Showing posts with label kisah aku. Show all posts
Showing posts with label kisah aku. Show all posts

9.4.11

Cuba sedaya upaya untuk jadik isteri yang ideal jugak solehah


Salam, 

Cuma nak bagitau, aku tengah cuba menghabiskan baca buku kat atas ni ha, nampak tak tajuk nya? Kalau tak nampak tak taulah kan..MENCINTAI SUAMI JANGAN SEPARUH HATI. Ingat orang dah kawin tak payah baca buku-buku cam ni ke? Actually ni bukan buku aku pun, tapi buku mak aku..

Lagi dah kawin lagi banyak cabaran sebab tu kena dapat banyak ilmu. Dah bercinta, nak nikah senang je. Lepas dah nikah tu, banyak benda nak kena adjust..Ingat dah serasi ke? Ingat time bercinta tu dah kenal luar dalam pasangan..Oh tidakkk..

In fact, aku yang baru tujuh tahun kawin ni terlalu banyak cabarannya..That's why ilmu sangat penting, lagi-lagi ilmu rumahtangga. Jadik perempuan dan isteri sepatutnya senang nak masuk syurga, tapi ramai yang masuk neraka..Tak percaya ke? Percayalah..

Aku bukan isteri yang sangat baik tapi sentiasa berusaha nak jadik yang terbaik. Aku cuma harap ikatan hubungan kami akan berkekalan ke akhir hayat..AMIN.

* Entry ni takder kaitan pun dengan anniversary ke apa ke..Saja-saja ok..Belilah buku kat atas tu untuk dapatkan ilmu yang bermanfaat*

Gambar tahun lepas yang tak edit langsung..

7.4.11

Kenapa aku suka berblog?

Salam,

Selamat pagi? Dah makan? Aku baru lepas makan nasi lemak ni..Ya Allah, rasanya kebelakangan ni aku suka makan la..Sentiasa makan..Dah makan pagi, nak makan tengahari pulak..Lepas tu nak makan malam lagi..Nak kata mengandung tak le pulak..Risau...Nanti kalau berat badan naik camana?? Tapi mrhubby kata kurus lagi, so ok lagi ler kot...:)

Rasanya dah banyak kali aku tulis kenapa aku suka berblog? Ok, aku nak tulis lagi..Yang sebelum-sebelum ni tulis kat blog lama..Ni tulis kat blog baru pulak..

Sebab utama aku suka berblog; 

* sebab suka menaip
* suka bercerita
* suka membaca
* lepas tu nak le rasa pendapatan melalui blog (kalau dapat le, tak dapat takper..)

TAPI yang paling utama sekali la kan, tujuan aku berblog sebab aku nak abadikan segala momen-momen indah sebagai ibu kepada dua orang anak. 

Pasal tu la korang akan nampak entri aku lebih pada zarif dan zara. Aku takmau terlepas segala apa yang berlaku pada diaorang. Kalau boleh aku nak rakam, dan nak simpan semua momen tu..

Setiap hari adalah hari yang baru pada anak-anak aku. Banyak benda baru yang diaorang belajar dan diaorang tahu. Rasanya sapa dah jadi ibu tahu kot..kann?

Sebab tu lah aku nak tulis apa saja yang berlaku pada diaorang dalam blog ni. Bayangkan kalau lepas-lepas ni aku akan baca balik entri-entri yang ada di blog ni dan aku akan kongsi dengan zarif dan zara..:)


Sebagai contoh la, perkara ni berlaku malam tadi;

"Ibu, kenapa logo halal ada kat bedak?"

"Bedak tu kan bukan makanan, kenapa nak letak logo halal kat bedak? Kita boleh makan bedak ke?"

Itu pertanyaan dari zarif. Mungkin soalan itu dia takkan tanya lagi selepas ni kan..That's why aku kena tulis dalam blog sebab aku rasa budak-budak sangat jujur melontarkan soalan..

Sebelum ni aku hanya terangkan kat zarif tentang logo halal yang ada pada makanan..Dan agak jenuh jugak nak menerangkan logo halal yang diletakkan pada barang selain dari makanan..Tapi aku berjaya. Haraplah dia paham kan..

Jadi ibu bukan mudah dan penuh cabaran. Tapi ia adalah perkara paling manis berlaku dalam hidup dan aku tak nak rugi dalam membesarkan diaorang..:)



6.4.11

Muak dan jijik

Salam,

Selamat pagi semua. Pepagi buta seawal 6.58 aku dah slide kedatangan kat ofis..awal sangat kot aku sampai. Tapi bagus ada masa boleh baca bfast, layan suratkhabar online..

Korang perasan tak, kebelakangan ni, berita ntah apa2 kat tv mahupun suratkhabar. Ikutkan aku tak layan pun berita-berita cam gini. Muak la nak mengikuti apatah lagi nak baca. Aku pulak memang jenis kena beli suratkhabar tapi aku tak baca pun cerita-cerita berkaitan video seks yang diperkatakan orang tu. Dari aku bukak berita yang tak sudah-sudah citer pasal seks tu, aku bagi je zarif bukak chanel ceria.

