26.2.13

Cerita Hokkaido Cupcakes

Kan hari tu aku kata nak buat Hokkaido Cupcakes kan, kan....

So bila mak aku baca entry aku yang poyo nak buat Hokkaido Cupcakes (HC) tu dia pun sms cakap buat je dengan dia sebab most of the bahan-bahan mak dah ada tinggal nak buat je..:) Jadinya misi untuk membuat HC tu pun bermula la hari Ahad lepas.

Sebenarnya nak kata aku yang buat pun memang tak patut, sebab mak aku la yang sukat-sukat segala bahan tu dan aku tukang kacau-kacau bahan tu, hehe. Dah kata buat dengan mak kan..:) Cuba kalau buat sendiri memang tertonggeng la sorang-sorang..

Disebabkan ini adalah first trial kitaorang makanya janganlah expect rupa HC yang molek sangat ok, hehe.


masa ni bajet molek je kan..

bila aku dah tak larat nak pukul ni, dia la yang take over

yang dua orang tu memang dok sibuk nak tolong jugak

Finally....

Well rupa cam kureng tapi rasa memang ok. Semalam aku bawak ke ofis dan ada member yang rasa so diaorang semua pun cakap sedap..:) Kredit to mak aku la eh. Ok, nanti aku dengan mak akan try resipi HC yang lain pulak dan refill tu mungkin nak guna whipping cream. Yang kat atas tu refill nya kitaorang guna kastard.

Buat HC ni sebenarnya takdelah susah mana tapi nama pun first trial kan so toksahlah expect rupa yang grand sangat. Yang penting cake nya tu memang lembut sangat tau. Ingat balik rumah semalam dapatlah rasa baki HC yang aku tinggalkan kat rumah rupanya licin jugak abis dimakan oleh mrhubby dan anak-anak..:)

Ok lepas ni ibu buat lagi ek dibantu oleh TokZu, hehe.





9 comments:

  1. ai, dah beberapa blog tunjuk hasil tangan sejak pagi ni, saya pun nak jugalah buat... tapi tak pernah lak try buat kek atau yang seangkatan dengan ny sdiri di rumah,, setakat pizza dan puff penahla, kek ni rasa macam payah lak.... tak jadi kan, sesaja je

    ReplyDelete
  2. rajinnya mssak2 hihihi jgn pandang rupa x gitu.kak?

    ReplyDelete
  3. Rupa hodoh tp sedap, takpe. Org tetap nak abiskan. Sy pnh jumpe kuih yg ctk. Mmg ctk. Tp rase...erkk! Bukan nak kutuk tp ini kenyataan. Heee~

    Walau apapun, sy suke tgk pic Zarif dgn Zara. Comel betul diorang berdua ni la....

    ReplyDelete
  4. alahai, klu rajin semua mmg menjadi.. klu malas mcm sy ni, tgk je la hasil org.. hahaha

    ReplyDelete
  5. akak penah buat skali, memang lembut, sedapkan, tapi dah lama oven kat umah tak berasap, malas punya pasal

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. menjadi juga.. bestnya.. terus teringin nak rasa kek tu.. tapi entah bila rajin nak buat sendiri macam huda..

    ReplyDelete
  7. Kalau Zarif yg pukul telur tu mesti cepat kembang Huda. Rajin juga dia ke dapur..

    ReplyDelete
  8. yang penting rasa.. yang rupatu biarkanlah... rajin gak der yang menolongkan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...