29.4.14

Kisah tahlil, Aisyah & troli

Salam hari Selasa...Ok aku ingat hari ni hari Isnin ye, lupa pulak semalam aku cuti huhu...

Hari Khamis malam Jumaat lepas mak abah ada buat kenduri tahlil..Mujurlah Jumaat tu memang hari cuti kan, so petang lepas balik kerja dan settle macam-macam terus balik rumah mak..

Mak dengan abah tempah nasi ambeng, Ya Allah serius sedap ok...Selalu aku suka makan nasi ambeng dengan ayam masak kicap, tapi nasi ambeng ni dengan ayam masak merah...Aku memang bukan penggemar ayam masak merah tapi ayam masak merah ni memang TERBAIK!!! (Caps lock lagi k)

Ni yang kita bagi kat jemaah surau
Muffin pisang choc chip tu mak yang buat


Aku dengan mak solat kat rumah jer. Abah, mrhubby dengan Zarif je yang solat kat surau. Aku kena bergilir dengan mak nak jaga baby kat rumah ni..Oh yea Zara ada jugak tapi dia dok tido jer takmo bangun..

Tapi masa mak nak solat Isyak, aku jaga Aisyah kat ruang tamu. Sementara dia tengah main aku dok baring-baring lepas tu aku terlelap jap. Tetiba aku terdengar bunyi suara macam panggil-panggil (tapi dalam bahasa baby laa..)

Adoii, terus menggelungsur aku dari sofa terus ke budak kecik ni..Tau apa dia buat?


Dia sudah naik troli abah aku ni dan dia BERDIRI atas tu sambil panggil aku dengan bahasa dia laa..Fuhhh, berderauuu ok darah aku sebab takut dia jatuh tersembam ke apa ke..Tapi dia punya happy dan rileks je atas tu..Sebelum aku turunkan dia aku amik gambar jap, hehe..

Peliknya aku dia boleh naik atas troli ni dan berdiri tu...Aisyah la Aisyah sekarang makin keletah dan mulut dah bising..Tapi bila umur dia camni aku memang suka dengki dia, hehe..

Ni waktu suka

Alalala, naper sedih ni...
Abah bising sebab aku suka dengki dia hehe, ala dengki manja laa


Sekian ~





 

3 comments:

  1. Dengki ada respon best, dengki takde respon kita yg geram, hehe

    ReplyDelete
  2. Budak ligat macam ini memang best kalau nak didengki.

    tengok jari dia kalau gigit tu best kan Huda, gebus betul:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...