30.9.14

Macam cikgu betul

Harini memang rasa cam nak ngamuk ler..

Baru petang ni, internet aku ok..@#$%^&* grrrr..Kalau tak bukak facebook aku tak heran sangat, tapi kalau tak boleh bukak blog, rasa sedih tau..:(

Sebab dah petang, mood nak upload gambar pun cam dah lemau, lepas tu nak cerita pun idea ntah dah ke mana-mana..Apa nak cerita ek?

Oh yea, aku kan dah pindah ke ofis lain..Biasalah dah kerja kat universiti ni, so setiausaha cam aku ni biasa dipindahkan kalau dah sampai tempoh..So sebelum puasa haritu aku dah masuk fakulti baru..:) Aku pernah cerita kat blog ni, malas nak letak link huhu..

Kalau dulu fakulti kejuruteraan sekarang ni fakulti pendidikan..Jaga bos baru pun ok, mula-mula masuk sini, cam malu-malu kucing, sekarang kalau gelak, orang dok belakang pun boleh dengar..Sebelum ni nak cakap dengan bos cam baik-baik, sekarang ni baik jugak tapi dah takde cover line, direct saja hehe..

Tapi sesekali teringat jugak kat fakulti lama yang havoc tu..:) Pada yang baca tu, kena ingat - akak tak lupa tau tempat lama..Rindu kat korang!

Dah namanya fakulti pendidikan so kenalah akur bila kena pakai;

Terasa macam cikgu betul ok hehe..



29.9.14

Cerita ke Johor Bahru

Ok jomlah kita cerita apa yang berlaku minggu lepas..Macam biasalah layan gambar je ok, sebab itu pun yang korang nak nengok kan..:)

Khamis lepas amik stok vitagen lagi, bagi yang tak tau aku jual vitagen kira home delivery la
Rasanya dah 6-7 bulan kot aku jual, alhamdulillah, sapa nak boleh order (dekat area rumah aku la)

Jumaat pagi dengan gigihnya ke Persada JB sebab nak gi sini laa
Tak pernah pergi mom & baby expo so saja jer, adalah beli something untuk Aisyah..

Nasiblah budak kecik ni tak meragam sangat kat expo tu
Memang sesak kat sana tapi bolehlaaa kan, kata nak jalan-jalan :)

Balik dari expo tu, simpan barang kat kereta dan terus menapak ke Plaza Kotaraya..Kata nak jalan kan, ha apalagi..Lama sangat tak pergi sini memang dah berubah sangat la..Takde beli apa pun sebab motifnya nak jalan je kan..Lepas tu bawak budak main kejap kat angry bird playground ni..

Saja-saja sementara nak menunggu waktu nak solat jumaat


Bapak budak pun layan jugak :)

Lepas tu terus ke BBU sebab diaorang nak solat kat situ je..Aku tunggu dalam kereta je, tak boleh solat so dok tunggu jelah..Nasib si kecik tu tido jer.

Settle solat terus gerak ke Plaza Angsana nak makan, terbayang aku mi rebus yang sedap tu..Tapi bila sampai tuan punya kedai tak balik solat lagi laa..Aku dah tahap kebulur so tak mampu tunggu terus order nasi ayam, so melepas la mi rebus yang diidam tu :(

Tak sangka pulak, hari yang sama, Dato Siti Nurhaliza ada sesi perjumpaan dengan peminat kat Watsons Angsana..

Dapat ke cari Dato Siti? Hehe..(kitaorang dari tingkat atas je)
Cantik kan dia...

So itu jelah kisah minggu lepas - saja jalan-jalan nak gembirakan budak-budak takde motif lain pun. Alhamdulillah cuaca masa tu semuanya baik dan segalanya dipermudahkan. Bulan depan nanti nak ke JB lagi..

Aku banyak kenangan dengan JB ni, anak-anak dan mrhubby agaknya pun dah naik jemu kalau g JB aku asik dok menerangkan benda yang sama, kenangan lama masa kanak-kanak dulu hehe..

Oklah sekian dulu..Tq sudi baca.

25.9.14

Kisah remaja dan pak belang - trauma

Semalam aku cuba tahan diri takmo nengok video harimau bunuh remaja kat Zoo India tu kan..Tapi entah kenapa tangan ni gatal sangat terus klik video tu..Berani sangat eh aku nak nengok..Mrhubby pun tak nengok tauuu..

Aduii aku nengok tu betul-betul sebelum aku masuk tido lepas tu apa lagi memang trauma la kan..Dok terbayang je sampai sekarang ni, confirmlah sekali tu jelah aku nengok.

