21.3.18

Menginap di MBoutique Hotel Ipoh Perak [Part I]

Salam semua.

Ok ni nak cerita kisah masa ke Ipoh pada 18 hingga 20 Oktober 2017... Ye tahun lepas.
Baru nak cerita sekarang.

Aku nak review dulu hotel yang kitaorang duduk menginap tu.
Aku booking melalui Expedia - Hotel MBoutique Ipoh.

Untuk 3 hari 2 malam kosnya adalah RM500. Rasanya aku pilih bilik superior double la dengan katil queen. Kalau tak silap la sebab aku pun dah lupa.

Saiz bilik takde la besar sangat memang agak sempit la untuk kitaorang 5 beranak ni
memang ada yang kena tidur bawah pun


Datang masa Deepavali so dapatlah maruku..

 Design bilik ni memang la kemas, simple dan cantik cuma sempit sikit untuk kitaorang
kalau setakat dua atau tiga orang ok la..
Tapi sebab nak jimat so boleh je sumbat semua..


 Bilik air dia memang cantik tauu..
Rasa macam nak duduk je dalam bilik air dan mandi lama-lama..

 Bestnya separate jamban tu dengan shower..
Takde la bath tub semua tu, tapi ni pun dah best sangat la..

 Keadaan bawah sinki tu..
Cantik kan tiles nya..


 Untuk 3 hari 2 malam ok..
Takpe kitaorang bersempit dan bersesak tapi kalau korang ada bajet lebih booking je bilik besar.
Yang untuk kitaorang ni dah memadai sangat.

Cuma aku kurang gemar ada part lubang belakang tong sampah tu kan
Tu cam anak kecik aku Yaya tu sibuk dan boleh jengah ke bawah tu dan boleh la nampak orang kat toilet tengah buat apa..Macam tak selamat sikit.
Macam kitaorang dah besar-besar ni takde kerja la nak jenguk bawah tu tapi untuk budak kecik diaorang rasa macam seronok pulak nak main ngendap-ngendap huhu..


Petang Rabu tu kitaorang rehat-rehat kat bilik tak pergi mana-mana.
Malam lepas maghrib baru nak keluar cari makan..So jakun kan, amik la lagi gambar kat segala ceruk dan sudut yang menarik kat hotel ni.

 Unik kan lampu-lampu tu dengan tulisan kat dinding tu

 Ni dekat luar hotel
Entah apa-apa je la gaya Yaya tuu..

 Bergambar la selagi boleh, bukan ada orang nak marah pun kan hehe

Aku memang suka design lampunya sebab menarik ok

 Bilik kitaorang memang di hujung tapi bagus jugak
Sepanjang berjalan nampak sudut yang menarik je terus bergambar..


Ok nanti aku sambung review lagi ok.
Ni baru part 1 la kiranya, sampai part 2 je ok.
Belum lagi aku cerita masa kat Perak lagi kan, tujuan aku ke sana dan lain-lain..Tu nanti la yea semua kena bertenang, slow and steady gitu...

Ok, sekian dulu.
Thanks pada siapa yang sudi singgah dan baca ni.
-End-






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...