk kat rumah jaga anak atau orang tua yang sakit ke..Dia boleh buat kerja tapi tak boleh nak keluar rumah sebab perlu menjaga anak atau mak bapak yang sakit..So cuba kita bagi alternatif pada dia untuk buat kerja. Tolong support bagi modal ke, bagi line internet ke (kalau nak buat bisnes online)...

Paling tak pun, usahawan-usahawan kecil (contoh kalau ada yang jual kerepek ke atau apa je) boleh la hantar kerepek yang nak dibungkus pada mereka-mereka yang nak buat kerja ni..Kadang diaorang nak buat kerja tapi tak tau apa nak buat..Bukanlah buat kerja full time, part time je pun. Bila free boleh buat kerja tu, settle kerja boleh bagi upah..Kalaupun tak banyak yang diaorang dapat sekurang-kurangnya ada lah usaha untuk buat kerja dari mengharap bantuan kerajaan semata.

Ni aku bagi pendapat je pun. Aku sendiri pun takde kemahiran lain melainkan kemahiran menaip semata huhu. Tapi aku tengah cari dan paksa diri untuk buat something yang aku boleh pasarkan..Eihh mau tak jeles nengok semua orang buat side income tapi aku tak buat apa-apa..

Tak kisah apa-apa kerja pun janji boleh dapatkan income, tak banyak sikit pun ok kan..Zaman sekarang ni memang tak boleh harap pada makan gaji semata memang terpaksa cari pendapatan lain..

Tapi tulah kadang-kadang rasa sedih dengan keadaan semasa, sebab kita semua bekerja keras mencari nafkah lepas tu nak paksa diri nak cari side income untuk meneruskan kelangsungan hidup demi keluarga dan anak-anak..Tapi kita lupa pada kehidupan yang hakiki sebagai hamba Tuhan, sebagai ibu kepada anak-anak dan isteri kepada suami, semuanya kerana harta dunia..Ermmmm zaman sekarang semua zaman duit, ada duit semua jadik, takde duit apa pun tak boleh..

Sekian...



9 comments:

  1. Yalah huda. Akak pun dari dulu tak setuju bg BR1M ni, baik guna tu tuk subsidi minyak tu, takdelah harga brg lain asyik naik. Dan ya, jeles juga tgk org lain ada side income, bisnes online, tp kalau nak cuba buat takut je masa dgn anak2 terganggu. Skrg pun rasa tak cukup masa nak tahu apa mereka belajar di sek sorang2, bila mlm je akak dah penat, mereka buat keje sek, akak tggu kejap, tp pastu kdg akak dah tertido, huhu. Tak dpt mcm dulu, belum boleh jd supermom lg akak ni, huhu.

    ReplyDelete
  2. sangat bernas entri ni.. queen pun setuju gak ni.. dari beri BRIM tu kan.. 1jam pun blh habis tau.. lbh baik beri bantuan kewangan dr segi lain plak.. sgt setujula utk yg memulakan bisnes tu kan.. at least impak dia berpanjangan.. x dpt bg full bantuan separuh pun jadilah kan..

    ReplyDelete
  3. Okje rasa BRM1 tu patut diteruskan.....
    On top of that buat yg macam Huda suggest tu ...tu lagi bagus! betul tak?

    ReplyDelete
  4. yess, setuju dgn pendapat akak.. tp diorg kata br1m tu tahan setahun.. erkkk.. padahal bukan semua pun layak dapat..

    ReplyDelete
  5. alah takat celah gigi jer br1m tu..pada yang betul2 memerlukan patut diteruskan kot..boleh tampung belanja skit..

    ReplyDelete
  6. Lagi pula kakak lihat ada yg berkemampuan mendapat imbuhan tersebut. Tapi yg melarat macam yg masuk dalam rancangan bersamamu ramai lagi.... mana pergi pak-pak menteri yg sebelum pilihanraya pergi? tak kan sorang-dua susah pun tak boleh tolong sampai masuk tv bagai. Hairan kan...

    ReplyDelete
  7. bagi pada yang betul2 susah lagi bagus.sebab boleh bagi banyak sikit..ni tengok yang melancoig tetiap tahun pun dapat..sangt tak best la..

    ReplyDelete
  8. setuju jgk.. brim jgk rsa mcm mbazir.. baik gnakn utk y lbh bfaedah.. brim tu.. blanje sbln pon x ckp.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...