Ermm memang kesian dan mengerikan tapi kan, aku pelik sangat mana pekerja zoo sana. Sebab kan harimau tu tak terus serang mangsa tu tau, still ada masa lagi kalau pihak zoo buat something (selain dari pengunjung sana yang dok baling batu ke kayu ke nak alihkan perhatian harimau tu). Tembak ke apa ke kan, buatlah sesuatu at least boleh selamatkan nyawa remaja tu.

Memang sedih sangat la, dah ajal dia macam tu kan..



So tak payahlah nak selfie yang membahayakan diri sendiri ok, tak payahlah nak selfie dengan harimau ke selfie dekat tepi curam la tepi gaung la, atas bangunan tinggi la..Macam-macam gaya orang kita nak selfie sekarang ni..Kalau nasib tak baik nak selfie jadik cam ni kan dah susah..

 Baby yang cedera teruk dengan biawak tu pun aku tak mampu nengok sebab tak sampai hati la..Rasa sakit yang teramat sangat kan..Tapi nak sedapkan hati sendiri, sebab dia baby aku rasa mesti luka dia cepat sembuh dan tumbuh kulit baru...

Ok, sekian..Aku nak dengar tazkirah sekarang ni..


Nanti aku sambung blogwalking yea...





24.9.14

Bila Aisyah muntah-muntah

Semalam dan kelmarin baby Aisyah tak sihat sebab muntah-muntah, kebetulan dia batuk so ada kahak lagi. Jadik muntah tu keluar kahak jugak la..Kesian baby. Ingat muntahnya sekali tapi banyak kali jugak..So lembik jelah dia..Ikutkan aku ni jenis yang panik tak tentu arah tapi bila kenangkan dr selalu pesan, kalau apa-apa berlaku kat anak jangan terus panik..So aku cuba bertenang walaupun Aisyah muntah tapi ikut je arahan macam dr bagitau. Mujur jugaklah klinik depan rumah je.

Dua hari berturut pergi jumpa dr dan semalam bila dr tekan perut dia memang kembung..Ala siannya anak ibu ni..Alhamdulillah semalam dah mula sihat, dah mula nak makan dan dah mula cergas. Syukur sangat, yelah kan bila anak tak sihat kita ni pun mulalah tak tenang dan tak fokus nak buat kerja lain.  Terima kasih khas untuk mrhubby yang sanggup ambik cuti semalam dan jaga baby Aisyah kat rumah. Tq so much! Tq jugak kat pihak sekolah yang bagi mrhubby cuti tau jelah kan cikgu sekolah bukannya senang nak cuti. Aku dan mrhubby amalkan sistem giliran. Tak semestinya anak sakit ibu je yang kena cuti, ada masa bapa pun kena bertanggungjawab jugak. Sebab rumah dekat dengan tempat kerja so aku on off balik rumah jugak nengok baby Aisyah.

Ni gambar petang kelmarin 

Ha ni gambar malam tadi - dah mula nak cergas laa..:)

Masa mula-mula Aisyah tak sihat ni aku tak bagitau mak aku. Selalunya aku bagitau mak, tapi aku tau kalau aku cakap mesti mak akan pesan banyak-banyak huhu..So aku dan mrhubby settlekan semua sendiri...

Bila Aisyah dah mula baik, baru aku up gambar dalam instagram malam tadi, tak lama lepas aku upload gambar, mak terus call aku  huhuhu.. Taulah kan bekas nurse merangkap nenek yang prihatin..Terima kasih atas keprihatinan mak..Mana ada nenek tak sayang cucu kan..Mak aku memang pantang dengar budak-budak sakit ni..Maklumlah mak aku dulu cukup jaga serba serbi, bila cucu-cucu sakit memang berjela la nasihat dia bagi kat aku, jangan lupa sapu vicks...jangan mandi awal pagi, makan ubat ikut time, jangan basah kepala, masak bubur dan etc...

Harap Aisyah terus sihat yea sayang..:)







22.9.14

Cabaran yang menyeronokkan

Adoi hangin betul la aku dari pagi tadi aku nak update blog tapi takdapat sebab internet ni buat hal..Lainkali update kat rumah jelah huhu..

Ni pun tetiba kepala aku pening semacam ntah high blood ke low blood ni..Tension pasal kerja kot?? Tapi takmolah tension pasal kerja sebab banyak benda penting lain aku nak fikir selain dari hal kerja..Dulu aku tak suka cabaran kerja sebab aku rasa cabaran tu menyusahkan aku je..Tapi sejak beberapa tahun ni aku rasa lain pulak..

