Petang semalam balik dari kerja mrhubby ajak makan so ikut jelah..Memang dah lama aku tak masak kat rumah, bilalah seru rajin nak datang ni..Hopefully esok aku rajin nak masak walaupun cuti Hari Pekerja hehe...
Kat Batu Pahat ni susah nak cari restoran/kafe melayu dan banyaknya warung-warung tepi jalan jer..Tapi nak cari restoran/kafe yang selesa memang payah..Kebetulan dah lama nampak tempat makan ni so semalam teringin nak cuba..
Nama tempat ni KLASIK KAFE D'SENTRAL..Terletak kat Taman Sri Jaya, ok siapa yang tau Al-Ikhsan kat taman tu, ha deret-deret tu jer sebelah Dobi Aqua Nano.
Menariknya kafe ni sebab dekorasinya lebih kepada barangan antik dan unik..:)
Zara biasalah baru bangun tido melepek je nak amik mood
Klasik kan tapi kafe ni sangat kemas dan bersih
Belakang tu dapur memasak dan aku nengok semua pekerjanya lelaki
Maaflah gambar makanan tak sempat nak amik pun maklumlah makanan dah depan mata dan lapar, takdenya la nak amik gambar lagi..Tu pun baby Aisyah dah tak reti diam, kang melampau lak mak nya sibuk nak amik gambar je kan..
Insya allah aku akan datang kafe ni lagi dan nak bawak mak abah..Makanan sedap, harga yang berbaloi, tempat yang kemas dan selesa..RECOMMEND! Walaupun ruang dalam kafe ni taklah luas manapun tapi pada aku selesa la..Didoakan semoga kafe ni akan terus maju dengan kualiti makanan yang bagus.
Dan aku akhiri dengan gambar dia la kan, siapa lagi..Kononnya nak amik gambar yang klasik dan unik, hahaha klasik sangat la tuuuu... Nak amik gambar dia ni dengan ekspresi pelbagai dan gambar yang jelas memang payah sangat tau, maklumlah baby...
Alooo baju yang comot maklumlah baru balik dari taska hehe
Entah semalam suka bukan main..