Minggu ni aku memang diduga bila Aisyah kena HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease). Simptom tu dah mula dari Khamis malam Jumaat tapi tak ketara tapi makin ketara hari Sabtu..Bila dah ke klinik memang sah la. Tak taulah dapat dari mana sebab kat taska memang takde yang kena HFMD ni, plus aku takdelah ke shopping complex atau park lately ni. Setakat kedai biasa je ada la..
Of course la taska taknak jaga sebab takmo budak lain berjangkit. Conclusion nya memang kena kuarantin la kat rumah. Korang google la kalau nak tau penyakit ni yea. Sebelum ni Zara (masa dia kecik) pernah kena jugak tapi memang semua tak warded sebab tak bahaya cuma elakkan hantar taska jer. Macam Aisyah ni memang merengek jer..Dalam mulut ada ulser so nak menyusu tu memang payah sikitlah (by the time aku tulis entry ni dia dah ok sikit). Tapi alhamdulillah, walaupun ada ulser, Aisyah cuba jugak nak minum dan masih lagi nak makan walaupun tak banyak macam sebelum ni.
Aku cuti dari semalam, hari ni dan esok pulak aku ada pergerakan ke Melaka (ada event fakulti kat sana), so aku bawak semua family..Mrhubby terpaksa cuti esok dan kena jaga Aisyah sebab Aisyah ni nak melekat dan merengek sikit-sikit..Aku tak boleh elak dari event ni sebab memang kena terlibat..Zara pulak minggu ni tengah exam tapi dah mintak kebenaran cikgu dia untuk replace exam hari Rabu tu hari Khamis..Zarif pulak terpaksa cuti Rabu dan sekolah agama memang tak sekolah..
Suka ke tak memang terpaksa berkorban. Well, macam abah aku cakap nak besarkan anak bukan senang, masa sihat kita memang suka tapi masa sakit memang terpaksa berkorban. Mujurlah aku ada bos yang memang memahami. Contoh macam hari ni, aku dah isi borang pergerakan (so aku datang opis jap settlekan kerja), mrhubby jaga Aisyah kat rumah (dia dah mintak kebenaran pihak sekolah), dalam pukul 10 aku balik dan mrhubby ke sekolah semula..
Mencabar ok (lap peluh), kena pulak anak yang meragam, merengek nak melekat jer. Macam semalam memang aku agak penat, so petang semalam aku masuk ofis sebab nak rehat..Ok nak rehat datang ofis yea (nasibla rumah dengan ofis memang dekat je). Walaupun anak sakit, aku cuba aturkan masa sebaik mungkin untuk diri, untuk keluarga dan urusan kerja. Selagi boleh buat, aku buat sebaik mungkin.
Aku rasa hidup aku dah mencabar dengan anak yang sakit HFMD tapi bila bukak fb semalam ramai lagi kawan aku yang diduga lebih berat, ada yang suami dan anak masuk wad sakit denggi, ada yang anak kena operate sebab appendix dan macam-macam lagi. Aku percaya Tuhan berikan ujian ni mengikut kemampuan hambaNya. Aku terima dan aku redha, harap korang doakan Aisyah cepat sembuh yea.
Sekian, tq sudi baca.
sementara nak tggu anak-anak besar macam ni la kan..sama la saya.
ReplyDeleteAwak, sy lbh dari sudi nak membaca ya? Hehehehe!
ReplyDeleteSy pulak jadi skeri. Huhuhu! Betul ckp abah awak, masa sihat kita suka. Masa sakit, mmg lap peluh dibuatnya. Apapun, moga Aisyah lekas sembuh. Aydin pun pnh kena (doc diagnos). Tataulah betul ke tak HMFD tp ulser takde lak masa tu. Tp Aydin pnh kena ulser. Mg seksa smpi nanges sy dibuatnya sbb dia nanges lapar tp tak boleh menyusu. Ouh! Skeri!
yupp...
ReplyDeletekita kena tgk ujian orang lain yg lebih besar, lebih sukar dari kita..
Dalam kes HFMD, kena make sure anak tak dehydrated...itu komplikasi paling biasa...
Bagi banyak minuman berjus...bagi ice cream..:)
sabar byk² kak..
ReplyDelete