Showing posts with label Forest City Phoenix Hotel. Show all posts
Showing posts with label Forest City Phoenix Hotel. Show all posts

17.4.18

Menginap di Forest City Phoenix Hotel Johor Bahru [Part III - Final]

Salam,

Boleh baca entry sebelum ini di bawah ni;

Nah, klik > Part I
Nah, klik > Part II

Ok ni part akhir dan final la yea.

Ok nak tunjuk ni adalah kawasan lobi hotel yang sangat la luas dan besar

Bangun pagi dengan pemandangan yang cantik ni
Tapi tak boleh duduk luar lama-lama takut cik monyet datang pulak

Surat peringatan ni memang dah ada kat bilik, so beringat la yea

Seronok sbb dah ada siap ada ubat nyamuk ni tapi takde nyamuk pun walaupun kitaorang tak pasang
Plug bilik pun jenis macam tu je sangat la senangnya..

Sebelum balik, meh la bergambar kenangan dulu

Entah bila akan datang lagi kan walaupun di Johor saja

Dah jommm..

Nice view..


Serahkan semula pass masa mula-mula masuk kawasan Forest City ni
Memang nak ke hotel ni kena jumpa ni dulu ok.

Fuhh, penat sangat sebab mandi kolam kot..
Padahal masa ni ada lagi tempat lain nak kena singgah hehe..

Oklah so far memang ok la duduk hotel ni. Cuma nak datang balik tak pasti bila dan nengok keperluannya. Cuma kat sini korang kena biasakan ala-ala macam kat luar negara gitu. Tapi hotel memang gempak besar. Swimming pool pun besar cantik dan tak ketat sangat dari segi etika pakaian renang. Itu yang budak-budak suka sangat. Ada kawasan pantai buatan yang cantik dan pemandangan indah untuk bergambar.

Semoga entry ini dapat membantu sesiapa yang nak ke Forest City Hotel ni ok. Kalau ada kekurangan dan kelemahan, mohon maaf. Ini cuma berdasarkan pengalaman sendiri je. Lain orang lain ceritanya kan.

Sekian.
Thanks sudi baca!
Finally habis jugak hehe.






29.3.18

Menginap di Forest City Phoenix Hotel Johor Bahru [Part II]

...ok bersambung dari kisah sesat kami nak ke hotel ni yang Part I tu, nah kalau nak baca ;


Akhirnya la kan kitaorang pun sampai la ke hotel ni.
Itupun dah sampai area Forest City pun masih lagi mencari-cari arah, adoi..Drama betul la nak ke hotel ni. Kami nak tuju ke hotel, tapi diaorang bagi parking kat area lain..Tapi hotelnya jauh dari tempat parking [dalam hati takkan nak heret beg jauh nak ke hotel..] tapi setelah pusing-pusing sampai la jugak..Korang mana yang nak ke sini harap la tak confuse cam kitaorang ni ok..serius memang kitaorang confuse dan sesat ok!

Dah sampai depan hotel aku terus daftar la kan sementara mrhubby dan anak2 cari parking kat basement. Tapi sumpah besar lobi hotel ni. Dan bila aku nengok keliling ramai bangsa asing dan kaum lain..Pekerja hotel ada la yang Melayu dan of course la pendatang asing. Kira bila aku sampai tu macam rasa terasing la sikit. 

Dan drama datang lagi bila aku time aku nak bayar duit hotel, boleh pulak kad aku buat hal, dah kenapa pulak, nasib la ada cash sikit, adoi..Aku pun confuse kenapa nak banyak drama bila nak ke sini dan rasa tak tentu arah yang bukan-bukan..

Dah la jom layan gambar dari aku membebel lagi;

 Kitaorang terus ke tingkat 8 

 Yeay akhirnyaa..

Dua katil single
satu katil tu Zarif dah cop nak tido kat situ sebab selalunya ke mana-mana hotel dia akan tido kat lantai [beralas la] tapi kali ni aku bagi la kat dia [end up mrhubby tido dengan dia]




 Ada balconi yea
Tu ada pantai tapi pantai buatan je la but still nice view..

View dari bilik kitaorang

 View dari bilik lagi, cantik kann..
Rasa tenang dan damai jer..

 Dalam almari

 Mini peti aisnya..

 Ni je channel yang ada
No TV1 ke TV3 semua takde ekkk..
tapi ada channel movie puas nengok movie, berulang-ulang hehe..

 Ada bath tub yeay..
boleh la berendam sambil menenangkan diri..

 Yang penting ada paip ekk
aku stress betul kalau kat toilet takde paip, nasib yang ni ada hehe

 Bilik airnya memang luas la
puas hati sangat..


 Memang ok sangat la..