Aku rasa cabaran tu sesuatu yang menyeronokkan, lagi sukar cabaran tu lagi aku suka, chewaahh..Konon gitu..Tapi nengok jugaklah keadaannya..

Kadang aku rasa aku boleh buat lebih tapi ada masanya kita berdepan dengan cabaran dan dugaan yang tak disangka. Kita boleh merancang tapi yang menentukan tu kan Tuhan so pasrah jelah bila apa yang kita harapkan tu tak menjadi seperti yang dirancang.

Berdepan dengan bos baru ni jugak satu cabaran untuk aku. So far semuanya menyeronokkan walaupun ada masa gerak laku bos sukar difahami tapi macam aku cakap tu adalah cabaran dalam bekerja so aku redah saja, hehe..

Kadang-kadang kan aku berangan jadik macam watak Andrea (lakonan Anne Hathaway) dalam filem The Devil Wears Prada..

 Bos Miranda (lakonan Meryl Streep) yang tersangatlah cerewet
tapi dapat PA yang serba boleh (walaupun bukan minatnya)

Tapi bos aku takdelah macam tu cumanya aku cuba untuk buat yang terbaik walaupun aku rasa benda tu sukar tapi macam aku bagitau tadi, semua cabaran aku anggap sesuatu yang menyeronokkan..Insya allah kalau kita fikir positif mesti kita boleh buat..Kalau kita fikir susah memang kita takkan boleh buat, betul tak??

Kat sini aku nak share satu video - RACE THE TUBE..

Ni mrhubby yang share kat aku kisah lelaki (katanya pemain ragbi pasukan England, tak taulah betul ke tak?) yang keluar dari keretapi yang dia naik dan berlumba dengan keretapi itu untuk sampai ke station yang berikutnya dan masuk semula ke keretapi tu..



Memang terbaik la..Nengok, kalau kita fikir positif takde yang mustahil kan?? Yang penting kita kena percaya pada diri sendiri, yakin dan berdoa pada Tuhan.


Tq kerana sudi baca!!


 








20.9.14

Cerita cuti hari ini

Kejap je hari Sabtu, selamat berhujung minggu semua. Esok mrhubby dan anak-anak dah mula bersekolah..

Dari semalam baju semua dah gosok, beg sekolah pun dah settle termasuk beg Aisyah nak ke taska. Bekal air pun dah settle dan dah bersusun atas meja tinggal ambik je esok. Bekal makanan je esok baru settle tengah fikir menu esok ni, erm, apa ek..

Ni mrhubby jadik pengadil untuk pertandingan futsal so tinggal aku dengan budak-budak je kat rumah ni. Aku baru settle masak nasi lemak, terus je makan lunch senang yea sebab lepas Zohor nak balik bandar (rumah parents) so malas aku nak kecah-kecah masak banyak lauk. Hidup kena pandai rancang, hehe. Maklumlah anak dah tiga kan, semua nak pantas je. Oh untuk Aisyah tu aku masakkan bubur sebab dia batuk so makan bubur jelah yea nak..Kalau nak makan dessert ada kek batik yang mrhubby buat semalam so semua lengkap..Jadik jangan nak mengadu lapar-lapar yea ..:)

Kain baju semua aku dah lipat tinggal kain baju yang tengah sidai je kat luar tu..Wow, time aku tengah rajin dan mood baik ni semua pun settle cepat je...Cuba kalau aku tengah malas memang banyak je kerja rumah tak siap...

Oh yea semalam aku dan mrhubby DIY bilik anak bujang..Tapi tak siap lagi, banyak lagi nak buat so kita buat sikit-sikit dulu..Pindah rumah dah nak masuk 4 tahun tapi banyak lagi yang tak deko-deko..Sebab semua nak bajet, duit oh duit, huhu...Yang penting konsep aku simple je.

Wah banyak pulak aku cakap yea..Nak gambar semua Isnin la yea sebab hari ni memang nak cerita je hehe..Ni nak sambung buat kerja kat stor pulak..

Selamat berhujung minggu dan selamat beristirehat semua.



17.9.14

Semalam 16 September

15 September lepas maghrib bertolak balik rumah mak abah.

Nak tido rumah mak abah sebab 16hb ada kenduri kahwin nak pergi sama dengan mak abah (jiran satu jalan je - kawan lama mrhubby yang kahwin).

