27.2.13

Tuisyen & masa yang ada

Kadang terfikir nak hantar Zarif tuisyen. Tapi memikirkan masa yang ada tu padat so terus batalkan hasrat. Zarif pun baru darjah dua, yeah aku tau silibus belajar zaman sekarang agak mencabar tapi aku masih boleh ajar dia ikut kemampuan yang ada..

Kesian nengok dia pun ada, pergi sekolah seawal pagi, kadang balik sekolah pagi dah nak dekat pukul 1.30 ptg (sebab ada kelas tambahan komputer). Sebelum pukul 2 dah nak kena siap pergi sekolah agama, tak ke haru dengan masa yang cukup-cukup nak makan tengahari, nak mandi, solat dan terus ke sekolah agama. Balik sekolah agama pukul 3.30 terus ke kelas mengaji sampai pukul 5.00 petang (tapi biasanya 5.30 baru dapat amik dia balik).

Dan balik rumah dia rehat kejap, makan..lepas tu tak lama dah jadi macam ni pulak;

So camana nak pegi tuisyen malam??

Bukan dia je, yang sekolah tadika ni pun sama..Kadang tak sampai rumah lagi, dalam kereta pun boleh tertido.

Dah bawak masuk rumah pun tetap tak sedar siap bertudung lagi..

Tapi alhamdulillah malam tadi Zarif tak tido awal sangat (aku dah sound dia dulu sebab nak ajar dia subjek English dan Maths). Aku pun kena kuatkan semangat sebab nak ajar anak sendiri memang mencabar. Mrhubby kata aku tak boleh jadik cikgu/cikgu tuisyen sebab tak sabar dan student confirm cabut lari sebab tak suka aku, huhu...Tapi takpe, Zarif masih boleh bertahan lagi dengan aku, hehe..

Hai anak la anak.. Nak besarkan mereka zaman sekarang serba mencabar. Tapi sebagai parents semua pun nak buat yang terbaik untuk anak-anak kan..:)









7 comments:

  1. alahai kesiannya dorang ni...kepenatan tido....tak pe kak....kuatkan smangat ajar depa.....semoga akak dan anak2 berjaya...=D

    ReplyDelete
  2. alahai... kesian plak tgk dua beradik tu sampai ketiduran camtu. penat sgt nmpaknya tu. izan pun setakat ni takde hantar anak kat mana2 tuisyen pun huda. masa yg ada mmg terhad. mengaji pun kat umah je ngan ummi yg garang ni... hahah...

    ReplyDelete
  3. Anak-anak kakak dulu dari tadika hingga tahun 2 kakak tak hantar tuisyen. Semua subjek termasuk mengaji kakak ajar sendiri. Jadual kakak dah buat. Masuk tahun 3 baru kakak hantar tuisyen sebab tahun depannya dah masuk tahap 2 (tahap dua dari tahun 4-6).

    Memang penat tengok mereka kan Huda tapi kalau kita tak buat anak kita akan tertinggal. Zarif masih tahap satu pada kakak memang tak perlu tuisyen.

    ReplyDelete
  4. itulah keadaan anak- anak sekarang ..padat dengan jadual persekolahan...pagi/petang hingga malam sibuk...
    rasa kasihan ada pulak...

    ReplyDelete
  5. Sy bile tgk jadual bebudak zaman skg ni, mmg menakutkan. Sy sendiri tertny, sgp tak jdk budak sekolah blk? huhuhu!

    ReplyDelete
  6. alahai nampak keletihannyer... budak2 sekarang gituler..
    kalau tak buat semuatu ketinggalanler pulak..

    ReplyDelete
  7. nampak penat sangat keduanya.. lena betul tidonya.. mmg kesian bila tgk anak2 keletihan bila balik sekolah.. sebab itulah akak cuma hantar anak2 pergi tuisyen waktu anak2 masuk darjah 6.. en.asben taknak anak dia penat.. waktu darjah 1 - 5 memang pantau sendiri aje kat rumah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...