15.2.13

Bacalah dengan makna sekali

Petang kelmarin;

Aku sendawa sebaik je habis makan petang. "Alhamdulillah, kenyang dah.."

Tiba-tiba Zara yang ada kat meja makan;

"Kalau macam tu, bacalah doa habis makan..." --- (Mentang-mentanglah sekolah tadika PASTI)

Dengan sengaja aku baca doa ni kuat-kuat depan dia nak tunjukkanlah yang ibu dia ni terror jugak, tapi aku baca tanpa makna la. Itupun dia bising, bacalah dengan makna sekali. 

Yelah kan budak baru sekolah tadika, otak tengah fresh sedut segala ilmu dan segala doa serta makna. Jadi bila balik rumah, semua dia nak praktikkan serupa la macam Zarif dulu. So kita layan kan jelah..:) Seronok sebenarnya layan perangai budak-budak seusia Zara ni, yelah nak nengok setakat mana ilmu yang dia dah belajar.

Kat sini aku letak sekali doa sebelum dan selepas makan. Benda ni semua simple je tapi kadang kita sendiri lupa nak praktikkan yea tak? 

Ihsan Google

6 comments:

  1. pandai dah anak2 kita sekarang....alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. anak buah sy pun mcm tu kak.. bebudak skang bijak belaka..

    ReplyDelete
  3. hehehehe bijak.rara pon dulu kalau balik umah,beriye2 baca doa kuat2 dgn makna,heee.

    ReplyDelete
  4. samalah keadaan kita kak huda.. Anak Queen tu pun kalau baca doa siap dengan maknanya sekali..
    skrg ni kita pun dah kena hafal makna2 doa ni.. Tapi bila anak2 praktikkan dan melihat perkembangan pembelajaran mereka pasti kita rasa sejuk hati kan kak...

    ReplyDelete
  5. Budak2 sekarang lebih bijak bab doa ni. :)

    ReplyDelete
  6. Tapi betul Huda tadika Pasti memang ajar doa siap dgn makna dia sekali itu yg mereka hafal.. Suka kan:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...