26.11.14

Macam-macam cerita

Ya Allah pemalas betul aku nak update blog lately ni..Cuti sekolah dah mula so mood pun ke laut, eh apa kaitan update blog dengan cuti sekolah ni hehe..Ok, ke manakah korang cuti sekolah ni? Aku pun tak tau la, ikut langkah kaki je, kalau rasa teringin nak ke mana-mana aku g je, bergantung pada bajet. Ni blog pun aku malas nak update, instagram pun sama..Semua pun terabai...

Malam tadi gigih la aku buat cookies..Dua minggu aku rehat dari buat cookies, sekali malam tadi buatlah jugak sebab jiran aka peminat setia cookies aku ni dah order dari haritu..Yelah haritu aku kan sakit so berenti rehat jap..Ingat dia lupa, oh ingat rupanya huhu..Memula mintak satu bekas sekali tambah lagi satu daaa, jadik dua ok..Wah nak start enjin nak mula tu memang payah tapi demi customer kan so gigih la..

Walaupun dua bekas tapi penat ok..Pasal tu aku buat part time jer, sebab sebekas pun payah nak buat ni nak buat berbekas-bekas, memang pengsan laa..Eh, tapi kan aku dah deal dengan vendor butik kat Batu Pahat ni nak jual cookies..Tapi buat dalam bekas kecik la..Start bulan Disember nanti, aku akan hantar choc chip cookies aku dan kerepek pisang (yang akan dipek semula)..Tunggu eh, nanti aku update la kat blog..Maklumlah hidup akan jadi lebih susah tahun depan so kenalah mulakan langkah untuk menambahkan pendapatan..Dapat untung sikit pun bolehla demi sesuap nasi huhu..

So kalau korang balik ke Batu Pahat boleh la ke butik  vendor tu..Aku akan reveal kemudian bila barang dah mula hantar ke kedai hehe...Doakanlah segala urusan dipermudahkan.

Ni kat nuffnang iklan bukan main banyak tapi jumlah nya ciput je takpelah janji ada kan..Tq la nuffnang, walaupun pemalas nak update blog kan...Ikutkan banyak je gambar aku nak masuk kan dalam entry kat blog ni, tapi korang tunggu jelah..Rajin-rajinlah datang ke blog ni walaupun cerita yang ada tak seberapa.

Tq pada yang sudi membaca..Good luck pada mereka yang anak-anaknya mengambil keputusan UPSR hari ni..Jangan risau kalau tak dapat 5A pun bukannya tak cemerlang, tetap dapat naik sekolah menengah kan?

3 comments:

  1. butik apa tu kak? mn tau blik kg nt nk singgah..

    ReplyDelete
  2. One step ahead Huda... ini yg terbaik
    Mana tahu satu hari kakak dpt membeli airtangan cookies Huda tu
    Kakak pun lama dah tak balik BP. Sekarang dah tak ada mak macam lainlah kalau balik.

    ReplyDelete
  3. wah! Huda nak buka butik pula ke? Congrats, sentiasa mendoakan rakan2 agar lebih maju jaya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...