16.10.13

Cerita Hari Raya Haji kita...

Assalamualaikum semua..

Ada yang bercuti lagi hari ni ke? Mesti ada kan, bos-bos aku pun ada yang cuti hari ni..Yelah mesti diaorang penat melapah lembu semalam kan...

Aku mestilah dah naik kerja..Isnin dah cuti ada hati nak cuti lagi hari ni kan, memang tak ler..Cukup-cukuplah cuti sebab kalau lama lagi cuti confirm aku lupa tarikh (aku memang ada masalah sikit asal cuti je confirm aku lupa tarikh, teruk kan...)

Dahlah layan gambar dulu, aku share gambar semalam. Gambar hujung minggu nanti dulu k, esok lusa baru aku share..Ni kita amik aura raya haji dulu..

Ayam Masak Merah, Dalca & Nasi Serai


Mak dan aku masak simple je memandangkan lepas solat dan makan semalam mak, abah dan adik aku terus balik KL (teruskan rawatan perubatan untuk abah). Abah aku takut jam kat highway sebab tu dia nak balik awal, sedih ok raya aku kali ni tak macam raya sebelum ni..Tapi syukur sebab dapat jugak sambut dengan diaorang walaupun seketika cuma.


Mak bergambar dengan cucu-cucunya sebelum balik KL...Tq mak sebab sudi jagakan Zara masa dia sakit hari tu sampai dia dah sihat sekarang, alhamdulillah.

Abah aku kata Aisyah macam budak Mongolia, hehe...


Lepas mak, abah dan adik bertolak balik, diaorang kononnya nak nengok lembu yang nak dikorbankan..Excited tu maklumlah setiap tahun pun rutinnya gitu, kalau ada rezeki dapatlah bergambar dengan lembu..Anak-anak aku ni memang tak takut, aku je yang takut nak nengok...Zara yang paling excited ok..

Tapi bila diaorang pergi rupanya orang dah settle korban lembu dan masing-masing tengah sibuk dok melapah je..Kesian anak-anak ibu..Takpelah takde rezeki la, Insya Allah tahun depan ok, mana tau ada rezeki kita buat korban pulak..


Lepas Zohor ke rumah kakak ipar pulak..Makan-makan kat rumah diaorang, kata hari raya kan. Dekat dua jam kat rumah kakak then baru lah kitaorang siap-siap nak balik ke rumah sendiri...Aisyah masa kat rumah kakak punyalah baik saja..Takde nangis pun asik senyum je..


Ohhh ni part yang paling tak suka tapi kena buat..Dalam pukul 5 lebih petang baru sampai rumah..Wah korang nengok ni,penat tau nak mengemas, baru anak 3..Rumah mak pun dekat je, cuba bayangkan kalau rumah mak abah aku kat KL ke Kedah ke, entah berapa banyak beg yang aku nak angkut yea??

Alhamdulillah segala urusan sepanjang hujung minggu hinggalah ke hari raya semalam berjalan lancar yang penting dapat bersama-sama dengan keluarga tercinta...:)

 












9 comments:

  1. Adik memang macam baby kemboja apa lagi bila pakai topi.. peha dia gebus betul - geram kakak tengok
    Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Huda dan keluarga

    ReplyDelete
  2. uiks.. peha aisyah tu.. nk geget boleh? hehehehe

    penatkan kak nk packing baju reramai ni.. byk plak tu yg nk dibawa lbh2 lg ada anak kecikkan.. seb baiklah umah mak dgn MIL dekat je.. kalau jauh jenuh gak tu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. semangat aisyah tuh...sapa tengok sure geram Huda...
    sedapnya menu raya tuh...

    ReplyDelete
  4. biasalahtukan... adat kalau dah tinggalkan rumahkan...
    semalampun tak sempat nak tengok sembelih lembu..
    datang dah nak selesaipun....

    ReplyDelete
  5. Salam aidiladha..singgah dan folo blog my sweet moment..jika sdi,snggah blog sya ;)

    ReplyDelete
  6. Tengok baby teringin nak tambah ahli keluarga lagi...geramnya tengok Aisyah...

    Akak dah habis zaman nak hangut bagai tu, balik kampung atau jenjalan skrg anak2 jaga beg memasing.

    ReplyDelete
  7. kemain pacak rmbut dak tecik tu..

    ReplyDelete
  8. banyak nya barang,..sama dengan saya..sampai hari ni tak habis kemas baju..pengorbanan jugak tu..:)

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah... dpt juga beraya dgn mah abah huda wpun sekejap je kan.

    alaaa... part yg nak mengemas balik tu mmg sama. ini pun kain yg blm berlipat dari raya haji mmg tak sentuh lagi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...