 Aha rasakan bekas nurse bagi makan ubat
Dah pandai dia menyembur ubat tu keluar ek, aku bagi banyak yang keluar dari masuk huhu

Ha ni rasakan jugak atok ajar cucu English..
Atok memang power English so biar dia rasakan, hehe...Kalau dengan aku asik la nak main je kan..


Haa ni memang terbaik..:)
So semalam takde masak, makan nasi orang kahwin jer..

Ni lagi terbaik haha..
Abah aku semaikan dan bagi aku bawak balik pokok pandan ni..
Nanti dah boleh la aku buat bubur kacang kan...Tq abah!

Petang semalam jalan-jalan ke Kelab Golf Batu Pahat
Kesian aku duduk lama je kat Batu Pahat tapi baru masuk padang golf ni, kesian kan huhu..
Selama ni ingatkan kawasan larangan..:(

Dan lagi best kat dalam kawasan padang golf tu ada Galeri Dato Onn ni
Semalam tutup, tapi katanya boleh masuk free kot..Nanti kalau aku dah masuk sini bolehlah aku buat entry khas yeaa...


Sekianlah cerita 16 September semalam. Hari ni aku cuti, saja nak rehat kat rumah. Esok kerja balik tapi kerja pun dah hari Khamis, petang kerja setengah hari je.:) Nak cuti dua hari rasa macam rugi je cuti haha.

Oklah nak buat cupcake ni, untuk korang selamat bekerja yeaa!!





15.9.14

Kisah di hujung minggu - Anak 3 & kerja rumah

Dulu sebelum ada anak 3, aku selalu tanya kawan-kawan yang ada anak 3, ok ke anak 3? Penat tak? Banyak kerja tak? Boleh control anak-anak tak? Ada masa untuk diaorang tak? Sempat buat kerja rumah tak???

Banyak sangat soalan kan, aku nak tambah anak tapi aku tak suka rumah bersepah..Lepas tu aku kerja dan aku takde maid, so masa tu tak boleh nak bayangkan keadaan rumah bila anak 3 orang, sebab masa anak 2 je aku boleh handle dengan baik (kononnya la) macam semua teratur gitu..


Sekali bila anak dah 3, amik laa yea..Dengan yang bongsu ni perangai one kind sikit..So kena banyak bersabar. Yang aku tak suka, yang tulah dia banyak buat. Contohnya aku tak suka barang bersepah kan, tapi yang tu la dia suka buat..So aku kena banyak bersabar la..Maybe sebab dia kecik lagi sebab tu dia tak paham, takpelah aku redha dan pasrah je..Dalam hal cam ni aku memang kena dapat support dari mrhubby, kalau tak aku memang emosi tak tentu pasal.

Yelah kan kalau aku tak kerja tu lain cerita, ni kerja lepas tu bila balik rumah macam-macam nak kena buat. Tapi ada masa aku ok jer, suka dengan telatah dan karenah 3 anak yang boleh buat aku hilang stress (ada masanya la, hehe).

Yang banyak uji kesabaran, tapi nyawa aku ni..:)

Bila dah uruskan macam-macam, certain kerja rumah memang tak sempat la nak buat..Senang kata, kalau A+B+C boleh buat, D tak dapat buat...Kalau D dapat buat, A+B mungkin tak dapat..gitulah kan, sebab tu semua menuntut komitmen dan tenaga yang tinggi maklum jelah, umur pun tak lama lagi nak masuk 40 huhu..

Haha, ni baru lepas angkat kain, seram kan..
Kalaulah ada pembantu..

Lepas tu bila dapat cuti hujung minggu tu rasa seronok sangat, kadang rasa meluap-luap nak buat sarapan pagi, tapi kadang rasa macam malas pulak sebab tido lagi best haha..Aku sangat menghargai cuti hujung minggu yea so kalau dapat rehat lebih sikit tu memang berbaloi sangat.

Kalau ada benda yang memudahkan so kenapa nak pilih jalan susah? Well, Jumaat lepas aku order je roti canai kosong (yang panas) dari bekas pengasuh anak-anak aku..Oh heaven betul rasanya, lagi best siap hantar ke rumah lagi..:) Dahlah pemalas nak buat breakfast, siap tambah lemak lagi tuu...Eh tapi tengahari aku masak yea, jangan ingat aku ni pemalas tak buat kerja langsung. Dah makan roti canai haruslah banyak bergerak untuk membakar segala lemak yang terkumpul..

Dah ni je sarapan kitaorang - 8 keping roti canai kosong (RM5.60)
Simple je kan..


Oklah sekian, tq sudi baca kisahku di hujung minggu..



