28.2.13

Tupperware baru

Yeay rajin aku bawak bekal hari ni tau, nak-nak lagi dah dapat barang tupperware baru, hehe.

 Dah ada beg bekal tau..

Yeay-bekalan hari ni..

Aku mengaku suka sangat makan nasi goreng bila pregnant ni tapi nasi goreng yang aku buat sendiri la. Rasa macam sedap pulak nasi goreng yang masak sendiri ni (kehkeh masuk bakul angkat sendiri yea). Lagi rasa sedap bila letak dalam bekas tupperware baru :).


Set yang aku beli ni namanya Purpulicious Lunch Set yang berharga RM49.90 + RM13.90 (Portable Cutlery Set). Kalau jadik ahli bolehlah dapat diskaun..:) Berbaloi-baloi..

Kalau nak beli tupperware boleh je contact aku 016-7931644.....:)



Basuh, sidai, lipat & gosok baju?

Bila masanya korang basuh baju? Hari-hari? Dua hari sekali? Tiga hari sekali ke seminggu sekali? Siapa yang sidai baju? Siapa yang lipat baju? Bila masa pulak gosok baju? Siapa yang gosok baju? Sebenarnya benda-benda berkaitan baju ni memang aku tak suka nak buat tapi tetap kena buat..

Kalau aku, hari-hari memang basuh baju. Mungkin orang kata "ishh membazir je kalau basuh hari-hari.." Tapi aku tak boleh kumpul baju melainkan cuaca tak molek dan hari hujan. Lagi sakit mata aku kalau nengok baju bertimbun tak basuh. Biasa aku akan basuh malam dan sidai malam tu jugak.

Kalau nak lipat baju biasanya aku akan buat Jumaat malam dan Sabtu pagi. Kalau baju yang dah bersih bertimbun, aku ok lagi (walaupun sakit jugak mata ni)..:)

Gosok baju..haa yang ni memang part paling aku tak suka buat. Entah kenapa aku rasa gosok baju la pekerjaan yang paling susah ok.. Nasib baik la ada mrhubby yang suka gosok baju kalau tak.........Tapi bukanlah aku tak reti gosok baju, reti je cuma malas dan rasa susah. Ingatkan mrhubby orang yang boleh ala kadar je sekali bila bab gosok baju dia ni sangat teliti so biar dia jelah yang gosok, hehe..

Ok korang cerita la pulak kisah korang dan baju-baju ni semua ok..Lain orang lain ceritanya. Yang pastinya bila time pregnant ni aku makin galak dan suka basuh dan sidai baju, tak taulah kenapa...

Ada event fakulti aku kena attend ni, nanti sambung lagi yea..

 








27.2.13

Wordless Wednesday..

Teruja dengan gambar yang di post ke fb oleh salah sorang kawan aku. Sebagai pencinta buku, aku tertarik dengan design macam ni, lain dari yang lain..

Cool design..:)

Tuisyen & masa yang ada

Kadang terfikir nak hantar Zarif tuisyen. Tapi memikirkan masa yang ada tu padat so terus batalkan hasrat. Zarif pun baru darjah dua, yeah aku tau silibus belajar zaman sekarang agak mencabar tapi aku masih boleh ajar dia ikut kemampuan yang ada..

Kesian nengok dia pun ada, pergi sekolah seawal pagi, kadang balik sekolah pagi dah nak dekat pukul 1.30 ptg (sebab ada kelas tambahan komputer). Sebelum pukul 2 dah nak kena siap pergi sekolah agama, tak ke haru dengan masa yang cukup-cukup nak makan tengahari, nak mandi, solat dan terus ke sekolah agama. Balik sekolah agama pukul 3.30 terus ke kelas mengaji sampai pukul 5.00 petang (tapi biasanya 5.30 baru dapat amik dia balik).

Dan balik rumah dia rehat kejap, makan..lepas tu tak lama dah jadi macam ni pulak;

So camana nak pegi tuisyen malam??

Bukan dia je, yang sekolah tadika ni pun sama..Kadang tak sampai rumah lagi, dalam kereta pun boleh tertido.

