28.3.18

Ke Forest City Phoenix Hotel Johor Bahru [Part I]

Salam.
Hi guys!

Ok kita hold kejap cerita pasal ke Perak tu yea.
Ni nak terus cerita semasa cuti sekolah baru lepas ni. Cuti sekolah kan pada 17-24 Mac 2018 tapi tidak la kitaorang ni bercuti sakan sepanjang cuti tuu, tidak yeaa..

Mulanya plan asal nak ke KL dan singgah ke Thistle Hotel PD tapi semua plan tu cancel bila mana aku hanya boleh cuti pada Khamis sahaja ok...Khamis 24/3 tu je aku boleh cuti iaitu bersamaan hari gaji haha..Boleh la feeling kaya kejap setelah sekian lama lebih dari 40 hari menanti gaji hehe..

So ke mana kitaorang?
Ke Legoland saja. Mula-mula ingat nak pergi Legoland dan balik hari saja. Tapi lepas tu fikir eh macam tak best je. Jomla tido hotel. Tapi hotel mana? Macam bosan je hotel kat JB ni [padahal kau belum tido kat semua hotel pun dah kata bosan]..

Fikir punya fikir dan google punya google [padahal JB je okehhh], last-last kita booking saja Forest City Phoenix Hotel..Kenapa hotel ni? Entah la yea, macam takde info yang banyak hasil google. Memang kurang info tapi main point nak ke sini adalah nak tau mana sebenarnya area Forest City ni yang orang dok sibuk sebut-sebut tu kan..

Aku hold dulu kisah ke Legoland dan terus ke hotel nya la yea.

Kalau dari Legoland ke Forest City Phoenix hotel ni adalah dekat 20++ minit gitu. Aku pun guna la google maps nak ke hotel ni..Punyala gigih dan beria..Entah jalan mana je kitaorang ikut, masuk celah kampung la apa laa...sekali kau sampai dekat tempat tinggal pekerja-pekerja yang buat pembangunan kat area Forest City ni, dengan banyak lori keluar masuk, eh apa daaa...aku dah mula serabut dah, pandang mrhubby..Dia pun pandang aku lain macam pasal aku yang dok google maps..Ok fine...kita salah jalan, kena cari jalan keluar balik adoii..


 Serius entah ke mana-mana kitaorang pergi ok, huhu..

Sebenarnya bila keluar dari Legoland je, mrhubby dah terpandang signboard Forest City - aku terus cakap, 'eh takpayah guna signboard la sayang..ikut je google maps ni, confirm betul punya...ha, amik kau..google maps bawak kitaorang tersesat ke jalan yang bukan-bukan.. Budak-budak siap dah lena tido dah [mula-mula excited lepas tu tak sampai-sampai baik la tido]..dan kalau ikutkan dari Legoland ke hotel tu takde la jauh mana pun, confuse..confuse..

Lepas tu dari tersesat entah ke mana-mana aku terus bukak waze pulak [berdoa dalam hati supaya waze bawak kami ke pangkal jalan], aku dah risau la kalau mrhubby moody la apa la..Dah penat kan, tau nak baring kat katil je laa..

Alhamdulillah waze baik hati bawak kami ke jalan yang benar gituuu, haih legaaa..

Selalunya aku memang tak percaya pada waze sebab banyak kali bawak jalan yang susah dan entah apa-apa..Tapi kali ni waze menang la dan google maps kalah huhu..


Ha, baru la betul jalan nak ke hotel...
Aihh belum ke luar negara, dah nak sesat2, kat JB je kot tapi hotel ni dah sipi-sipi nak ke Singapore..
Memang dah hampir nak ke luar negara jugak la kiranya huhu..



Ok ni baru cerita nak ke hotel ek..
Nanti sambung lagi k..

Thank sudi baca.
-End-




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...