8.12.14

Tergelincir dan terjatuh

Uiii lamanya tak update, bz ok, bz.....

Niat nak update pastu malas, pastu pc lembap, pastu malas lagi last-last terus malas nak update..

Petang semalam aku pening kepala teruk sangat, tak taulah maybe cuaca panas sangat, petang aku rehat kat bilik solat ofis, duduk dalam bilik gelap-gelap rasa lega sikit. Nasib petang tu cuaca dah mendung aku harapkan hujan lebat tapi taklah pulak...Aku punya ubat sakit kepala ni bila cuaca redup, hujan dan sejuk jer..Mujur pagi ni pun cuaca redup je taklah panas sangat macam semalam. Kata member, aku stress, tak taulah stress apa..Apa je keadaan dan ujian yang mendatang, aku tabah je hadapi.

Balik petang semalam aku diuji bila tergelincir dan terjatuh depan bilik air. Dahlah masa jatuh tu aku tengah dukung Aisyah. Masa tu mrhubby nak mop lantai, so titisan air dari mop tulah yang buat aku tergelincir. Macam kaki kanan aku ni terlipat la pasal aku dengar bunyi kat bahagian lutut tu, huhu..Terus aku tergolek dan terbaring..Sakitnya Tuhan je tau, memula tu aku mengesot jugak ke bilik sebelah bilik air tu...Lama jugak aku terbaring je cuba tahan sakit..Lepas tu dah ok sikit walaupun still sakit lagi, mrhubby dah urutkan sikit tapi urut slow je..Ni pun aku g opis terdengkot-dengkot ni...Biasanya aku bersila kat kerusi tapi ni aku tak buat pun sebab rasa sakit...So terpaksa luruskan je..Ni kalau urut betul ni mau kena tarik kaki aku ni bagi tegak betul huhu..

Inilah pengubat hati lara, yang bujang tu dah susah nak bergambar sekarang ni..
Si kecik tu susah nak minum botol, akak minum botol baru dia ikut tu pun isi air sejuk, cuba letak susu, confirm dia dah campak dulu...


5 comments:

  1. alorr, sian akak.. klu bengkak, jgn urut dl.. angin tu..

    ReplyDelete
  2. Ark! Sy baca pun, dah terasa sakitnya ni! Adeh! Rasanya kena cpt2 berurut tak? Takut masuk angin, sampai ke tua t. Ouh!

    ReplyDelete
  3. Cuba tgk sakit kepala awak tu macam mana..kalau setiap kali panas, awak sakit kepala, dan sakitnya mmg sebelah kepala sahaja, selalunya itu sakit kepala migraine.

    ReplyDelete
  4. maybe maigraine kot ??
    atau mmg sebab faktor cuaca...

    aduh.. ujian sungguh.. mmg la sakit klo jatuh mcm tu..

    ReplyDelete
  5. mujur la tak Aisyah tak apa2..tak boleh sebarang2 urut tu..nanti bengkak pulak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...