Kisah ini fresh, baru je berlaku pagi tadi;
Macam biasa aku datang awal pagi terus ke postguard nak ambik kunci ofis. Tiba-tiba sorang guard perempuan ni tegur, "Kenapa tu? Period ke?"
Aihh, aku dah cuak, yang pasti memang belum period pun. Tapi aku boleh pulak jawab, "Eh, nampak ke?" (seems macam aku period pulak padahal tak..). Untuk makluman hari ni aku pakai baju korporat universiti yang warnanya campur-campur putih, hitam dan merah dan kain hitam. Tapi part yang dia kata period tu memang bajunya warna putih.
Lepas tu guard tu suruh aku nengok kat cermin. Ok fine, memang ada kotor sikit kat situ macam warna merah oren gitu. Alamak cuak lagi. Pantang betul aku kalau pagi-pagi baju dah kotor. Nak patah balik ke rumah memang tak mungkin walaupun dekat.
So aku terus ke ofis dan check bajunya. Aku cium baju tu dan bau macam minyak..Korang tau apa yang kena kat baju aku tu;
bekal pizza dominos yang aku bawak hari ni..
Minyaknya tembus kat kertas tu dan terus ke baju aku. Sebenarnya bekal ni aku letak kat dalam beg dan aku duduk membelakangkan beg aku tu, tak sangka la pulak boleh tembus dan meresap ke baju aku. Dan biasanya aku bawak bekal tupperware tapi hari ni gatal nak guna pembungkus kertas ni.
So sebelum kawan-kawan ofis datang, aku pergi ambik sabun buku kat toilet dan sental habis kat belakang baju sampai bersih, confirm basahlah kat bahagian tu, tapi aku tak kisah janji bersih. Dahlah pagi ni aku ada taklimat takkan nak biarkan kotor pulak..Kang tak sudah orang dok sibuk tanya soalan yang sama cam guard tu tanya aku.
Kesimpulannya......korang buatlah kesimpulannya ek, hehe..:)
aduhai....stress pulak pg2 ek...tak pe...tu mknenye guard memerhati la tu...ceceh... =)
ReplyDeleteKesimpulahnnya, pizza itu tetap juga masuk ke perut, kan? :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. boleh hilang kotoran tu.. basah pun basahlah.. kejap lg keringlah tu.. kesimpulannya.. mood merudum di pagi hari.. akak pun klu pagi2 baju dah kotor jd hilang mood dibuatnya..
ReplyDeletekesimpulannya, pizza itu sedap..hahahaha
ReplyDeletehehe.. spoil mood pagi hari kan.. tak pe.. sabar ye :-) ceria2 selalu..
ReplyDeleteMemang boleh hilang mood kalau jadi cam tu :-)
ReplyDeleteUiii boleh tensen tu. Nasib sempat cuci.
ReplyDeleteKesimpulannya lain kali guna bekas kedap bukan kertas lagi...
ReplyDeletehehehe kesimpulannya jgn dudukkan beg... dan makanan jgn letak dlm beg..
ReplyDeletemmg buat hilang mood...adoi la...
ReplyDeleteBiasa kalau kzefa bawa bekal, mmg x pernah masuk dlm beg.. Tapi tak biasa pun sebenarnya bw bekal.. hehehe..
ReplyDelete