Selamat bekerja untuk semua di hari Isnin yang bahagia ini.
Kononnya aku nak bangun seawal pukul 4.30 pagi, beria aku set alarm kat hp tapi penat sangat kot tu yang terlajak sampai 5.30 pagi..Kelam kabut bangun bersiap nak buat bekal nasi goreng dan buat cookies untuk kawan..Mujurlah semua sempat, alhamdulillah.
Oh ye dak Aisyah pun dah mula dihantar ke taska mulai semalam. Suka sangat nengok dia dah sihat, alhamdulillah. Sekarang hari-hari aku suka nak balik rumah sebab dia dah pandai main. Dr kata jangan nak provok dia kan pasal taknak dia nangis teruk, tapi entah kenapa kitaorang suka sakat dia tau, hehe..Geram sangat nengok dia ni suka jerit tak tentu pasal, dahlah suara kuat dengan nyaring..Semalam aku main kejar-kejar dengan dia, suka dengar dia gelak..Rasa macam hilang semua stress kerja..:)
Nanti kalau Aisyah dah besar camana? Dah takde baby lagi huhu..
Nah ni aku letak gambar Aisyah sebelum dia kena HFMD. Saja je pakaikan jubah aku beli masa hari Konvo kat UTHM haritu. Dahlah murah pastu muat-muat je dengan dia hehe. Tu tudung aku pun dia sibuk nak gayakan jugak..Tunggulah nanti aku bisnes tudung budak pulak eh, nak cari material kain ni.
Dahlah dia ni kuat menyusu dan kuat makan, tapi berat maintain je camana tu? Tapi baguslah maintain, gegirl kan kena kurus je senang nak cari baju hehe..
Semoga Aisyah diberi kesihatan yang baik-baik sahaja yea..Aisyah la penyeri hidup kitaorang sekeluarga sekarang..:)
Oklah sekian..
Tq!
anak anugerah
ReplyDeletecomel jer berhijab
Huda, kalau Aisyah dah besar, tambah lagi soranglah apa lagi....hihihi.
ReplyDeleteBetul2 akak pun rasa takmo Amani besar...:)
Cantiknya Aisyah! Bertambah comel dan auntie tahulah kenapa ibu suka sangat nak kacau Aisyah:)
ReplyDeleteBudak kalau bertudung memang tambah cantik dan comel kan Huda..
Comel! Amboi, siap provok Aisyah. Cian dia tau. Bisnes tudung budak? Wahhhh! Bestnya!
ReplyDeleteAs-salam huda..
ReplyDeletecomelnya aisyah.. kalau akak ada baby comel macam ni pun selalu tak sabar2 nak balik rumah he..he..
Aisyah nmpk comel n matured sgt pkai mcm ni
ReplyDelete