Showing posts with label Zarif. Show all posts
Showing posts with label Zarif. Show all posts

19.11.14

Just be cool, tahun depan boleh cuba lagi

Tahun ni Zarif tak dapat sebarang anugerah kecemerlangan, takpelah takde rezeki. Aku cakap kat dia, usaha lagi tahun depan. Tapi result still ok, hopefully dia boleh buat dengan baik lagi pada tahun depan. Tak guna nak marah-marah sebab benda dah lepas. Kadang-kadang rasa tak guna nak push too hard pada anak-anak kan. Masing-masing ada limit, so terima je seadanya lagipun persaingan zaman sekarang terlalu hebat. Aku dah nampak kemahiran yang ada pada diri Zarif, insya allah kalau boleh nak Zarif jadi individu yang berkemahiran di samping berjaya dalam bidang akademik dan agama.



7.4.11

Sukan PASTI (finale)

 tiba-tiba kitaorang boleh pulak dapat cabutan bertuah..:)

ibu dan hero lepas abis game



 abis game, zarif kena temuramah

"Apa perasaan adik bila dah menang?"
"Gembira.."
"Gembira je?"
"Gembira sangat.."

"Dah besar nak jadi pemain bola tak?"
"Nak.."
"Untuk pasukan mana?"
"Malaysia"
"Bagus dik..dengan syarat kuruskan badan dulu eh.."

 Team bola zarif

bersama sebahagian cikgu

yeay!! kami menang!

Jenuh nak menunggu sampai penyampaian hadiah ni..ramai parents dah balik pun. Kitaorang terpaksa tunggu demi anak yang nak sangat amik hadiah kan..Tak berbaloi pulak dah jadi juara tapi takmo amik hadiah..

Untuk pengetahuan, zarif antara scorer terbanyak tau..macam tak percaya pun ada jugak. Masa dia bagitau masuk game bola ni, aku boleh tanya' "yip boleh ke main bola?"

Sekali bila dia menang, dia balas kat aku balik, "tu lah, ibu tak percaya kita boleh main bola, kita yang jaringkan gol tau.."

Yelah yip..ibu percaya..Serius masa nengok dia main bola ni aku terharu sangat-sangat..Macam fikir, "eh, dah besar ke anak aku.." Tahun depan zarif dah sekolah rendah. Dah tak boleh main-main lagi..Sungguh, masa pantas berlalu.........

Sukan PASTI (ii)

gadis padang..eh? gadis ke?

Dahlah panas, pakai pulak baju hitam, memang hebat la kan..huhu..Memang kena berpayung sambil duduk di tengah padang bersama zara nengok zarif main bola..Mau tak menitik peluh, tapi demi anak tercinta, ku korbankan segala rasa panas tu.


Zara bergaya dengan sunhat baru dari okinokiyo.com

Nasiblah zara tak meragam sangat. Layankan jelah. Lagipun aku datang padang ni bawak segala botol susu, susu, air mineral sampai 3 botol - nasib ada botol tupperware, memang cukup bekalan la..:)

Ok, nengok zarif main bola...dah start dah..
 






Apa yang buat aku bangga sangat bila nengok zarif dan kawan-kawan main sungguh-sungguh. Sebenarnya aku risau jugak kalau zarif ni pengsan ke apa kan. Maklumlah main pulak dah lah tengah panas, lepas tu dia makan pagi cuma 2 keping kuih je. Tapi semangat dia nak main berkobar-kobar.

Lagi aku risau, bila dia kan badan besar, buatnya dia tercungap-cungap kat tengah padang lepas tu pengsan ke, abis aku..Tapi apa yang aku risaukan semua jauh tersasar..Alhamdulillah semuanya ok.

Bersambung..

Sukan PASTI (i)

Salam,

Ok, baru aku nak masukkan citer zarif punya hari sukan. Hari Sukan PASTI ni berlangsung hari Ahad lepas ye. Ya Allah cuaca time tu punyalah panas, Tuhan saja yang tau. Kejap panas kejap redup. Tambah lagi si zarif masuk lak game bolasepak..Fuhh, berpanas aku kat tengah padang tau..

