Cuti sekolah minggu lepas ikutkan memang takmo ke mana sebab Aisyah kan baru baik sakit tapi kesian pulak kat anak yang dua orang tu. Mrhubby pun rasa boring dok umah dan nak berjalan. Kira last minit punya plan la ni, itu pun berfikir-fikir kejap nak ke JB kejap nak ke Melaka...Fikir punya fikir dan jimat masa, JB sudah..:)
Zarif dan Zara tu nak mandi kolam..Budak-budak sekarang ni memang semua suka berenang kan, tak macam zaman kita dulu-dulu.
So kebanyakan hotel memang fully booked, kalau yang tinggal pun bilik yang mahal-mahal jer. So puas aku google dan akhirnya jumpa dengan hotel BAYU MARINA RESORT.
Alhamdulillah dapat studio room dengan government rate. Nak dapatkan government rate pun nak kena emailkan pada pihak hotel beserta salinan ID..Kalau nak pemandangan cantik memang bilik kena ngadap swimming pool tapi aku dapat bilik ngadap apartment orang, tapi oklah dah kata last minit plan kan...
Maaflah sebab aku tak amik gambar bilik pun (walaupun hakikatnya bilik cantik) so korang kalau nak nengok gambar bilik nengok la dekat link yang aku bagi kat atas tu..Hotel/Resort ni memang dekat dengan apartment dan pelbagai kedai. Kalau nak harapkan pemandangan cantik sangat memang takdelah..Lagipun tujuan asal nak mandi kolam je kan..Lagi satu hotel/resort ni mementingkan keselamatan so nak naik lif pun kena guna kad ok..
Oh yea pandangan dari swimming pool di level 9
Suka Zara nak mandi eh
Zarif lagi ler, kalau boleh nak tido kat kolam tu
Aiyah takde swimming suit lagi, asalnya takmo bagi dia mandi setakat celup-celup kaki je
Aisyah main slide jer la yea..
Amboi ingat ni rumah ke, nak merangkak kat situ, kotor dikk..
Tapi dah namanya budak, mana boleh tahan nengok abang dengan kakak seronok mandi kat kolam, tapi dia nengok gitu jer..
Mana boleh tahan nak celup kaki dan tangan je kan..
Sekali terjebak basah jugak laaa...tapi basah manja-manja laa
Abang dengan kakak toksah cakaplah bila dah ada kat kolam ni..
Bila Aisyah dah basah tu, dan memang dah time dia nak tido aku terus balik ke bilik dulu sementara yang lain mandi manda..
Ni la penangan budak yang mandi manja-manja kat kolam tu, hehe
Selain dari ke sini ada lagi tempat yang kitaorang pergi..Tunggu yeaaa...
seronok nyer!
ReplyDeletetu le bace kisah aisyah tu mmg takut dibuatnye....mujur okey dah...
ReplyDeleteokey gak tempat ni ....not bad pada lieya...org pun tak ramai...yg penting lepas gian budak2 nak main air kan...budak2 ni senang jek nak umpan bagi hepi, bawak ajek tempat yg ade pool sure seronok dieorg....
Mcm best je hotel ni kak huda.
ReplyDelete