14.9.14

Kanak-kanak perempuan 8 tahun mati di Australia


Ginilah rupa permainan yang meragut nyawa kanak-kanak perempuan 8 tahun dari Malaysia

Berita dan gambar selanjutnya GIRL WHO DIED AT THE ROYAL ADELAIDE SHOW.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa semoga mereka tabah mengharungi situasi sukar ini.

11.9.14

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger

http://www.benashaari.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

Ye lama tak join segmen dari bro Ben Ashaari. Masa awal-awal nak promote blog aku yang tak seberapa ni memang selalu join segmen dari bro Ben Ashaari.
Alhamdulillah berkat join segmen dari bro Ben, blog aku ada la peningkatan walaupun sebenarnya biasa-biasa je...Tq bro..

Latar belakang
Aku lulusan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat dari UiTM Shah Alam dan sekarang berkhidmat sebagai Setiausaha Pejabat di sebuah universiti di selatan..Istilah lainnya jaga bos :)

Kelebihan blog
Sebenarnya blog aku biasa-biasa je lebih kepada cerita peribadi dan kisah pasal keluarga..Aku cuba sharing apa saja pasal keluarga dan anak-anak especially bab kesihatan, pengalaman diri dan lain-lain..

Impian sebagai blogger
Kalau boleh mestilah nak berjaya macam bro Ben..Tapi usaha kena gigih cuma aku buat ikut apa yang termampu dan terdaya, maklumlah anak 3 dan menuntut banyak masa..At least aku bertahan dari 2007 sampai sekarang dan aku akan terus menulis selagi terdaya..

Sesiapa yang nak join segmen ni, silalah klik gambar di atas dan ikut je arahan yang bro Ben Ashaari bagi.

Selamat berkenalan semua!

Jururawat dirogol dalam ambulans????

Wah laju je korang klik eh, heheh...Sebenarnya aku pun sama ok. Tiap pagi memang lazimnya aku akan baca kosmo online..

So banyak-banyak tajuk tetiba terpandang tajuk ni, laju je lah aku klik..Yelah tak beradap betul kalau betul berlakunya kat Malaysia ni kan..

Sekali bila klik ni yang keluar..


Confuse jap, haha...Baguslah kalau ianya tak berlaku tapi agak-agak la kot nak letak tajuk tu, tersalah ke apa ni?? Tolonglah jangan buat silap, tajuk lain tapi berita keluar lain, camana tu???


Harap ada la pembetulan yea..


Sekian nanti aku update entry lain yea..






9.9.14

UPSR 91

Semoga adik-adik yang amik UPSR hari ini dapat jawab soalan dengan baik yea. Semoga Tuhan memudahkan urusan adik-adik semua, oh yea termasuk juga untuk anak sulung Kak Yus, good luck untuk Aqil...

Zarif akan bercuti hari esok, so ikutlah abahnya ke sekolah yea, nak suruh dok rumah sorang-sorang memang tak ler kan..


Cerita pasal UPSR ni teringat la zaman aku masa tahun 1991 dulu. Yea aku  amik UPSR tahun 1991. Kalau tak silap tahun 1991 tu first time or second time UPSR dengan 4 subjek sebab sebelum tu semua Penilaian Darjah Lima kan..(aku lupa la). Tapi yang aku ingat memang aku amik 4 subjek je. 

Serius aku tak pandai ok. Abah aku dah tentu la mengharap aku boleh dapat 4A tapi masa tu aku agak lembap dalam subjek Maths. Asal ada ujian atau periksa je, aku la orang yang dapat markah Maths paling rendah - dalam 40% gitu, sikit lagi tak lulus tu. 

Disebabkan abah prihatin dan amik berat, dia masukkan aku tuisyen Maths. Tapi aku pulak rasa tension nak g tuisyen Maths sebab yang masuk tuisyen tu semua pandai belaka dan aku je yang lembap. Masa tu aku ingat nak buat pecahan wajar ke pecahan tak wajar tu susah giler. Asal nak g tuisyen je aku moody, muka monyok, badan rasa lemah macam nak demam..End up aku quit dari pusat tuisyen tu..Belajar dengan abah aku yea..Belajar dengan abah lagi garang dari belajar dengan cikgu tuisyen tapi tak boleh nak quit sebab hari-hari memang kena mengadap abah..Beranilah nak demam ke nak lemah badan, memang takdenya la...

