30.9.12

Takde lampu pun..


Budak yang sentap bila belikan dia selipar baru. Dah pandai memilih dan komen je. Yang tak tahan siap cakap, "selipar adik takde lampu pun.." Amboi, selipar pun nak berlampu apahal..Selipar tu harganya RM10.99 je, toksah nak lampu sangat la kan...

At last dia pakai je selipar tu walaupun tak berlampu.. :)

29.9.12

Syukur atas rezeki

Harini baca berita kat suratkhabar semuanya pasal bajet 2013 semalam. Syukur alhamdulillah dengan pemberian bonus yang akan diberi separuh pada bulan Disember dan Januari nanti. Cukup untuk perbelanjaan anak-anak sekolah nanti, maklum jelah Zara pun akan mula sekolah tadika...Ditambah lagi dengan bantuan RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah, memang syukur sangat.

Tapi kan aku jeles sebenarnya. Jeles pada pelajar-pelajar universiti yang dapat baucar buku mahasiswa tu. Dari RM200 tahun lepas naik RM250, seronok tu..:) Silalah berbelanja dengan berhemah ye adik-adik dan mereka yang bergelar pelajar. Kenapa time aku takde ye baucar buku mahasiswa ni, huhu..

Bagi mereka-mereka yang dapat faedah melalui bajet 2013 silalah bersyukur. Bagi kakitangan awam, dah dapat bonus tu silalah tingkatkan kualiti kerja (pesanan untuk diri sendiri jugak..)

Selamat berhujung minggu yea..

28.9.12

AdaMu - Najwa Latif



Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

27.9.12

Begitukah??

Aku tengah baca novel Adam dan Hawa sekarang ni. Ikutkan hati nak terus baca sampai habis dalam sehari tapi aku tak mampu. So 20 muka surat per day pun dah kira baik..:) Ok, aku tertarik dengan beberapa baris ayat di muka surat 35 novel tersebut;


"Suka menolong tu, sifat yang baik. Tapi terlalu baik pun tak elok jugak. Esok bila dah kerja, dah ada profesion sendiri jangan suka sangat berbudi. Kalau kerja dah selesai, baru kita boleh tolong orang. Kalau suka sangat menolong, nanti orang ambil kesempatan pada kita.."

Apa kata korang? (Bukan komen pasal Adam dan Hawa)..Tapi apa kata korang tentang ayat yang aku highlight tu?

26.9.12

Aihh, pagi-pagi dah buat hal

Kisah ini fresh, baru je berlaku pagi tadi;

Macam biasa aku datang awal pagi terus ke postguard nak ambik kunci ofis. Tiba-tiba sorang guard perempuan ni tegur, "Kenapa tu? Period ke?"

Aihh, aku dah cuak, yang pasti memang belum period pun. Tapi aku boleh pulak jawab, "Eh, nampak ke?" (seems macam aku period pulak padahal tak..). Untuk makluman hari ni aku pakai baju korporat universiti yang warnanya campur-campur putih, hitam dan merah dan kain hitam. Tapi part yang dia kata period tu memang bajunya warna putih.

Lepas tu guard tu suruh aku nengok kat cermin. Ok fine, memang ada kotor sikit kat situ macam warna merah oren gitu. Alamak cuak lagi. Pantang betul aku kalau pagi-pagi baju dah kotor. Nak patah balik ke rumah memang tak mungkin walaupun dekat.

So aku terus ke ofis dan check bajunya. Aku cium baju tu dan bau macam minyak..Korang tau apa yang kena kat baju aku tu;

bekal pizza dominos yang aku bawak hari ni..

Minyaknya tembus kat kertas tu dan terus ke baju aku. Sebenarnya bekal ni aku letak kat dalam beg dan aku duduk membelakangkan beg aku tu, tak sangka la pulak boleh tembus dan meresap ke baju aku. Dan biasanya aku bawak bekal tupperware tapi hari ni gatal nak guna pembungkus kertas ni.

So sebelum kawan-kawan ofis datang, aku pergi ambik sabun buku kat toilet dan sental habis kat belakang baju sampai bersih, confirm basahlah kat bahagian tu, tapi aku tak kisah janji bersih. Dahlah pagi ni aku ada taklimat takkan nak biarkan kotor pulak..Kang tak sudah orang dok sibuk tanya soalan yang sama cam guard tu tanya aku.

Kesimpulannya......korang buatlah kesimpulannya ek, hehe..:)

25.9.12

Kuatkan semangat aku yea

Rasanya lepas ni mungkin aktiviti blogging akan diperlahankan. Sekarang ni nak blogwalking pun tak berapa nak sempat. Balik rumah kadang beria bukak laptop bagai, tapi end up aku tertido, memang hampeh sungguh.

Kalau rajin, aku buat auto post entry tapi kalau tak rajin, sekian harap maklumlah. Dan ditambah lagi berita terkini pagi tadi buat aku rasa, "hmmm..."