Dah bawak masuk rumah pun tetap tak sedar siap bertudung lagi..

Tapi alhamdulillah malam tadi Zarif tak tido awal sangat (aku dah sound dia dulu sebab nak ajar dia subjek English dan Maths). Aku pun kena kuatkan semangat sebab nak ajar anak sendiri memang mencabar. Mrhubby kata aku tak boleh jadik cikgu/cikgu tuisyen sebab tak sabar dan student confirm cabut lari sebab tak suka aku, huhu...Tapi takpe, Zarif masih boleh bertahan lagi dengan aku, hehe..

Hai anak la anak.. Nak besarkan mereka zaman sekarang serba mencabar. Tapi sebagai parents semua pun nak buat yang terbaik untuk anak-anak kan..:)









26.2.13

Kesian, simpati.........

Tak taulah nak cakap apa kan pasal kes Rita dan Aidil tu. Walaupun Aidil dah keluarkan kenyataan TAK SAYANG lagi pada Rita tapi Rita pulak boleh cakap MASIH SAYANG lagi pada Aidil.

Isteri mana tak sayang suami kan. Tapi kita yang kat luar tak bolehlah nak cakap yang bukan-bukan pasal diaorang sebab yang faham masalah ni cuma diaorang je. Aku bukan la nak backup sesapa sebab aku sendiri simpati kat si Rita tu yang dok besarkan anak-anak dia yang dua orang tu.

Dan tetiba aku lebih simpati bila baca kenyataan Aidil kat Beatifulnara tadi. Entah kenapa aku rasa buruk baik suami, kita kena ikut cakap suami kan. Dalam agama pun kita diajar tidak membuka aib suami depan orang lain. Selesaikan segala masalah secara baik. Sebagai isteri kita kena buang ego. Cubalah settle segalanya dengan baik demi anak-anak.

Walaupun Aidil muda tapi aku rasa dia boleh jadi suami yang baik kalau sama-sama ada persefahaman dan mereka berdua saling menghormati keluarga  masing-masing. Tapi ditakdirkan takde jodoh better cerai jelah dari saling memburukkan nama masing-masing kat media.

Aku rasa Aidil dah cukup sabar dah tu....



 




Cerita Hokkaido Cupcakes

Kan hari tu aku kata nak buat Hokkaido Cupcakes kan, kan....

So bila mak aku baca entry aku yang poyo nak buat Hokkaido Cupcakes (HC) tu dia pun sms cakap buat je dengan dia sebab most of the bahan-bahan mak dah ada tinggal nak buat je..:) Jadinya misi untuk membuat HC tu pun bermula la hari Ahad lepas.

Sebenarnya nak kata aku yang buat pun memang tak patut, sebab mak aku la yang sukat-sukat segala bahan tu dan aku tukang kacau-kacau bahan tu, hehe. Dah kata buat dengan mak kan..:) Cuba kalau buat sendiri memang tertonggeng la sorang-sorang..

Disebabkan ini adalah first trial kitaorang makanya janganlah expect rupa HC yang molek sangat ok, hehe.


masa ni bajet molek je kan..

bila aku dah tak larat nak pukul ni, dia la yang take over

yang dua orang tu memang dok sibuk nak tolong jugak

Finally....

Well rupa cam kureng tapi rasa memang ok. Semalam aku bawak ke ofis dan ada member yang rasa so diaorang semua pun cakap sedap..:) Kredit to mak aku la eh. Ok, nanti aku dengan mak akan try resipi HC yang lain pulak dan refill tu mungkin nak guna whipping cream. Yang kat atas tu refill nya kitaorang guna kastard.

Buat HC ni sebenarnya takdelah susah mana tapi nama pun first trial kan so toksahlah expect rupa yang grand sangat. Yang penting cake nya tu memang lembut sangat tau. Ingat balik rumah semalam dapatlah rasa baki HC yang aku tinggalkan kat rumah rupanya licin jugak abis dimakan oleh mrhubby dan anak-anak..:)

Ok lepas ni ibu buat lagi ek dibantu oleh TokZu, hehe.