Mrhubby lagi bijak, dengan tak bawak spec hitam dia, takder topi semua..layan zarif kat tengah padang..mau tak migrain..Aku memang takder spec hitam, tak pandai pakai le..Ok, jom layan gambar-gambar sepanjang hari sukan ni..


betul-betulkan glove

masih lagi betul-betulkan glove, apa jelah yang tak kena..

ha? nampak tak zarif? nampak tak perut dia? hehe

Sampai-sampai je pagi tu, cikgu zarif bagi dia glove suruh dia pakai dan suruh dia jadik ketua perbarisan. Ha, mau tak jadik ketua, dah dia badan besar dan paling tinggi..dan perut jugak ke depan..:)

 Sebelum game bermula

Pasukan zarif pakai baju kaler oren..Lawan 4 ke 5 pasukan ek, aku pun dah lupa la. Tapi lebih kurang cam gitu la. Memula lawan pasukan dalam kumpulan, lepas tu pergi ke separuh akhir lepas tu baru ke peringkat akhir..

Haah, zarif punya team masuk final tau. Padahal sekolah dia baru je bukak tahun ni. Lagi, jurulatih sekolah dia ni, cikgu pompuan je..:) 



Sebelum nengok gambar lain, nak tunjuk ni tempat kitaorang bersantai..walaupun dah letak 2 payung tapi tetap panas..
Ada je khemah, tapi nak privacy la konon-kononnya. Yang dok dalam khemah ni banyak mak-mak orang je, malu la mrhubby kan..

Ok, sambung next entry...:)

Kenapa aku suka berblog?

Salam,

Selamat pagi? Dah makan? Aku baru lepas makan nasi lemak ni..Ya Allah, rasanya kebelakangan ni aku suka makan la..Sentiasa makan..Dah makan pagi, nak makan tengahari pulak..Lepas tu nak makan malam lagi..Nak kata mengandung tak le pulak..Risau...Nanti kalau berat badan naik camana?? Tapi mrhubby kata kurus lagi, so ok lagi ler kot...:)

Rasanya dah banyak kali aku tulis kenapa aku suka berblog? Ok, aku nak tulis lagi..Yang sebelum-sebelum ni tulis kat blog lama..Ni tulis kat blog baru pulak..

Sebab utama aku suka berblog; 

* sebab suka menaip
* suka bercerita
* suka membaca
* lepas tu nak le rasa pendapatan melalui blog (kalau dapat le, tak dapat takper..)

TAPI yang paling utama sekali la kan, tujuan aku berblog sebab aku nak abadikan segala momen-momen indah sebagai ibu kepada dua orang anak. 

Pasal tu la korang akan nampak entri aku lebih pada zarif dan zara. Aku takmau terlepas segala apa yang berlaku pada diaorang. Kalau boleh aku nak rakam, dan nak simpan semua momen tu..

Setiap hari adalah hari yang baru pada anak-anak aku. Banyak benda baru yang diaorang belajar dan diaorang tahu. Rasanya sapa dah jadi ibu tahu kot..kann?

Sebab tu lah aku nak tulis apa saja yang berlaku pada diaorang dalam blog ni. Bayangkan kalau lepas-lepas ni aku akan baca balik entri-entri yang ada di blog ni dan aku akan kongsi dengan zarif dan zara..:)


Sebagai contoh la, perkara ni berlaku malam tadi;

"Ibu, kenapa logo halal ada kat bedak?"

"Bedak tu kan bukan makanan, kenapa nak letak logo halal kat bedak? Kita boleh makan bedak ke?"

Itu pertanyaan dari zarif. Mungkin soalan itu dia takkan tanya lagi selepas ni kan..That's why aku kena tulis dalam blog sebab aku rasa budak-budak sangat jujur melontarkan soalan..