Yea, aku pasrah dan terima apa saja. Yang pasti workload makin bertambah. Perasaan nak jadi surirumah tu makin membuak-buak rasanya...Dan pastinya aku sangat-sangat bersabar dan cuba untuk tak cuti rehat tanpa sebab yang kukuh buat masa sekarang.

Insyaallah hujung tahun ni, abis je bulan November atau awal Disember, I WANT TO GO FOR A VACATION!! Harap Tuhan permudahkan segalanya...

Budak yang berangan

  Kalau berangan, dia memang no. 1! Truely macam aku, hehe..
Gambar dari Instagram aku.

Ini adalah keseronokan punya anak perempuan. Hilang stress nengok dia buat perangai macam ni tau.

24.9.12

Awal lagi dah terkeluar - Masterchef 2

Hmm, agak sedih la jugak pada 2 orang peserta Masterchef 2 yang tersingkir malam tadi. Yelah baru episod awal kot, kira first pusingan penyingkiran dah terkeluar. Belum sempat diaorang nak tunjuk bakat. Patutnya rilekslah dulu, Astro ni pun tak agak-agak..

Aku pun belum sempat kenal dan hafal nama peserta, tau-tau dah terkeluar ek, tak patut la..

Yang tersingkir 2 orang dari kanan tu (si baju hitam dan merah)

Menu yang mereka masak malam tadi;

Ni Addy (tshirt hitam) buat - Epal Bakar  Berintikan Walnut


Ni Akem (tshirt merah) buat - Daging Bakar Sos Gajus Bersama Salad Mangga Epal

Diaorang berdua ni muda belaka, dah terer masak gini rupa, aku? Hehehe, gelak jelah ek. Walaupun tersingkir awal tapi effort diaorang untuk memasak tu ada. Dah takde rezeki kan, nak buat camana, adat bertanding..

Sumber Gambar : Fb MasterChef Malaysia

23.9.12

Nanti dulu laaa...


Bila agaknya mau ke Legoland yea? Bila tanya mrhubby, dia cakap takmo pergi awal-awal ni, biarlah semua orang teruja ke sana dulu. Nak pergi pun bila keadaan dah reda sikit, sekarang ni semua orang dok cakap pasal Legoland lagi, so rileks dulu.

So sementara belum nak pergi ke Legoland lagi, baik kumpul duit dulu dan terus beli annual pass ticket, mahal tapi berbaloi, :)

Korang dah pergi?


22.9.12

Hujung minggu | Roti lapis daging

Sekarang ni tinggal aku dengan Zara je. Zarif pergi sekolah, nasib dia ada jamuan raya kat sekolah so tak payah gosok baju sekolah, setakat gosok baju melayu je ok lagi..:) Cumanya bila time pakai samping tu aku kekok sikit, tulah selama ni mrhubby yang pakaikan anak bujang tu, tapi bila dia takde aku yang kena pakaikan, so belasah jelah, hehe..

Alhamdulillah malam tadi tido bertiga je semua ok, first time tido di rumah baru tanpa mrhubby..Petang semalam aku buat roti lapis daging je, malas nak masak banyak-banyak sebab bukan ada siapa pun. Jadi makan roti tu sampailah malam..

 Actually nak lapis roti kat bahagian atas tu dah tak cukup, tu pasal nampak daging...

2 anak makan roti lapis daging ibu, alhamdulillah..

Makan roti lapis daging ni tak boleh banyak-banyak, muak tau sebab ada susu segar..So kena makan sikit je, nak resipi? Aku tiru dari sini..

Orait, aku nak kemas rumah ni, selamat berhujung minggu yea..




21.9.12

Baru boleh bukak, ingat blog dah hilang

Finally aku baru boleh bukak blog sendiri dan blog yang lain. Dari awal pagi aku try termasuklah nak update entry, semua pun tak boleh, sadis..:(

Semalam kat ofis dahlah tak boleh on fb dengan youtube, mati kutu jap. Universiti block sebab ada pilihanraya MPP. Hari ni bila fb dengan youtube boleh bukak, blog pulak buat hal, sabar jelah..
So pada semua harap bersabar yea, aku akan ke blog kamu satu persatu, hehe.

By the way nak khabar yang mrhubby kita takde dari hari ni hingga ahad, sedihnyaa..Asal nak berpisah je start la nak cengeng ngan rindu-rindu gitu..;) Dia ada perkhemahan kat Mersing, so bersabarlah tunggu hari Ahad nanti. Ni nasib ada adik laki yang boleh tolong aku sementara mrhubby takde..

Serius aku terlupa esok sekolah ganti, huhu..



