4.5.14

Penangan Kabhi Kushi Kabhi Gham

Jumaat malam Sabtu yang lepas ada cerita Kabhi Kushi Kabhi Gham kan...Tayang la berapa banyak kali pun tetap tak jemu..

Mula pukul 9 malam habis dekat pukul 1.35 pagi. Ohhh ikutkan mata memang nak tido je tapi sebab bukan selalu dapat peluang nak nengok sampai ke tengah malam pastu dengan esoknya cuti lagi so memang aku tabahkan diri dan mata laa...Jangan haraplah aku nak nengok sorang memang aku paksa mrhubby nengok sama dengan aku hahaha...

Boleh pulak syiok-syiok nengok pukul 12 tgh malam ada berita la pulak..Patutnya teruskan jelah cerita tu, tapi sebab ada berita aku tukar channel lain dulu nasib ada ulangan Amazing Race kat channel 701..

Touching ok...sob..sob..sob..

Konon takmo nangis di tengah malam tapi tak boleh laaa..Mrhubby dah pandang semacam jer, kalau nangis tu kira aku berperasaan la nengok cerita ni, kalau tak nangis tu yang ada masalah yea tak?

Selain mrhubby, dia pun aku angkut sekali ke ruang tamu. Kalau biar dia tido kat dalam bilik, nanti kalau dia nangis atau terjatuh aku tak dengar pulak (masa ni aku kat rumah mak, jarak bilik dan ruang tamu jauh gak)..



Sekian kisah di hujung minggu penangan Kabhi Kushi Kabhi Gham..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...