Tiba masa UPSR buat jelah..Doa dan tawakal jelah, yang aku tau harapan abah tinggi menggunung nak aku dapat 4A..Aku cuba buat sehabis baik. Yang aku tau masa UPSR tu subjek paling senang adalah English. Bila abah tanya, "Boleh buat?" Aku pun "Boleh abah.." -- standard jawapan Zarif pada aku sekarang hehe..

So bila tiba masa keputusan UPSR aku pasrah jelah..Dalam hati macam rasa boleh dapat 4A, paling teruk pun 3A la kot..Tapi mestilah nak dapat 4A kan...

Alhamdulillah Tuhan makbulkan doa aku, aku dapat 4A...Memang tak sangka sangat sebab aku kan lembap Maths. Tapi berkat tunjuk ajar abah dan usaha sendiri, aku boleh buat..Masa amik result tu aku amik sendiri kat sekolah, ada jugak parents yang datang nak teman anak-anak amik result...Abah aku kerja so dia datang amik aku balik dari sekolah cam biasa je.

Masuk dalam kereta, aku buat muka sedih je (Konon-konon nak surprise kan abah hehe)..Bila abah tanya, "Macamana result?" Aku pun cakap pelan-pelan "4A abah.."

Abah tak komen banyak, senyum sikit je..Tapi aku tau la dia happy sebab tak sangka kot, hehe..Yelah kan aku yang mengada suh g tuisyen Maths pun taknak, nak demam la apa la..Ingat abah tahan ke nak layan perangai aku, so sekarang rasakan la nak melayan Zarif..Ada lagi 3 tahun ok, 3 tahun lagi..Kalau dulu 4 subjek, sekarang 5 subjek..

Kalau kata taknak mengharap, tipu la kan..Mana ada mak bapak yang tak mengharap anak berjaya? Ada ke?? Tak kan...Sikit sebanyak mestilah mengharap tapi kita pasrah jelah..Yelah zaman sekarang tak boleh paksa-paksa, kita kena ikut flow, yang penting usaha tu mesti ada.

Oklah, sekian saja cerita pengalaman UPSR aku dulu kala..

Tq sudi baca!




 

8.9.14

Nasi Mandy la pulak

Jumaat lepas aku buat resipi Nasi Mandy segera. Kebetulan ada satu kotak lagi makanya marilah kita memasak..Aisyah ni sekarang bukan main lagi, suka sangat buat drama kat dapur, sambil aku memasak sambil tu jugak lah dia ke dapur peluk kaki aku sambil nangis-nangis, huhu...

Dah, jom nengok gambar..

 Ha inilah rupa kotak Nasi Mandy

Cara-cara ada di belakang kotak - ikut je semua cara step by step
Memang senang sangat!

Boleh refer gambar kat atas cara nak panggang ayam
Note : Setiap kotak ni disertakan satu peket beras dengan rempahnya sekali - refer link ni


Eloknya panggang ayam tu dulu sebabnya kita nak guna minyak ayam panggang ni nak masukkan kat nasi yang kita masak nanti..Boleh baca cara memasak kat kotak tu yea.

Ha ni nak masak nasi - campak je semua bahan dalam tu

Ni pulak nak blend bahan nak buat sos harrah - memang senang


Dan, hasilnya........................

Tadaaaa.....

Memang sedaplah..:)
Cukup sangat makan sekeluarga (dalam 4-5 orang)

Terus terang eh, aku memang bukan peminat makanan arab apatah lagi nasi mandy la dan lain-lain tapi bila buat sendiri camni (walaupun segera) bolehlah masuk kat tekak aku..Lagi pun puas hati sebab beras dia panjang-panjang..Tambahan pula diajar cara memasak yang mudah..

Aku tak dapat komisen apa-apa pun eh sebab ni memang testimoni sendiri..Kalau aku nak jual korang nak beli ke? Hehehe..Saja tanya...Kalau ada nak order korang komen je atau sms/whatsapp aku (016-7931644)..Kalau ada la yea...

Sekian.
Tq sudi baca!

5.9.14

Family day (TIFC) Putri Resort Melaka - Part I

Jumaat lepas aku dan group TIFC (geng futsal sekolah mrhubby) buat family day di Putri Resort Melaka. Keseluruhannya ada 10 family. Ni dah masuk tahun keempat kitaorang buat family day. Hubungan kitaorang semua memang akrab dan setiap tahun ada je aktiviti yang dibuat selain family day ini.

Bertolak hari Jumaat pukul 10 pagi dan sampai ke Air Keroh dalam pukul 11.30. Check in pukul 3 petang so kitaorang berjalan ke Mydin window shopping dan makan-makan sementara kaum lelaki solat Jumaat.