25.2.13

Aku dan baby ok saja

Hari ni hari yang agak 'slow' walaupun hari gaji, hehe. Ok pagi tadi pergi checkup kat klinik kesihatan. Sekarang dah 25 minggu pun. Kejap je rasa, pejam celik pejam celik nanti tiba-tiba dah 9 bulan, huhu....

Well, keadaan semua pun ok. Pertambahan berat badan bertambah lagi sekilo menjadikan ia 59kg..Wah agak malu-malu nak cecah 60 kg kan, slow-slow dia naik. Maybe takmo aku terkejut dengan angka 60 tu kan, huhu. Sebelum pregnant, berat adalah 55 kg dan sekarang baru naik 4 kg, eh betul ke ni??? Macam tak caya jer..

Hb aku pun agak memberangsangkan dengan 12.7. Susah sebenarnya aku nak dapat Hb yang cantik so agak puas hati di situ..:)

Lain dari tu semua pun ok, baby pun semakin aktif bergerak. Dan harapnya segalanya baik-baik saja. Persiapan baby? Ermmm..masih gitu-gitu lagi la, ada jugak yang aku shopping online jer senang kerja.

Ingat macam nak pergi scan lagi la..Scan nak mengukuhkan lagi jantina baby dalam perut ni. Yelah hari tu doktor dah kata baby girl. Tapi nak pergi klinik lain pulak bagi mengukuhkan lagi kesahihan jantina itu, hehe. Aku ok je boy ke girl memang takde hal. Tapi kalau dah confirm girl senang la aku nak carik barang-barang yang more to pinky color, hehe..







Tunaikan tanggungjawab

Aku dah ready untuk kali kedua dalam tempoh 5 tahun..Pastinya kali ni aku lebih matang dan lebih faham dengan senario semasa yang berlaku. Semua orang ada hak untuk memilih siapa yang lebih berhak..Tak kisahlah siapa yang duduk di kerusi pemerintah mereka pastinya dipertanggungjawabkan dengan amanah yang berat.


 Jom mengundi!!


23.2.13

Kenapa kita takde bibik?

Zarif tanya aku;

"Ibu..kenapa kita takde bibik?"

"Kenapa nak ada bibik pulak?"

"Kalau ada bibik kan senang, bila balik sekolah je kita boleh mintak bik nak teh o ais satu...."

Amboi-amboi, cantik muka nak arahkan bibik buat teh o ais bagai..Kalau dah ada perancangan macam tu memang takkan ada bibik la sampai bila-bila, hehe.

Siap ditanya lagi, "Kalau tak boleh arahkan bibik buat macam tu jadi apa tugas bibik sebenarnya?"

Ler banyak la pulak soalannya..

To make it short, aku memang takde perancangan pun nak amik full time pembantu rumah @ bibik. Kalau setakat weekend maid tu boleh la, itupun masih berfikir-fikir lagi. Penat memang penat tapi kena ada kerjasama antara semua ahli keluarga.

Lagipun aku nak anak-anak reti berdikari dan buat kerja sendiri tanpa harapkan orang lain..

21.2.13

Cameron Highlands - Siri IV (Final)

Ok kita dah sampai ke siri akhir ni. Jomla kita ke Boh Tea Sungei Palas. Mula-mula memang agak berkira nak ke sini memandangkan jalannya boleh dikatakan agak bahaya (sebelum pergi dah cari maklumat kat internet dulu).

Tapi kalau tak pergi sini memanglah rugi, maka kitaorang nekad. Disebabkan mak ada masalah sesak nafas jadik kenderaan abah dapat kebenaran guard untuk sampai ke atas. Nengok jelah gambar;

 Yeay dah sampai...

 Pemandangan yang cantik dan tenang kat atas ni

 Sarapan orang putih - Scones & Tea

 Mak dan adik laki aku Wan

 Mak dan Abah

 Oh naik atas ni beli teh lagi ok :)

 Posing lagi..

 Masa ni memang dah letih sangat - nak balik..

