19.9.12

Open house / Cerita kuih

Sabtu lepas, mak dan abah aku buat open house untuk kenalan diaorang yang sama-sama kerja hospital (FYI parents aku dah bersara yea).

Takdelah open house besar-besaran, biasa-biasa saja. So menu pada hari tersebut adalah laksa johor (all time favourite), nasi impit dan lauk-lauknya, serta kuih muih. Open house kecil-kecilan ini dibuat pada waktu malam, kira lepas maghrib la.

Alhamdulillah semua berjalan lancar tapi mana makanan yang tak abis tu, bagi kat orang ngan simpan dalam fridge jelah.. Esok lusa boleh reheat dan makan semula, :)
Nak letak gambar masa orang ramai datang, takde pulak, so aku letak gambar kuih-kuih ni je yea..


Segala muffin dan cheese tart tu mak aku buat kecuali kek lapis dan kek kukus tu. Dan kek batik yang tersusun bertingkat-tingkat tu aku yang buat..Yea, hanya itu yang aku buat..:) Mak memang rajin buat segala muffin dan cheese tart ni tinggal aku je belum kaut ilmu dari mak..

Aku tau aku patut dan mesti belajar..Air tangan mak, mana ada yang tak best kan, semuanya pun sedap kat mulut aku. So wajib belajar dari mak, kalau tak belajar aku akan jadi manusia yang rugi. Orang lain nak belajar semua berbayar aku boleh belajar free je kan...

Ok..aku akan belajar yea, tapi korang kena tau mak aku sangat garang dan cerewet bila ajar bab buat kuih-kuih ni semua, tu pasal la aku pun amik masa nak belajar, hehe..

Orait..nanti aku buat entry khas pasal kuih/biskut batik yang aku buat tu eh..:)



3 comments:

  1. Laksa Johor? waaa... bestnya. :)

    ReplyDelete
  2. rajinnya mak akak buat.. kalau sya ni dah tempah aje ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. untungnya huda...mak pandai buat muffin n cheesetart semua tu. izan suka semuanya!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...