15.3.18

Selamat bercuti sekolah - 15 hingga 25 Mac 2018

Assalamualaikum.

Hari ni Khamis - 15/3 hari akhir sekolah di negeri Johor dan beberapa negeri lain.
Yeayyy..suka eh budak2 dan bapak budak sekali hehe (anak2 aku dan suami aku ler). Aku yang tension ni, bukan apa..Sebab bila cuti sekolah ni la nanti, rumahnya akan huru hara, bersepah dengan macam-macam dan tahap kelaparan diaorang akan berganda-ganda. Setiap masa akan lapar jer, haih bertabah la.

Tapi diaorng je la yang happy, aku kerja lagi macam biasa. Tapi tu la tengah fikir dan berkira-kira ni nak cuti hari Rabu dengan Khamis ke atau Khamis semata je. Masih berfikir-fikir lagi. Aku ni kalau nak cuti kena nengok jadual bos, rasa tak best kalau aku cuti tapi bos kerja (bajet macam good-good je kan hehe)

Cuti sekolah ni pun macam tak ke mana kot sebab mrhubby nak buat kelas seni pada Selasa, 20hb tapi tak bukak untuk ramai pun setakat 5 orang je sebab lebih senang nak fokus. Dan mungkin kitaorang akan ke Legoland je kot. Sebab kitaorang ada annual pass so boleh ke situ bila-bila masa je dalam tempoh setahun kan, so ke sana je la nanti kot. Nak berjalan jauh tu macam berfikir banyak je la. Tak tau la kenapa asal aku nak jalan je mesti terfikir JB ke Johor je, dah macam takde tempat lain ke nak pergi hehe..

Dan cuti sekolah kitaorang akan bersambung sampai Ahad, 25 Mac sebab hari tu ada lah hari cuti umum sempena hari Keputeraan Sultan Johor yang jatuh pada Jumaat,23 Mac (kalau cuti umum jatuh pada hari Jumaat, memang akan forward ke hari Ahad).

Okla untuk semua, selamat bercuti dan mana yang nak balik kampung atau ke mana-mana tu sila berhati-hati di jalan raya ok. Pesanan biasa - biar lambat asalkan selamat ok.

Salam sayang dari tuan punya blog yang kejap rajin dan kejap malas, huhu..

1 comment:

  1. Anak2 akak bila cuti sklh mesti tnye...brapa lama nak dok umah nenek...sabor ajalah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...