Kurang dari sebulan lagi, Aisyah dah nak masuk setahun. Macam tak percaya pulak cepatnya dia nak membesar..Kalau boleh nak dia baby lagi, masih terasa masa mengandungkan dan saat kaki dia menendang dalam perut, masih terasa sakit lahirkan dia..Masih terasa waktu dalam pantang...Ohhhh maniskan saat mengandung???
Sebenarnya aku takde plan pun nak buat apa majlis untuk Aisyah ni, paling tidak pun majlis simple kat taska dia jelah. Ikutkan bday dia 2 Jun tapi waktu tu pulak cuti sekolah dah tentu budak kat taska tak ramai sebab kebayakannya parents adalah guru..Maybe aku akan awalkan atau aku lewatkan bila dah naik sekolah nanti, sambut kat taska meriah sikit ada ramai budak-budak, ala setakat makan-makan je pun..
Nak sambut bday budak yang umur setahun ni bukan mudah sebab perangai budak kecik kan macam-macam, tu kalau ganggu waktu tido dia lagi laa pulak..
Ingat nak buat kek sendiri, barulah rasa touching sikit, tapi memikirkan alahai remehnya...Itupun belum tentu jadik so aku serahkan pada yang pakar je..Settle bab kek, bab lain pun kira settle jelah sebab aku cuma nak majlis yang ringkas saja..Oh yea goodies bag pulak hohoho..Ok yang ni aku nak buat sendiri kot, macam terer je kan, takpe sebab aku memang suka packing barang jadik aku nak buat goodies bag ni sendiri..:)
Tunggulah nanti kalau jadik majlis yang simple untuk budak cinonet ni aku akan share kat blog yea..Malam tadi budak ni 2 kali kunyah kertas kecik, confuse aku dia jumpa kat mana..Mesti salah Zarif sebab Zarif tu sibuk buat origami jadi dia banyak main dengan kertas..Aisyah tengah sibuk mengutip benda tu yang dia dapat cebisan kertas dok sibuk nak kunyah jugak, eiii geram betul aku..
Oklah till then tata..:)
Cmey aisyah :)
ReplyDeletekejap je kan dh nk masuk setahun. mmg btl kak huda, rasa rindu dgn anak2 masa diorg baby blh peluk2 cium2 gomol2 sampai diorg rimas. skrg ni dh pandai geli la malu la ekekekekee
ReplyDeleteAduh sayang... kenapalah kunyah kertas abang tu... tak puas lagi tengok tu tangan habis diconteng sama dgn marker pen ye:)
ReplyDeleteMesti best kalau sambut birthday dgn budak-budak kan Huda. Meriahnya lain..
kejap dah nak setahun kan .... alhamdulillah aisyah membesar dgn sihat, sempurna dan comel sekali.....
ReplyDeletesame mcm lieya gak la, besdey mia mija selalu kene time cuti sekolah tu yg kene plan sambut awal kat taska dulu heheheehe
Comelnya si Aisyah ni...:)
ReplyDelete1st time punya sambutan birthday, mesti teruja...
Cerita pasal geram kat anak ni....kebetulan hari ni saya pun bercerita pasal geram/marah kan anak...hihihih
comelnya dia :)
ReplyDeleteMmg cpt bsr. Aus pun kejap je rasa dh bsr dh blh mcm2 x lama lg.
ReplyDelete