18.2.13

Penat | Gelang silver

Hisshh tension je datang kerja pagi-pagi tapi internet problem. Nasiblah tak lama, sekarang barulah puas nak update dan baca blog.

Hari ni semua pelajar pun dah mula naik sekolah. Mood anak-anak aku pun ok je since Zara memang dah mula sekolah dari last week. Zarif macam biasalah memang takde hal, mood memanjang je ok.

Suppose hari ni aku ada checkup pregnancy tapi rasa malas nak pergi sebab macam penat sangat. Tadi dah call klinik mintak tangguh so either Khamis ni atau Isnin depan aku akan ke klinik. Yang pasti JM tu cakap nak kena injection kancing gigi..Whatever la, nama pun pregnant kan so ikut jelah apa yang disuruh. Dan pastinya lagi masa kandungan 7 bulan nanti aku kena minum air gula lagi, hmm sabar jelah..

Semalam keluar ke mall jap ikut mrhubby nak cari barang dan nak cari baju Zarif. Hissh kalau ikutkan aku ni dah malas sangat nak berjalan, penat sokmo tau. Pantang nampak kerusi aku asik nak duduk je..:)

Alang-alang dah keluar tu kan, aku nak carikan la budak pompuan ni gelang. Ala, lately ni dia dah pandai bergaya nak pakai gelang la pulak. Gelang emas? Memang tak la kan, kang kalau kena ragut payah lak. So aku dan mrhubby belikan je gelang silver..:) Tak mahal pun, dan yang best boleh trade in bila-bila masa (takde expired date). Kalau nak gelang emas tunggu la dah besar nanti ok. Masalahnya aku sendiri tak suka pakai segala barang kemas, aku lebih suka kosong je, jimat duit mrhubby..:)

 Gambar ulang tayang dari Instagram


8 comments:

  1. bband kat rumah ni pun dah abis limit. hmmm... bercinta nak loading blog sendiri.

    betul...masa mengandung dulu pun izan cepat penat. kalau boleh nak aje duduk kalau nmpk kerusi kat mana...hehe

    cantiklah gelang zara. silver pun ok... lagipun zara masih kecik kan.

    ReplyDelete
  2. amboi, gaya mcm ratu ko ye zara..

    ReplyDelete
  3. wah.. zara nampak lebig bergaya dgn gelang tu.. cantik..

    ReplyDelete
  4. hmm cantiknya vogue gitew..Najah pun dah minta rantai kaki..tak mampu ummi nak beli emas takut ilang lagilah frust..ok jer silver tu tak bahaya...

    ReplyDelete
  5. samalah dengan anak dara saya sorang tuh, asyik putus saja gelang silvernya...
    bila beli yang tebal sikit tahan hingga kini...
    cantik gelang kakak....

    ReplyDelete
  6. Itulah Huda... nama pun anak dara mestilah ada naluri nak cantik.
    Pandai dia pilih - cantik:)

    ReplyDelete
  7. cantiknya gelang zara... dah namanya perempuan kak.. bergaya tu mmg dah ada dlm diri...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...