Kitaorang check in bilik ni dah pukul 5.15 petang. Gitu gini berehat, baring, solat semua dalam 6.15 gitu kitaorang turun balik sebab aku nak jalan kat area pantai dan diaorang nak mandi kat kolam. Tapi aku tak bagi Yaya mandi aku ajak dia jalan-jalan kat kawasan sekitar je haha [kejam tak aku]. Sebab Yaya bukannya beria nak mandi, selalunya dia pun drama je, air sejuk la apa la so baik takyah mandi.

Diaorang je mandi 

Bagusnya kat kolam ni takde la strict sangat. Sebab mula-mula tu aku nengok ramai je orang laki mandi tak pakai baju so ingat tu salah satu syarat nya kan..Bila aku tanya kat guard yang jaga pool ni, dia kata takde syarat pun, boleh je nak mandi..Baik betul guard tu, so ok je la..Pool ni pulak di bukandari pagi sampai 9 malam ko [kalau tak silap aku la, guard yang cakap cam tu].Pool besar ok, puas la diaorang mandi.

Sorry la petang tu Yaya layan ibu je la, nengok je diaorang mandi k
Nasib la Yaya ni ok je walaupun aku tau dia punya rasa teruja dan membuak-buak nak masuk dalam pool hehe


Ok kita sambung lagi...Next >

Sekian sudi baca.
Thanks.
-End-










28.3.18

Ke Forest City Phoenix Hotel Johor Bahru [Part I]

Salam.
Hi guys!

Ok kita hold kejap cerita pasal ke Perak tu yea.
Ni nak terus cerita semasa cuti sekolah baru lepas ni. Cuti sekolah kan pada 17-24 Mac 2018 tapi tidak la kitaorang ni bercuti sakan sepanjang cuti tuu, tidak yeaa..

Mulanya plan asal nak ke KL dan singgah ke Thistle Hotel PD tapi semua plan tu cancel bila mana aku hanya boleh cuti pada Khamis sahaja ok...Khamis 24/3 tu je aku boleh cuti iaitu bersamaan hari gaji haha..Boleh la feeling kaya kejap setelah sekian lama lebih dari 40 hari menanti gaji hehe..

So ke mana kitaorang?
Ke Legoland saja. Mula-mula ingat nak pergi Legoland dan balik hari saja. Tapi lepas tu fikir eh macam tak best je. Jomla tido hotel. Tapi hotel mana? Macam bosan je hotel kat JB ni [padahal kau belum tido kat semua hotel pun dah kata bosan]..

Fikir punya fikir dan google punya google [padahal JB je okehhh], last-last kita booking saja Forest City Phoenix Hotel..Kenapa hotel ni? Entah la yea, macam takde info yang banyak hasil google. Memang kurang info tapi main point nak ke sini adalah nak tau mana sebenarnya area Forest City ni yang orang dok sibuk sebut-sebut tu kan..

Aku hold dulu kisah ke Legoland dan terus ke hotel nya la yea.

Kalau dari Legoland ke Forest City Phoenix hotel ni adalah dekat 20++ minit gitu. Aku pun guna la google maps nak ke hotel ni..Punyala gigih dan beria..Entah jalan mana je kitaorang ikut, masuk celah kampung la apa laa...sekali kau sampai dekat tempat tinggal pekerja-pekerja yang buat pembangunan kat area Forest City ni, dengan banyak lori keluar masuk, eh apa daaa...aku dah mula serabut dah, pandang mrhubby..Dia pun pandang aku lain macam pasal aku yang dok google maps..Ok fine...kita salah jalan, kena cari jalan keluar balik adoii..


 Serius entah ke mana-mana kitaorang pergi ok, huhu..

Sebenarnya bila keluar dari Legoland je, mrhubby dah terpandang signboard Forest City - aku terus cakap, 'eh takpayah guna signboard la sayang..ikut je google maps ni, confirm betul punya...ha, amik kau..google maps bawak kitaorang tersesat ke jalan yang bukan-bukan.. Budak-budak siap dah lena tido dah [mula-mula excited lepas tu tak sampai-sampai baik la tido]..dan kalau ikutkan dari Legoland ke hotel tu takde la jauh mana pun, confuse..confuse..

Lepas tu dari tersesat entah ke mana-mana aku terus bukak waze pulak [berdoa dalam hati supaya waze bawak kami ke pangkal jalan], aku dah risau la kalau mrhubby moody la apa la..Dah penat kan, tau nak baring kat katil je laa..

Alhamdulillah waze baik hati bawak kami ke jalan yang benar gituuu, haih legaaa..

Selalunya aku memang tak percaya pada waze sebab banyak kali bawak jalan yang susah dan entah apa-apa..Tapi kali ni waze menang la dan google maps kalah huhu..


Ha, baru la betul jalan nak ke hotel...
Aihh belum ke luar negara, dah nak sesat2, kat JB je kot tapi hotel ni dah sipi-sipi nak ke Singapore..
Memang dah hampir nak ke luar negara jugak la kiranya huhu..



Ok ni baru cerita nak ke hotel ek..
Nanti sambung lagi k..

Thank sudi baca.
-End-




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...