25.2.13

Aku dan baby ok saja

Hari ni hari yang agak 'slow' walaupun hari gaji, hehe. Ok pagi tadi pergi checkup kat klinik kesihatan. Sekarang dah 25 minggu pun. Kejap je rasa, pejam celik pejam celik nanti tiba-tiba dah 9 bulan, huhu....

Well, keadaan semua pun ok. Pertambahan berat badan bertambah lagi sekilo menjadikan ia 59kg..Wah agak malu-malu nak cecah 60 kg kan, slow-slow dia naik. Maybe takmo aku terkejut dengan angka 60 tu kan, huhu. Sebelum pregnant, berat adalah 55 kg dan sekarang baru naik 4 kg, eh betul ke ni??? Macam tak caya jer..

Hb aku pun agak memberangsangkan dengan 12.7. Susah sebenarnya aku nak dapat Hb yang cantik so agak puas hati di situ..:)

Lain dari tu semua pun ok, baby pun semakin aktif bergerak. Dan harapnya segalanya baik-baik saja. Persiapan baby? Ermmm..masih gitu-gitu lagi la, ada jugak yang aku shopping online jer senang kerja.

Ingat macam nak pergi scan lagi la..Scan nak mengukuhkan lagi jantina baby dalam perut ni. Yelah hari tu doktor dah kata baby girl. Tapi nak pergi klinik lain pulak bagi mengukuhkan lagi kesahihan jantina itu, hehe. Aku ok je boy ke girl memang takde hal. Tapi kalau dah confirm girl senang la aku nak carik barang-barang yang more to pinky color, hehe..







8 comments:

  1. harap semuanya dipermudahkan...amin...

    ReplyDelete
  2. Yang penting semuanya sihat dan sempurna. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  3. Si kakak mesti nak girl dan si abang mesti nak boy. Tapi ibu-ayah yg penting sihat...

    ReplyDelete
  4. buat 3D atau 4D pulak lah huda, baru confirm nampak kan. Tp kat BP ni yg ada 3D yg akak tahu di Pantai Hospital je, tmpt akak scan Arif dulu, lain klinik kat mana ada ekk? Kalau Melaka tu mcm bersepah je yg ada buat 3D/4D tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg saya tau 3D bersepah kak..yg 4D yg susah..kat klinik putra tu pun 3D kat PKU pun 3D..nak lg best mmg 4D kak..

      Delete
    2. kat putra tu 3D ke? Mcm tak je hari tu, ke kena minta dia 3D baru dia buat 3D. Sebab akak rasa beza gambar dia dari masa akak scan 3D Arif dulu. Tak tahu PKU pun 3D, dulu masa scan Arif pun takde 3D di PKU...hehe.

      Ini link masa akak buat 3D scan Arif dulu. Lain kan gambar dari klinik Putra punya scan tu, sbb tu akak rasa klinik Putra tu bukan 3D. Atau kena minta ya na yg 3D.

      http://maz-naz.blogspot.com/2010/06/bicara-alia-selepas-kami-buat-baby-scan.html

      Delete
  5. sorry dear lambat tahu..tahniah..Alhamdulillah rezeki kamu skeluarga..kalau dapat girl oooh haruslah pink...seronoknyerrr


    jaga diri ya..doakan kamu sihat spanjang proses kehamilan ni :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...