Sebelum ni aku hanya terangkan kat zarif tentang logo halal yang ada pada makanan..Dan agak jenuh jugak nak menerangkan logo halal yang diletakkan pada barang selain dari makanan..Tapi aku berjaya. Haraplah dia paham kan..

Jadi ibu bukan mudah dan penuh cabaran. Tapi ia adalah perkara paling manis berlaku dalam hidup dan aku tak nak rugi dalam membesarkan diaorang..:)



5.4.11

Bila anak terlebih emosi

Salam,

Malam tadi berlaku peristiwa yang baru dalam hidup aku..Cheh ayat macam apa je..Sebenarnya kan, aku nak buat entry pasal zarif main bolasepak dalam sukan sekolah dia, tapi nanti dulu la..
Yang ni lagi penting..Aku takmo nak berkias-kias, direct aje ok...

Mrhubby langgar kucing kitaorang dan zarif sedih sangat.


Nama kucing ni Puyol. Sebenarnya kan, mrhubby tak sengaja langgar, dia terlanggar. Untuk pengetahuan, kejadian berlaku lebih kurang pukul 9 malam, waktu aku tengah tido kejap kat umah. So, aku tak boleh jadik saksi sebab aku tak nampak apa-apa sampailah pagi ini.

Sebenarnya waktu kejadian mrhubby dan kids baru balik dari kedai belikan makanan untuk puyol, sedih tak? Kucing ni pun bukan kitaorang yang bela, dia yang datang-datang kat umah kitaorang..Dah 3 tahun kot puyol stay kat umah kitaorang. Dan puyol ni pulak tak reti nak pegi-pegi umah orang lain, suka lah kat umah aku ni. Mengada-ngada atau istilah lainnya manja kot..ermm..

Satu perangai dia yang memang aku tak gemar, bila kitaorang balik, dia suka terjah-terjah keta kitaorang..Jadi, malam tadi puyol buat aksi terjah kereta mrhubby la..Dan selalunya dia bernasib baik..TAPI malam tadi nasib tak menyebelahi dia..Puyol cedera..Dia terus pergi kat umah jiran sebelah dan duduk bawah keta jiran aku sampai pagi ni. Mrhubby dah jenguk2 tapi tak dapat pastikan tahap kecederaan camana..Sampai pagi ni kitaorang tak tau tahap kecederaan dia camana? Parah atau tak?

Ok, yang aku nak citer ni adalah zarif. Dia punyalah sedih sampai nangis teresak-esak, menyalahkan mrhubby. Dia kata kucing comel kenapa mesti abah langgar dia? Aku pulak yang sedih..nak menenangkan dia dan psiko dia pun hampir gagal..

Perangai dia serupa macam adik-adik aku yang sayangkan kucing. Tapi sebagai ibu, aku cuba pujuk sebaik mungkin dan alihkan perhatian dia pada benda lain. Aku tau dia trauma sebab dia boleh dengar kucing tu mengiau kuat kena langgar tu. Bila dia menangis tu, aku pun sedih sekali dan nak nangis..Tak taulah puyol camana ek? Kalau puyol mati aku sedih, kalau dia hidup dan cedera pun aku tetap sedih dan susah hati..hmmm...trauma..traumaa...

Ingat jadi ibu ni senang ke?

*Selalu ingat pesan abah, nak besarkan anak bukan mudah, kena melalui berbagai fasa kehidupan*

21.3.11

Aktiviti melukis dan mewarna

 Zarif kusyuk mewarna

 Pandainya kaler..

 Set kaler yang zila bagi..

Sebenarnya ni aku yang lukis..haha, kata mrhubby takder perspektif.
Mentang-mentanglah dia cikgu seni kann..

Salam,
 
Ni aktiviti zarif malam sabtu hari tu masa kitaorang tido umah mak mentua aku. Seronok melukis dan mewarna..Aku pun terjebak sama..Aku tak reti melukis tapi demi anak-anak aku tunjukkan jugaklah bakat yang tak seberapa walaupun mrhubby @ cikgu seni tu kata lukisan aku takder perspektif..huhu..(by the way, perspektif tu apa eh?)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...