23.2.13

Kenapa kita takde bibik?

Zarif tanya aku;

"Ibu..kenapa kita takde bibik?"

"Kenapa nak ada bibik pulak?"

"Kalau ada bibik kan senang, bila balik sekolah je kita boleh mintak bik nak teh o ais satu...."

Amboi-amboi, cantik muka nak arahkan bibik buat teh o ais bagai..Kalau dah ada perancangan macam tu memang takkan ada bibik la sampai bila-bila, hehe.

Siap ditanya lagi, "Kalau tak boleh arahkan bibik buat macam tu jadi apa tugas bibik sebenarnya?"

Ler banyak la pulak soalannya..

To make it short, aku memang takde perancangan pun nak amik full time pembantu rumah @ bibik. Kalau setakat weekend maid tu boleh la, itupun masih berfikir-fikir lagi. Penat memang penat tapi kena ada kerjasama antara semua ahli keluarga.

Lagipun aku nak anak-anak reti berdikari dan buat kerja sendiri tanpa harapkan orang lain..

4 comments:

  1. sama la, penah terpkir gak nak ada bibik, tapi ntah, nak sumbat kat mananye bibik tu kalo umah sekangkang kera. maka kesimpulannya, sama2 tolong menolong kat umah. tahu tanggungjawab masing2. settle keja

    ReplyDelete
  2. Pernah gak berangan nak ada bibik, tapi tak berkeperluan pun. Takut nak menanggung risiko pun ada. Lagi2 sejak isu bibik dera budak ni.. lagi la takut..

    ReplyDelete
  3. hehe... kelakarlah dialog zarif bab order teh o ais satu. betul huda... w/pun ada bibik sekalipun tak semestinya beban kita makin ringan. byk perkara lain perlu dipertimbangkan juga.

    ReplyDelete
  4. Kak Azie anak 6 orang, never ada maid. Sekarang semua dah besar, sendiri rela jadi maid di dapur sendiri.!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...