Selamat pagi? Dah makan? Aku baru lepas makan nasi lemak ni..Ya Allah, rasanya kebelakangan ni aku suka makan la..Sentiasa makan..Dah makan pagi, nak makan tengahari pulak..Lepas tu nak makan malam lagi..Nak kata mengandung tak le pulak..Risau...Nanti kalau berat badan naik camana?? Tapi mrhubby kata kurus lagi, so ok lagi ler kot...:)
Rasanya dah banyak kali aku tulis kenapa aku suka berblog? Ok, aku nak tulis lagi..Yang sebelum-sebelum ni tulis kat blog lama..Ni tulis kat blog baru pulak..
Sebab utama aku suka berblog;
* sebab suka menaip
* suka bercerita
* suka membaca
* suka membaca
* lepas tu nak le rasa pendapatan melalui blog (kalau dapat le, tak dapat takper..)
TAPI yang paling utama sekali la kan, tujuan aku berblog sebab aku nak abadikan segala momen-momen indah sebagai ibu kepada dua orang anak.
Pasal tu la korang akan nampak entri aku lebih pada zarif dan zara. Aku takmau terlepas segala apa yang berlaku pada diaorang. Kalau boleh aku nak rakam, dan nak simpan semua momen tu..
Setiap hari adalah hari yang baru pada anak-anak aku. Banyak benda baru yang diaorang belajar dan diaorang tahu. Rasanya sapa dah jadi ibu tahu kot..kann?
Sebab tu lah aku nak tulis apa saja yang berlaku pada diaorang dalam blog ni. Bayangkan kalau lepas-lepas ni aku akan baca balik entri-entri yang ada di blog ni dan aku akan kongsi dengan zarif dan zara..:)
Sebagai contoh la, perkara ni berlaku malam tadi;
"Ibu, kenapa logo halal ada kat bedak?"
"Bedak tu kan bukan makanan, kenapa nak letak logo halal kat bedak? Kita boleh makan bedak ke?"
Itu pertanyaan dari zarif. Mungkin soalan itu dia takkan tanya lagi selepas ni kan..That's why aku kena tulis dalam blog sebab aku rasa budak-budak sangat jujur melontarkan soalan..
Sebelum ni aku hanya terangkan kat zarif tentang logo halal yang ada pada makanan..Dan agak jenuh jugak nak menerangkan logo halal yang diletakkan pada barang selain dari makanan..Tapi aku berjaya. Haraplah dia paham kan..
Jadi ibu bukan mudah dan penuh cabaran. Tapi ia adalah perkara paling manis berlaku dalam hidup dan aku tak nak rugi dalam membesarkan diaorang..:)
memang org yang berblogging tu suka menulis/menaip..dan orang yang jengah tu, suka membaca...keep blogging...yeah, nasi lemak buat lulu terliur..ada lagi tak??
ReplyDeleteyeah..nasi lemak dah abis dah..selamat di dalam perut..:)
ReplyDeletehehehe... blogging kalo cerita pasal kehidupan peribadi macam buka pekung didada jer,... nih pandangan aku ler...
ReplyDelete