14.9.12

Maintain

Semua orang mampu memiliki apa yang dia nak kalau dia berusaha bersungguh-sungguh. Bila kita dah dapat, kita hanya perlu maintain je..Istilah melayunya mengekalkan..Mengekalkan apa yang kita dah dapat tu la kan..

Sebenarnya banyak contoh yang ada di keliling kita..

Antaranya nak kereta, dapat kereta, tapi nak maintain kereta tu cantik dan baru mestilah rajin pergi hantar servis, basuh dan kemas kereta selalu. Contoh lain, nak rumah baru, dah dapat jugak..Tapi nak maintain rumah tu nampak cantik dan baru pun kena rajin kemas, mop, vakum, cat ke dan lain-lain lagi.

Nak suami/isteri, pun kena usaha jugak ye tak..Bila dah dapat pun kita kena maintain..Nak maintain hubungan tu kekal, nak maintain biarlah kita je di mata pasangan. Maintain harta benda dengan orang ni memang beza.

Nak maintain hubungan dengan pasangan ni, bukan setakat luaran je tapi dalaman (means hati dan perasaan) pun perlu. Mula-mula kawin semuanya nampak indah di mata. Dah lama kawin semua pun berubah, lagi lah kalau dah ada anak-anak. Itu belum campur dengan masalah-masalah yang datang.

Untuk aku pulak, aku lebih suka jadi diri sendiri, berterus terang dan belajar terima kekurangan (padahal dulu memang susah nak terima, sekarang dah boleh laa sebab aku sendiri pun tak perfect).

Kalau korang pulak macamana?



5 comments:

  1. betul2, nak dapat susah, nak mengekalkan lagi susah sebenarnya. Tapi apa2 pun yang penting kena rajin lah. Itu bab harta benda, rajin kemas, rajin tengok selalu. Bab hubungan pun kena rajin gak.

    Pada kak yus pun sama, jadi diri sendiri, tak puashati atau ada rasa apa2 jangan suka simpan, luahkan, bawa berbincang, dan cuba kekalkan apa yang selalu kita buat sebelum kahwin dan di awal perkahwinan hingga sekarang. Kalau sebelum kahwin selalu ambil berat, lepas kahwin pun sama, kalau sebelum kahwin manja, lepas kahwin pun sama, sebelum kahwin selalu telefon, lepas kahwin pun sama mungkin kuranglah, lebih sms ke....hihi.

    Dari dulu SRD selalu kata akak manja, sampai skrg pun itu juga dia kata, manja...ekekekek, tapi manja dah bertempatlah kan, seiring dengan peningkatan usia, kematangan pun penting, manja baru kahwin dengan manja anak dah 4 mestilah ada beza ya tak?....hahahha.

    ReplyDelete
  2. aku?..aaa...hmmm...haha..x tau nak ckap! tapi betul, nak maintain kan sesuatu...susah wooo!

    ReplyDelete
  3. yela,nk kekal dlm rumahtngga yg bahagia..bukanla sesuatu yg mudah..kena sma2 usaha,tak boleh sebelah pihak jekn :)

    ReplyDelete
  4. Kakak dah 17 tahun bersama Huda so, bunyi cara ketuk pintu pun dah tahu. Melihat barangan yg dibeli utk dimasak pun dah tahu resepi apa yg dia nak. Kalau beli daun kesum, ikan jahan, tomato tahulah dia nak makan asam pedas (itu contohnyalah)...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...