Ok amik gambar lagi - Atuk & Cucu

 Dan lagi - Abah & Menantu & Cucu

 Amboi adik, gedik semacam

 Di sebalik pokok teh

 Yeaayyy!!

 Bye Cameron Highlands, nanti kitaorang datang lagi yea..



20.2.13

Kagum & Tercabar...

Ok, kita tukar topik entry lain la yea..Mesti banyak blog buat kisah pasal artis tu kan, hehe..
Belek-belek Instagram Dato' Aznil Nawawi pagi tadi (eh, apesal aku nak cerita pasal artis jugak ni?) so agak teruja dengan salah satu gambar yang di post kan dua hari sudah..



The best part is dia memang tak pernah buat cake dan inilah hasil pertamanya. Wahhh, agak kagum ok. Red Velvet cake pulak tu, ishh tercabar keperempuanan aku ni, hehehe..

So aku dengan semangat dan perasaan berkobar-kobar nak buat Hokkaido Cupcakes hujung minggu ni. Tau Hokkaido Cupcakes? Ginilah lebih kurang rupanya;


Tak agak-agak kan aku, dahlah tak pernah buat cake lepas tu first time nak buat terus nak cuba Hokkaido Cupcakes okeh! Patutnya cubalah yang simple dulu cam butter cake ke kannn..Serius aku bersemangat tau, kalaulah aku berjaya buat macam ni atau lebih kurang macam ni confirm mak aku terharu laa..:)

Cakap kat Zarif pagi ni;

"Yip, hujung minggu nanti ibu nak buat Hokkaido Cupcakes tau.."

Sekali Zarif balas;

"Jangan cakap je..." Amboiii, tercabar aku okeh, huhu. Nengoklah nanti yea, nengok laaaa.....

Kita semua memang pelakon

Pagi ni mrhubby hulur suratkhabar Metro kat aku sambil cakap, "Nah, amik ni, awak mesti nak baca berita pasal Fizz Fairuz kan.."

Aku fikir mesti Fizz Fairuz nak ceritakan dengan detail kisah dia bertunang dengan orang lain dan bukan dengan Almy Nadia..Tapi sebaliknya berita yang keluar adalah FIZZ FAIRUZ BERTUNANG SEMINGGU (something like that la..) Jap-jap lagi mesti keluar kat Beautifulnara dan pastinya akan heboh di seluruh alam maya..

Oh no..Apakah ini??? Tak tau nak komen apa cuma aku percaya sepenuhnya atas kuasa Tuhan. Hmm, macam-macam kisah orang, yang pasti kita semua memang pelakon di dunia dan pengarahnya hanya Tuhan yang satu ~















19.2.13

'Multi tasking' katanya...

Malam tadi ingat nak sambung bw sambil balas komen kawan-kawan tapi maaflah banyak-banyak memang tak sempat sangat. Letih semacam!

Balik rumah dah tentu settle kerja-kerja rumah macam biasa. Lepas tu macam ter rajin sangat nak buat Sherpherd's Pie, dah lama tak makan. Kali ni aku ikut resipi Chef Hanieliza. Aku buat semua ni lepas maghrib la. So tengah buat kerja-kerja kat dapur tu, datang si Zarif tanya soalan Matematik. So sambil jadik chef jadik gak cikgu tuisyen. Mujur jugak mrhubby dok tolong kat dapur, so sambil ajar Zarif sambil bagi arahan kat mrhubby apa yang perlu dibuat untuk Sherpherd's Pie ni..:) Isteri dan ibu ni kan biasanya multi tasking yea tak? Boleh buat banyak kerja dalam satu masa, hehe..

 Confirm jiran dengar suara aku mengajar Zarif ni, huhu..

Ok so lepas settle semua malam tadi, terus rasa perut aku tegang semacam je. Penat sangat kot dan pastinya pukul 10 aku dah tertido..

Oh ye Sherpherd's Pie aku apa rupanya?

