2.4.14

Aisyah warded - Breath Holding Spell (final)

Ok bersambung kisah semalam..

Boleh baca 


Hasil pemeriksaan dan rawatan pakar mengatakan apa yang Aisyah alami ni boleh jadi;

- Disebabkan penyakit ni sendiri (breath holding)
- Disebabkan epilepsi (sawan)
- Jantung
- Behaviour (Kelakuan)

Jadinya bila dah buat ECG (untuk jantung) dan X-ray semuanya menunjukkan keadaan yang normal, alhamdulillah dan Rabu lepas dah buat rawatan EEG (untuk epilepsi) .

Keputusan untuk EEG tu dalam tempoh sebulan dan harap sangat bacaannya juga normal. Lepas tu nanti ada appointment lagi jumpa pakar dan harap semuanya ok jelah..Aku percaya apa yang berlaku pada Aisyah ni lebih kepada kelakuan dia sendiri...

Tapi dalam masa yang sama jugak dr ajar aku dan mrhubby CPR untuk baby. Satu ilmu yang baru dan aku hargai sangat-sangat. Sebab dr kata mungkin keadaan ni akan berulang lagi (harapnya tak berlaku lagi laa). 


Antara lain doktor kata yang aku tak boleh bagi baby stress (haah, dia tak boleh stress ok), jangan provoke yang boleh menyebabkan dia nangis keterlaluan sebab dia boleh menggunakan itu sebagai senjata diri dan boleh menyebabkan muka bertukar biru dan takut efek pernafasan...

Mencabar ok??

Memang pelik laa sangat dia ni tak taulah ikut sapa aku ke mrhubby ke? Bila tanya kisah aku masa kecik-kecik pada mak, takde la pulak perangai camni..Mrhubby pun tak tau, entahlah penyakit zaman sekarang ke apa ke..


Cuma bila kitaorang dah tau so sentiasa berwaspada la takut berulang lagi perkara yang tak diingini kan? Kalau sebelum ni aku tak kisah setakat dia nangis sikit-sikit je, tapi sekarang kalau nangis sikit je aku dah menggelabah sebab takmo dia boleh bertukar biru ke apa ke..Macam rumit sikitla tapi kena sentiasa ada orang di keliling...Hopefully keadaan ni tak lama.

Insya allah nanti nak bawak dia berubat cara Islam pulak..Semua rawatan kita cuba yelah kan kita berusaha..Doakan yang baik-baik saja yea..

Sepanjang duduk di  Wad 2 (Paediatrik) Hospital Sultanah Nora Ismail layanan dan rawatan diterima memang sangat baik dan memuaskan..Terima kasih pada semua pakar, doktor, jururawat yang membantu dan melayan dengan baik pada 18 - 20 Mac hari tu...







7 comments:

  1. seriously kak sampai warded? kak, anak saye pun mcm ni kak kalau dia terjatuh ke atau apa apa yang membuatkan dia sakit mesti dia akan nangis sampai biru pucat muka.. malam tdi kejadian tu berulang bila dia terjatuh depan pintu. Tuhan je yang tahu kak.. saye tiup muke die semua pun sama tak bernafas jugak.. takut saya dibuatnya sampai menangis nangis saya.. bila dia dah tarik nafas tu mmg lembik badan dia.. kalau kes mcm anak saye ni boleh ke terus refer doktor jugak kak? Oh, saya duduk dekat parit yusof semerah je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan baik bawak hospital untuk pemeriksaan lanjut, sebab tak tau punca dari mana kan..Memang takde masuk ubat apa-apa tapi doktor suruh masuk wad untuk observation untuk pastikan kenapa muka biru tu sebab tak mustahil perkara ni boleh berulang lagi..

      Delete
  2. fuhh lega lieya bace hasil ujian tu normal....in sha Allah moga2 tak kan berlaku lagi...panik tu anak tetibe biru....

    nampaknye mmg kene extra alert kan takut kalo jadi lagi....comel jek tgk aisyah bertenggek atas menan tu...dah le bam2!

    ReplyDelete
  3. kene extra care sementara nak besar ni kan..

    ReplyDelete
  4. kesiannya aisyah.. lepas ni kena hati2.. bagus belajar CPR tu.. mmg sangat sangat penting sebenarnya.. sekurang kurangnya ada sedikit ilmu kalau berlaku kecemasan..

    ReplyDelete
  5. Hai, boleh saya tahu umur berapa tahun akan behenti BHS? And saya berminat nak tahu cara hadapi... sebab anak saya pun BHS,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...