 Nampak tak yang dua orang kat belakang tu, padahal dah sampai Air Keroh masa ni..:)

Ni dah lepas solat Jumaat
Aku dan mrhubby menyelaras bahagian check in dan bilik

Yeay dah masuk bilik...

 Dapat bilik mengadap swimming pool
Heaven betul rasanya...

Ni la rupa bila kat rumah takde bath tub hehe
Tapi takdenya berendam kat sini, sebab banyak masanya kat swimming pool je

 Selagi boleh menyelit, haha


Oh ye masa kat Mydin, kitaorang beli mini cupcake ni..Aku biasalah mana boleh nengok cupcake-cupcake ni..Cepat teruja gitu;

Mini cupcake ni sekali ngap je..:)
Kitaorang beli 12 mini cupcake berapa rm aku dah lupa la pulak..

Masa angkat barang nak masuk ke bilik, aku suruh Zarif yang bawak cupcake ni semua..Tau jelah kan budak laki bawak camana, dia berlari-lari la kot..(aku tunggu dalam bilik je masa tu)..

Masa ni amik gambar dulu dan tak tau kat dalam tu rupanya dah terbalik mini cupcakes tu
Sekali bila aku bukak kotak - alamakkkk

End up memang aku tak amik la gambar mini cupcake yang dah bersepah tu, huhu..Walaupun rupa cupcakes dah tak cantik makan jelaaa, nasiblah mini je.

Ok la sambung entry yang akan datang yea..

Tq sudi baca!!












4.9.14

Nasi Arab segera..

Cuti hari kebangsaan hari tu aku jemput parents aku dan dua adik aku (Yana dan Wan) datang makan-makan kat rumah. Walaupun raya dah abis tapi tu jelah kesempatan yang ada parents aku nak datang..

Ok, tak yah susah-susah dengan pening kepala so kita masak ini saja yea..


Aku bukan la peminat nasi Arab tapi dah beli ni dari kawan mrhubby so marilah kita memasak yea..Satu kotak ni harganya RM15 kalau tak silap dan boleh serve untuk 4-5 orang..Tapi keseluruhan yang datang haritu termasuk kitaorang ada 6-7 orang, tapi cukup je alhamdulillah. Tambahan aku masak spageti jugak.

See siap dengan cara memasak sekali - serius senang yang amat ok

 Nampak tak beras panjang kan?
Dalam peket tu rempah kabsah nye la..

Alhamdulillah aku masak jadik je..Ikutkan masak nasi arab ni semua mana ada kuah, makannya kering je tapi mrhubby dengan abah aku suka ada kuah so aku buat je kuah kari ayam..Ikut step by step kat kotak tu insya allah jadik..:)

Mestilah korang semua nak nengok kan hasil masakan aku ni, yelah mungkin jugak aku tipu je cerita ni semua, ye ye je cakap dah masak semua entah-entah aku tipu ke kan, huhu..Tapi percayalah memang aku masak sebab mak aku pun kata sedap dan dia makan bertambah.

Tapi sedihnya bila semua dah abis makan baru aku sedar yang aku tak amik gambar pun hasil masakan ni, huhu..Redha n pasrah jelah..So ada gambar ni je..

Takpe, aku ada sekotak nasi mandy. Nanti aku try tu pulak dan aku amik gambar selepasnya yea..Mana feel nengok gambar sebelum je kan, mestilah nak nengok hasilnya...

Sekianlah untuk hari ni yea..


Tq sudi baca!


 

3.9.14

Orang yang tersayang - IBU

Ni kisah pagi semalam, aku dah cerita kat instagram tapi ni aku cerita kat blog pulak eh..

Pagi semalam aku amik buku nota Zarif nak bawak pegi kerja (kira amik terus la) sebab aku nak guna buku tu nak amik note dari bos..Dari haritu nak beli buku nota tapi tak terbeli-beli so endingnya amik je buku anak..

Niatnya sampai kat opis aku nak koyakkan mana-mana page yang Zarif dah conteng kiranya aku nak buku tu cam buku baru aku la..

So bukak je first page terus nampak ni;

Biodata diri katanya..

Ala-ala cam dalam drama melayu, baca ni satu-satu sampai kat part orang yang tersayang tu, terus aku rasa sebak, terharu dan terus nangis...Zarif tulis orang yang tersayang - Ibu dan Bapa.

