16.4.14

Aku dan smartphone

Pagi ni terbaca ada member aku share kat fb pasal;


Fuh, tajuk tu dah menakutkan aku..Takdelah aku takde ipad pun ada S3 jer..Yelah rata-rata orang sekarang ni pun memang pakai smartphone kan atau tab.

Aku ni takdelah sampai ketagih dok mengadap hp je, takkk...Paling-paling aku layan pun instagram dan fb je. Itupun aku buat masa aku tengah bf kan dak kecik Aisyah tu je la. 
Dan untuk pengetahuan semua aku memang tak download game pun kat hp aku, strictly NO GAME kat hp aku. Kalau Zarif sibuk nak download game aku memang uninstall balik la, so aku tak tau apa itu game Pou, Candy Crush dan lain-lain.

Kadang balik kerja hp aku letak kat dalam beg je, terlupa nak keluarkan, mrhubby selalu bising kat aku pasal ni. Dapat sms tak balas, kredit habis lupa nak top up dan macam-macam la..Even mak aku sms pun aku lambat balas ataupun terlupa nak balas (ampun mak, kadang tak sengaja..) 

Bos-bos aku whatsapp pun aku tak dapat sebab tak topup (bila tak top up tak boleh guna internet). Sekali bila balik rumah (ada Wifi) berderet-deret la whatsapp masuk, huhu..

Nampak cam aku amik remeh je kan perkara-perkara cam ni, memang masalah la..Mrhubby sms ke whatsapp pun aku lambat jawab atau tak jawab langsung..Nanti dia akan call ofis aku je tanya, "Dapat tak whatsapp saya?" Masa tu memang menggelabah carik hp kat beg.

Memang kena ubah perangai aku ni sebab time ok, ok jer..Time aku malas tu memang aku tak peduli pun hp, sampai hp aku jatuh bawah katil pun aku tak sedar, tertinggal kat opis sehari semalam pun pernah..

Mrhubby cakap payah kalau ada emergency ke apa kan..Tapi aku rasa kalau ada apa-apa hal yang penting family aku boleh je call rumah atau mrhubby sebab dia dah hp memang tak boleh berpisah, hehe..

Oh yea satu lagi perangai aku, aku tak suka hp aku ada sound so sepanjang masa aku akan discreet, huhu..Nasib la siapa call yang call aku, kalau hp depan mata aku memang aku jawab, kalau tak jawab tu memang maaf la banyak-banyak yea tapi aku akan return call balik in sya allah.

Berbalik pada topik di atas so far aku rasa aku masih boleh uruskan rumahtangga..Memang smartphone yang ada sekarang boleh buat kita semua tak 'smart' nak uruskan masa dan lain-lain sebab dok sibuk nak mengulit hp je..




2 comments:

  1. Kakak ada smartphone pun kerana abang hadiah. Tapi dah ada tu gunalah juga. Cuma kakak ni tak tak rajin mengulek sebab dah tualah agaknya Huda.. game ada tapi semua anak kakak yg install walau hp mereka sendiri pun smartphone juga.

    Sebaiknya jgn terlalai hanya kerana telefon..

    ReplyDelete
  2. mula2 pakai excited gak macam2 nak download.. tapi lastnyer sebab game yang anak2 download sbbkan phone kena resetting dua kali.. lepastu no game... akak memang bukan hantu game tak gemo sbb banyak keje lain nak buatkan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...