20.3.18

Tahniah Dato Siti Nurhaliza dapat anak perempuan

Salam,
Masih tak terlewat lagi rasanya untuk ucap tahniah kepada Dato Siti Nurhaliza atas kelahiran anak perempuannya pada pagi semalam, 19 Mac 2018-1 Rejab.

Penantian dan kesabaran yang sangat berbaloi selepas menunggu hampir 11 tahun. Alhamdulillah bila semuanya telah selamat. Pastinya Dato Siti sangat teruja kan apatah lagi anak pertama. Dan kalau tak silap diaorang akan umumkan nama dan tunjuk gambar bila dah ready nanti, alih-alih...

.......gambar anak diaorang pun dah tersebar..

Mula-mula mak aku ada bagi whatsapp tunjuk gambar anak Dato  Siti, tapi bila aku nengok aku kata bukan la, tu anak orang lain pasalnya memang diaorang takkan tunjuk lagi gambar anak tu..Dan memang betul pun gambar mula-mula tu bukan gambar anak Dato Siti.

Lepas tu nengok kat IG dah viral pulak gambar terbaru dan nyata tu memang gambar betul anak Dato Siti dan Datuk K..Eeeh, banyak pulak orang share dah kenapa..Tau la semua excited tapi aku pun nengok jugak dan takdela nak screenshot / nak like / nak komen. Entah la kan, aku rasa ni semua atas tanggungjawab dan amanah la jugak. Rasa tak sedap kan. Melainkan kalau gambar tu dari pihak Dato Siti sendiri okla baru aku nak like atau komen [baru syiok bila ibu sendiri yang share gambar anak].

Memang la dia penyanyi no 1 negara, semua orang pun tumpang happy dan over excited. Tapi macam kakak ipar dia merangkap pengurus dia Rozi tu bgtau - bagi la ruang dan masa dan hormati privacy dia..Pada aku biarlah empunya diri yang share sendiri baru la rasa excitement tu lain macam..Ni orang kita beria-ia sibuk nak menang nak jadik no 1 berlumba-lumba nak share...Belum lagi website gossip dan suratkhabar semua, semua pun ecxited nak share..

Kesian Dato Siti dan suami..

Nak buat camana kan, itu la harga yang perlu dibayar bila bergelar penyanyi no 1 kan dan menjadi kesayangan dan pujaan ramai. Bertabah dan bersabar la yea Dato Siti dan suami.

Cuma aku nak tekankan kat sini, cuba la bersikap amanah.
Kalau dah tuan punya diri tak nak letak gambar lagi tu korang pun takyah la beria [andaikata dah ada, simpan je buat koleksi sendiri]. Ada orang suka terus nak tunjuk gambar..Ada orang amik masa sikit, ikut la masing-masing kan..

Tapi kalau Dato Siti nak amik masa pun ok je sebab bagi la dia masa nak menyesuaikan diri dengan dengan status baru dia sebagai ibu..Belajar hormati privacy orang k..

Apapun tahniah lagi sekali untuk Dato Siti, suami dan keluarga yea!
Selamat berpantang dan jaga diri!

Apapun anak Dato Siti memang comel..

-End-




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...