Perkataan ibu tu buat aku tersentak sebab aku selalu marah-marah dia, yelah kan budak laki ada nakalnya nak-nak lagi bila makin membesar ni. Kadang aku cakap dia takmo dengar dan aku memang selalu la marah dia..Tapi bila dia tulis orang yang tersayang ibu, buat aku rasa terharu yang amat.

Yelah kan mungkin korang boleh kata, ala dia budak kecik sapa lagi yang diaorang nak tulis orang yang tersayang selain ibu bapa kan..Tak kisahla, tapi perkataan yang dia tulis tu betul-betul buat aku tersedar dan buat aku rasa aku perlu lebih hargai anak-anak. Kadang aku ni nak ikut angin dan emosi tak tentu hala je, tu yang asik la nak marah-marah. Aku nak Zarif tau yang memang aku sayangkan dia cuma cabaran zaman sekarang ni nak besarkan anak memang menguji kesabaran kita kan??

Tu jelah nak cerita...Yang pasti jiwa anak ni halus dan mereka sangat jujur, tq Zarif..Benda ni mungkin orang lain rasa simple tapi pada aku ia betul-betul masuk dalam jiwa ok...


Tq sudi baca luahan dari ibu yang emo...






2.9.14

Misteri bunyi kucing mainan

Pertamanya salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa nahas MH17 yang jenazah (dan abu) nya sampai pagi ini. Bertambah sayu bila nengok jenazah kapten diusung keluar dari pesawat. Lengkaplah mereka yang berada di dalam kokpit MH 17 dibawa pulang dan disemadikan (termasuk arwah Ahmad Hakimi - Pembantu Juruterbang) sebelum ini.

Moga mereka semua berada dalam lindungan Tuhan dan harapnya pihak keluarga mangsa tabah dan redha.

Ok, aku nak cerita pasal kejadian malam tadi. Seram tak seram la jugak..

Aku kan ada mainan kucing ni yang usianya dah pun 2 tahun lebih kot (actually Zara punya)..Dah buruk dan comot pun, kebetulan Aisyah suka kucing so kitaorang keluarkan la kucing ni dan bagi dia main.
 

 Nengok tempat tutup bateri pun dah hilang, huhu
tapi still boleh berfungsi lagi walaupun ada masa tu bunyi tu kejap ada kejap takde


Nak dijadikan cerita....

Malam tadi aku bagi Aisyah main kucing ni, lepas tu aku lupa nak off balik (Tengok butang merah tu)..Tapi kalau tak off pun tak beri kesan apa sebab ada masa bunyi kucing ni hilang cam tu jer..

Lepas tu kitaorang pun tido...

Tengah syiok tido, hubby kejutkan aku, "B..b...Bunyi kucing mainan laa.." Aku terus nengok jam pukul 12.55 kalau tak silap la ke 12.35 eh, gitulah lebih kurang masanya..

Memang betul la bunyi kucing mainan tu (bunyi yang agak kuat)..Ok masa tu mrhubby suruh temankan dia nak g off mainan kucing tu, tapi kebetulan aku tengah bf Aisyah so tak boleh nak keluar.

Mrhubby sebenarnya takut dan sebenarnya aku pun takut jugak tapi aku beranikan diri dan cakap kat dia, "Ala..takde apa la, tadi saya main dengan Aisyah dan lupa off jer.." Padahal mainan kucing tu takkan berbunyi kalau kat part bateri tu tak ditekan kuat. Selalunya aku akan tekan kuat kat bateri tu dan barulah dia berbunyi..Kalau biar macam tu je memang takkan bunyi...

So.....so.....kejadian malam tadi agak misteri ok. Memang misteri dan berbunyi pulak pada waktu tengah malam, i hate ok. Sebab lepas bunyi je kucing tu, aku terus tak boleh tido..Buatnya kalau bunyi lagi lepas tu camanalah yea..Lepas tu start la aku terbayang benda alah yang bukan-bukan. 

Sambil bf kan Aisyah tu aku kumat kamit baca ayat kursi dan macam-macam surah lagi. Mrhubby sampai pagi ni dok terfikir camana la kucing tu boleh berbunyi sendiri di waktu itu??

Aku harap malam ni takde la lagi bunyi-bunyian cam tu..Yang confirm, aku akan keluarkan bateri dari perut kucing tu...

Sekian dan tq sudi baca!!











1.9.14

Merdeka minda dan hati..

Di sini lahirnya sebuah cinta..
Salam merdeka 57 tahun..

Ingat ye anak-anak ibu, merdekakan minda dan hati
Jangan biar dijajah
Moga senang hidupmu di masa depan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...