17.8.15

Nak jual barang di Pasar Karat

Aku walaupun orang Batu Pahat tapi tak pernah datang atau singgah ke pasar karat baik di Rengit atau kat area pasar basah Batu Pahat tu..Selalu dengar cerita pasal pasar karat ni tapi tak pernah ada masa nak datang. Orang kata kalau kat area pasar BP ni baik datang seawal pagi..

Tetiba cerita pasal pasar karat ni sebab aku rasa nak jual beberapa barang kat rumah aku di pasar karat. Sakit kepala nengok barang-barang yang aku takmo pakai lagi terperap je kat rumah tu. Stor aku pun penuh dengan barang-barang yang aku rasa ada yang elok dan boleh dijual..Ala bukanlah nak tolak mahal pun, depends la pada yang nak amik nanti kan..

Nama je pasar karat tapi kalau kat luar negara orang panggil flea market la kan jual barang pre loved gitu..:)

Barang-barang anak aku ada yang elok dan boleh ditolak dengan harga yang berpatutan. Beg-beg lama yang aku dah tak pakai pun aku boleh jual jugak nanti, termasuklah set pinggan mangkuk yang aku tak pakai lagi tapi masih elok ok..Dalam minggu ni aku akan kumpulkan segala harta benda aku. Aku akan basuh dan bersihkan molek-molek. Takmolah nak tolak kat orang tapi biar kotor dan berhabuk kan. Setakat defect sikit-sikit tu ok la kot. In sya allah kalau siapa yang beli barang aku akan berpuas hati, aku harap la..

Ye la kan, kadang bukanlah untung banyak pun tapi lebih kepada nak beri manfaat pada orang lain yang nak beli barang second hand tapi dengan harga yang lebih murah dan sangat berpatutan. Macam baju-baju biasanya aku akan bagi je pada yang memerlukan macam aku akan bagi kat asrama anak yatim. Aku akan rasa lega kalau nengok barang kat rumah ni berkurang dari banyak tapi tak digunakan pun.

Macam aku pernah nengok dokumentari, siapa yang suka simpan barang-barang dan tak digunakan lebih dari setahun namanya adalah horder. 


So apalagi korang, cuba check barang-barang kat rumah tu, kot kalau ada yang masih elok dan nak kurang kan barang kat rumah elok la sedekah pada yang memerlukan ataupun jual je kat pasar karat k..Nanti aku akan upload barang-barang yang aku nak jual tu kat Instagram (huda8379), mana tau ada orang nak ke kan hehe..

In sya allah this weekend jumpa la kat pasar karat BP nanti k.

Sekian, tq sudi baca!!

8 comments:

  1. Kakak dah selalu juga pergi pasar karat tu Huda
    Pernah beli juga tau - masa tu pergi dgn bapak tahulah dia nak kenalah belikan
    Anak dara kakak yg no. 2 tu pun ada hati jual pre-love yg di rumah tau Huda

    ReplyDelete
  2. Kat ipoh pun ada pasar karat...baru sekali jejak sbb ramai sgt org.

    Jemput singgah umah ye
    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. wah menarik tu huda...nanti snap tau tau suaasana kat sane..sonok gak...kecoh2 panggil org 'mai beli" mai beli hahahahahaah....


    ye laa dari tersimpan dlm stor baik letgo kan....jual murah2 pastu stor tak semak...duit pun dapat....nanti share tau kisah kat sane...

    ReplyDelete
  4. klu dkt, mmg dh letgo kt sn dh.. ada je ni brg nk jual, tapi xtau nk jual kt mana..

    ReplyDelete
  5. Herm sesekali layan pasar karat ni syok gak kan...

    ReplyDelete
  6. wow...menarik tu...nanti share barang apa yang ko jual tu...

    ReplyDelete
  7. Jual kat mudah.my je lah. Save energy and time.

    ReplyDelete
  8. suami saya suka simpan barang2 lama..saya pernah cakap kat dia.."abang ni memang suka kan simpan barang2 lama walaupun tak pakai dah..??"dia jawab.."ye la..abang ikut macam mak mertua abang.." hahahh....memang betul pun..sama je dengan mak saya...hahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...