Senang kata kita bagi kredit kat mrhubby la yea..:)


Inilah breakfast aku..
Terima kasih Tuhan atas rezeki yang kau berikan ~

Tq kawan-kawan yang sudi baca blog ni, sayang kamu semua!!





18.2.13

Penat | Gelang silver

Hisshh tension je datang kerja pagi-pagi tapi internet problem. Nasiblah tak lama, sekarang barulah puas nak update dan baca blog.

Hari ni semua pelajar pun dah mula naik sekolah. Mood anak-anak aku pun ok je since Zara memang dah mula sekolah dari last week. Zarif macam biasalah memang takde hal, mood memanjang je ok.

Suppose hari ni aku ada checkup pregnancy tapi rasa malas nak pergi sebab macam penat sangat. Tadi dah call klinik mintak tangguh so either Khamis ni atau Isnin depan aku akan ke klinik. Yang pasti JM tu cakap nak kena injection kancing gigi..Whatever la, nama pun pregnant kan so ikut jelah apa yang disuruh. Dan pastinya lagi masa kandungan 7 bulan nanti aku kena minum air gula lagi, hmm sabar jelah..

Semalam keluar ke mall jap ikut mrhubby nak cari barang dan nak cari baju Zarif. Hissh kalau ikutkan aku ni dah malas sangat nak berjalan, penat sokmo tau. Pantang nampak kerusi aku asik nak duduk je..:)

Alang-alang dah keluar tu kan, aku nak carikan la budak pompuan ni gelang. Ala, lately ni dia dah pandai bergaya nak pakai gelang la pulak. Gelang emas? Memang tak la kan, kang kalau kena ragut payah lak. So aku dan mrhubby belikan je gelang silver..:) Tak mahal pun, dan yang best boleh trade in bila-bila masa (takde expired date). Kalau nak gelang emas tunggu la dah besar nanti ok. Masalahnya aku sendiri tak suka pakai segala barang kemas, aku lebih suka kosong je, jimat duit mrhubby..:)

 Gambar ulang tayang dari Instagram


17.2.13

Elok amalkan selepas solat


Nengok rancangan Halaqah Jumaat lepas, ustaz dalam rancangan tu bagitau ayat  40 & 41 Surah Ibrahim ni elok diamalkan lepas solat. Jom sama-sama kita amalkan..

15.2.13

Sambal gesek punya pasal..


Sekali lagi mood rajin datang semalam. Tetiba nak masak ditambah lagi dengan keinginan nak buat sambal gesek. Sedappp..Ikutkan mrhubby tak suka kalau masak sup ayam gitu je tapi sebab ada sambal gesek tu bertambah-tambah dia makan, hehe. 

Time rajin nak masak, bukan main lagi tapi masak pun simple je lah kan malas aku nak masak yang remeh-remeh dengan keadaan perut dah membesar ni. Penat berdiri lama-lama kat dapur..

Resipi sambal gesek? Ala benda ni simple je kot, aku amik bilis, bawang besar, bawang putih, cili hijau pastu tumbuk sekaligus tapi tak lumat sangat. Pastu baru tumiskan. Last sekali baru perah limau nipis, fuhhh sedapp..Tapi ada banyak versi la nak buat sambal gesek ni..Lepas ni aku nak buat ikut versi lain pulak...Tapi yang semalam punya versi pun sedap gak (dah meleleh pulak air liur ni...)

Bacalah dengan makna sekali

Petang kelmarin;

Aku sendawa sebaik je habis makan petang. "Alhamdulillah, kenyang dah.."

Tiba-tiba Zara yang ada kat meja makan;

"Kalau macam tu, bacalah doa habis makan..." --- (Mentang-mentanglah sekolah tadika PASTI)

Dengan sengaja aku baca doa ni kuat-kuat depan dia nak tunjukkanlah yang ibu dia ni terror jugak, tapi aku baca tanpa makna la. Itupun dia bising, bacalah dengan makna sekali. 

Yelah kan budak baru sekolah tadika, otak tengah fresh sedut segala ilmu dan segala doa serta makna. Jadi bila balik rumah, semua dia nak praktikkan serupa la macam Zarif dulu. So kita layan kan jelah..:) Seronok sebenarnya layan perangai budak-budak seusia Zara ni, yelah nak nengok setakat mana ilmu yang dia dah belajar.