Ok-ok, tukar topik. Disebabkan semalam aku dah makan banyak, jadinya hari ni aku reduce sikit pemakanan, makan roti sikit, dan bawak biskut oat je. TAPI aku ada bawak bekal puding roti, nak bagi kawan rasa..konon macam sedap aku buat..hehe..

Ok, selamat bekerja..:)

1.4.11

Macam-macam la..

Salam,

Aku ber'online' dari rumah. Petang ni amik half day pasal nak settle kan beberapa urusan. Urusan keluarga la. Malam ni nak tido umah mak, tak sabar nak jumpa nasya, anak sedara aku. Mesti zarif dan zara suka, lama rasanya tak jumpa.

So, sebelum balik mestilah nak kemas-kemas umah, banyak kerjanya walaupun balik umah mak kat bandar tapi remehnya bab kemas mengemas tu. Ditambah lagi mrhubby ada final rugbi petang ni. Ntah pukul berapa la baliknya tu.

Lagilah pulak, hari Ahad nanti zarif ada hari sukan sekolah PASTI. Main bolasepak pulak tu..Haihh, kena berpanas lagi le masa tu. Harus ni aku kena bawak payung, tikar dan segala makanan, minuman dan macam-macam lagiler..

Tahun lepas zarif setakat masuk game perah span je..senang sangat, bila abis game je dan confirm kalah, aku terus ajak semua balik dan makan kat mcd..hehe


Tapi tahun ni dia main bolasepak macam gini;


Takkanlah tak nengok kan? Lepas tu main ni ada peringkat-peringkat ke suku akhir la, separuh akhir la. Buatnya kalau team zarif terer main sampai final camana? Zarif kata dia main bahagian PENYERANG tau..jangan memain..:)

Aku serik tahun lepas pasal takder pengalaman, datang lewat, khemah semua penuh lepas tu panas pulak, macam gini;
 

Mau aku tak buat muka, nak balik cepat je dengan kendong zara yang kecik lagi;


Jadiknya tahun ni, aku kena plan betul-betul..Apa yang perlu dibawak semua waktu nak hari sukan tu..Ni sukan PASTI tau..PAS punya..:) tu pasal korang nengok budak-budak sukan pakai baju lengan panjang (lelaki) ngan bertudung (perempuan)..

Ok, dah..aku nak kemas ni...tata..

31.3.11

Entry kejap di petang hari

Salam,

Layan blog jap sebab mata ni dah kuyu dan layu sangat dah..Tak boleh tahan, so kena nengok benda yang colorful dari mengadap kertas-kertas seadanya di atas meja ni..

Haiih, lagi menambahkan tekanan, aku drive sendiri pulak petang ni, mrhubby bawak budak main rugbi..Tau tak kemalasan melanda bila nak drive sendiri? Nak menapak dari bangunan ofis aku nak menuju ke parking bukan dekat..sampai bila la asik nak memalaskan diri je ni? 

Mrhubby tegur, "kalau asik malas je, nanti skill driving tu hilang tau, lama-lama awak dah tak ingat dah nak bawak keta tu camana?"

Tapi aku takmo kalah. "Taklah, saya kalau drive ok lagi, memang tak lupa la..cumanya jalan kat sini yang bahaya..lagi la campur dengan keta ngan moto student lagi, bawak kat jalan besar ada lori ngan trailer lagi, bahaya..Kalau abang bawak keta, boleh mengurangkan risiko bahaya dan kemalangan pada diri saya.."

"Kalau dah malas nak bawak keta tu, ada je kan alasannya...." kata mrhubby

Ye, aku memang malas. Tapi aku tak tipu, kemalangan memang dah banyak berlaku kat UTHM ni, baik kat kawasan kampus ataupun jalan besar depan UTHM ni. Tak percaya?

Ha, nengok Dato' NC UTHM pun baru-baru ni tulis kat wall fb beliau berkenaan hal ni..


Disebabkan itulah, aku rasa agak malas nak bawak keta..Bukanlah kata kalau mrhubby bawak tak jadi apa-apa, tapi rasa lebih secure dia yang drive. Pompuan kalau drive kan cam syok sendiri, macam pandai tapi ada lah lack sana-sini..(Aku cakap ikut pengalaman diri aku eh..)

Ha, oklah..dah hilang ngantuk ni..Jap lagi tepat pukul 5 aku nak balik..Biarlah aku jadik orang pertama yang keluar dari gate UTHM ni..hehe..

Tata..:)

28.3.11

Hati panas

Salam,

Tetiba macam bengang tahap......Nak tulis lebih-lebih pun tak boleh..Apalagi la aku boleh tulis selain bengang, sakit jiwa dan sakit hati..

Naper la orang-orang macam ni tak boleh bikin hati aku senang? Susah ke? Menyakitkan jiwa dan raga betul la..Please la..

Dahlah besok ada audit, hati panas nih....grrrrr..

Aku bukan kuli laaaa....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...