Semalam ada member share entry kat facebook...
Fuh lama jugak aku mengadap hp baca kisah sedih ni, tak pasti pulak korang pernah baca ke tak? Aku share link nya kat sini yea..
Korang bacalah, memang sedih..Terus aku teringat kisah Aisyah yang terhenti pernafasan hari tu...
Memang tak boleh dibayangkan keadaannya, dan aku sendiri tak pasti adakah aku kuat andai diduga macam ni..Alang Aisyah terhenti pernafasan seketika hari tu pun aku dah tak keruan apatah lagi bila anak yang kita kandung pergi selamanya kan..
Al-fatihah kepada baby Armand yang pastinya telah menjadi penghuni Syurga..Kisah ini buat peringatan kepada diri bahawa apa yang dimiliki sekarang adalah pinjaman sementara saja. Mudah-mudahan aku akan terus istiqamah diri untuk menjadi insan yang lebih baik di sisi Tuhan.
Btl tu. Bca jgk cerita dia sebelum tu. Yg ni dia cerita detail hari kejadian. Allah uji hambaNYA yg kuat.
ReplyDelete