Kat sini aku letak sekali doa sebelum dan selepas makan. Benda ni semua simple je tapi kadang kita sendiri lupa nak praktikkan yea tak? 

Ihsan Google

Cameron Highlands - Siri III

Ok sambung lagi entry ke Cameron Highlands yea. 

 
Balik dari Cactus Point kitaorang terus nak pergi petik strawberry. Sebenarnya ada banyak strawberry park kat CH ni tapi kitaorang pilih kat belakang Equotorial Hotel namanya EQ Strawberry Farm. Tempatnya biasa je janji boleh petik strawberry sendiri..:)


Tapi aku tak masuk ke ladang strawberry dan tak dapat petik strawberry ni sebab mak aku dah start mengah so aku temankan mak kat luar dan yang lain-lain masuk ke ladang strawberry. Tapi aku ok je, yang penting diaorang happy terutama abah aku yang memang excited sangat nak petik strawberry tu.





Lepas-lepas ni mana tau ada rezeki nak ke CH lagi nak petik sendiri strawberry...Sedap jugak makan strawberry cam gitu je, ada rasa masam-masam kan.

Sebelum keluar dari ladang ni mak nak rasa strawberry celup coklat dulu..
 

 Ok dah jom kita ke Boh Sungei Palas pulakk...

 
Next entry ok ~


14.2.13

Baby apa??

Ok stop dulu kisah CH, nanti aku sambung lagi ada 2 entry lagi berkenaan CH nak kena buat, hehe. Sekarang nak cerita latest aku scan dengan doktor last week..

Aku dah tau jantina baby dalam perut ni. Terkejut dan tak terjangka jugak sebenarnya..:)

Actually aku tak tau part mana yang doktor scan ni

Sebenarnya aku expect lain dan member-member pun cakap lain tapi bila scan jadik lain pulak, hehe. Waktu scan tu aku boleh tanya doktor lagi, "Eh ye ke? Scan doktor ni 3D ke 4D?" Punyalah beria aku tanya sebab nak pastikan yang doktor tak silap..Tapi andaikata jadi sebaliknya pun aku ok je memandangkan aku dah ada sepasang anak..:) Yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat dan sempurna.

Setakat ni kandungan semua ok dan baik saja..Baby apa? Yelah aku bagitau, In Sha Allah Zara akan dapat geng baru nanti..:)

Ikutkan persiapan yang aku dah buat more to baby boy so sekarang kena carik yang girly pulak, yeay!

13.2.13

Cameron Highlands - Siri II

Kitaorang tido kat CH cuma semalam je, so lepas checkout dari hotel maka kitaorang cari la tempat-tempat yang menarik untuk berjalan sebelum balik. Masa yang ada memang sangat singkat tambah lagi hari Jumaat waktu tu tapi kitaorang cuba isi masa sebaik mungkin.

 Ambik gambar dulu sebelum check out dari hotel


Mula-mula pergi Kea Farm dulu tapi kitaorang tak jelajah sampai abis, setakat pergi kedai depan-depan je sebab mak nak beli sayur nak bagi kat adik yang kat KL. Tapi memang rambang mata kalau pergi sini la sebab nampak semua sayur yang fresh, itu belum lagi nengok bunga-bunga lagi..

Lepas dari tu, kitaorang terus ke Cactus Point (actually jumpa Cactus Point dulu sebelum Kea Farm). Pergi kat sini pun saja jalan-jalan nengok pokok cactus yang comel-comel.

 Cantik kan cactus merah tu..

 Dengan little girl Zara

 Pasangan romantik..:)

 Zarif dapat beli 3 cactus yang comel, Tok Tip belanja

 Ada jugak bunga-bunga yang cantik

Zarif pun nak bergambar dengan cactus merah

 Mak Abah

Ok kita sambung siri seterusnya nanti ok, kesian korang kena baca entry lama, hehe...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...