5.9.14

Family day (TIFC) Putri Resort Melaka - Part I

Jumaat lepas aku dan group TIFC (geng futsal sekolah mrhubby) buat family day di Putri Resort Melaka. Keseluruhannya ada 10 family. Ni dah masuk tahun keempat kitaorang buat family day. Hubungan kitaorang semua memang akrab dan setiap tahun ada je aktiviti yang dibuat selain family day ini.

Bertolak hari Jumaat pukul 10 pagi dan sampai ke Air Keroh dalam pukul 11.30. Check in pukul 3 petang so kitaorang berjalan ke Mydin window shopping dan makan-makan sementara kaum lelaki solat Jumaat.

 Nampak tak yang dua orang kat belakang tu, padahal dah sampai Air Keroh masa ni..:)

Ni dah lepas solat Jumaat
Aku dan mrhubby menyelaras bahagian check in dan bilik

Yeay dah masuk bilik...

 Dapat bilik mengadap swimming pool
Heaven betul rasanya...

Ni la rupa bila kat rumah takde bath tub hehe
Tapi takdenya berendam kat sini, sebab banyak masanya kat swimming pool je

 Selagi boleh menyelit, haha


Oh ye masa kat Mydin, kitaorang beli mini cupcake ni..Aku biasalah mana boleh nengok cupcake-cupcake ni..Cepat teruja gitu;

Mini cupcake ni sekali ngap je..:)
Kitaorang beli 12 mini cupcake berapa rm aku dah lupa la pulak..

Masa angkat barang nak masuk ke bilik, aku suruh Zarif yang bawak cupcake ni semua..Tau jelah kan budak laki bawak camana, dia berlari-lari la kot..(aku tunggu dalam bilik je masa tu)..

Masa ni amik gambar dulu dan tak tau kat dalam tu rupanya dah terbalik mini cupcakes tu
Sekali bila aku bukak kotak - alamakkkk

End up memang aku tak amik la gambar mini cupcake yang dah bersepah tu, huhu..Walaupun rupa cupcakes dah tak cantik makan jelaaa, nasiblah mini je.

Ok la sambung entry yang akan datang yea..

Tq sudi baca!!












2 comments:

  1. Hehehehe...comelnya muka empunya blog ni. Heheheh! Wah! Bestnya cuti-cuti. Thn ni tak g memana lagi. Sibuk manjang. Sobs!

    ReplyDelete
  2. Kalau society yg dijalankan pihak sekolah biasanya memang menjadi Huda
    Mereka ni dah biasa bergaul dgn macam-macam sifat masyarakat sebab itu apa pun mudah adapt dgn apa juga situasi
    Untunglah Huda& anak-anak dpt tumpang sama dgn cikgu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...