20.9.12

4 Perempuan kecuali aku

L-R : Adik no.2, Mak, Adik no.3 dan Adik no. 5


Bila dia berbohong

Bila anak semakin besar (ini pengalaman aku sendiri), so tak boleh tidak dengan pengaruh persekitaran dan kawan-kawan, sikit sebanyak mesti dia ada rasa untuk berbohong (walaupun aku tak suka). Tapi kena admit la sebab kecik-kecik pun aku ada bohong gak kan..

Ni cerita Zarif. Nak handle budak lelaki ni memang payah dengan ketidaksabaran aku lagi kan so kadang-kadang panas je situasi tu.

Ok benda mudah je pun, waktu mandi. Tiap hari mesti aku nak selalu ingatkan dia dah gosok gigi ke belum..Jawapannya mestilah dah..(Tapi aku tau ada masa dia tak gosok gigi pun..)

So, instead of bertanya, "dah gosok gigi?" (sebab aku tak larat dengar jawapan dia "dah" walaupun aku tau ada masa dia bohong). Aku tukar macam ni, "Tak gosok gigi eh..mulut berbau la, pergi gosok gigi tau"

Dan dia jawab, "Kejap eh" dan terus masuk bilik air semula untuk gosok gigi..:) Fine.

Senang kata Zarif ni jenis ambik mudah satu-satu perkara dan perlu diingatkan setiap masa, letih tau..Haii, nak besarkan dan didik anak ni memanglah tak mudah. Setiap hari berdoa agar dipertingkatkan kesabaran dalam membesarkan anak-anak.

My chubby Zarif





19.9.12

Open house / Cerita kuih

Sabtu lepas, mak dan abah aku buat open house untuk kenalan diaorang yang sama-sama kerja hospital (FYI parents aku dah bersara yea).

Takdelah open house besar-besaran, biasa-biasa saja. So menu pada hari tersebut adalah laksa johor (all time favourite), nasi impit dan lauk-lauknya, serta kuih muih. Open house kecil-kecilan ini dibuat pada waktu malam, kira lepas maghrib la.

Alhamdulillah semua berjalan lancar tapi mana makanan yang tak abis tu, bagi kat orang ngan simpan dalam fridge jelah.. Esok lusa boleh reheat dan makan semula, :)
Nak letak gambar masa orang ramai datang, takde pulak, so aku letak gambar kuih-kuih ni je yea..


Segala muffin dan cheese tart tu mak aku buat kecuali kek lapis dan kek kukus tu. Dan kek batik yang tersusun bertingkat-tingkat tu aku yang buat..Yea, hanya itu yang aku buat..:) Mak memang rajin buat segala muffin dan cheese tart ni tinggal aku je belum kaut ilmu dari mak..

Aku tau aku patut dan mesti belajar..Air tangan mak, mana ada yang tak best kan, semuanya pun sedap kat mulut aku. So wajib belajar dari mak, kalau tak belajar aku akan jadi manusia yang rugi. Orang lain nak belajar semua berbayar aku boleh belajar free je kan...

Ok..aku akan belajar yea, tapi korang kena tau mak aku sangat garang dan cerewet bila ajar bab buat kuih-kuih ni semua, tu pasal la aku pun amik masa nak belajar, hehe..

Orait..nanti aku buat entry khas pasal kuih/biskut batik yang aku buat tu eh..:)



Beyblade

Uhh, korang tau beyblade? Ala gasing beyblade tu...Anak aku yang Zarif tu bukan main lagi dengan beyblade dia, entah dah berapa koleksi yang dia ada sekarang, aku pun tak sure. 


Zara tu kena paksa main, takdelah beria dia nak main beyblade bagai ni kan, kata gegirl..:) Ada tak anak lelaki korang cam Zarif, main beyblade ni?



18.9.12

Minggu makan

Ok, last week yang sangat menyeronokkan. Diet entah ke mana (eh, diet ke?, haha). Raya dah abis. So sekarang kena fokus untuk buat apa yang patut aku buat. No more open house, kuih raya yang tak abis semua boleh start packing dan bawak bekal ke ofis, huhu.

Serius, 3 hari cuti memang agak melampau pada aku. Makan dan makan saja. Makanan yang tak abis semua full dalam fridge aku. Senang kata dapur tak berasap sebab dapat makan free dan reheat je makanan yang tak abis, settle.

Oh yea, malam tadi start pakai losyen halia + limau mustajab (perasan kalau sapu losyen kat perut boleh kempis gitu..), haha.

Ok, tak boleh type banyak-banyak, at least ada cerita kan..Entry lain akan menyusul kemudian ok.


14.9.12

Maintain

Semua orang mampu memiliki apa yang dia nak kalau dia berusaha bersungguh-sungguh. Bila kita dah dapat, kita hanya perlu maintain je..Istilah melayunya mengekalkan..Mengekalkan apa yang kita dah dapat tu la kan..

Sebenarnya banyak contoh yang ada di keliling kita..

Antaranya nak kereta, dapat kereta, tapi nak maintain kereta tu cantik dan baru mestilah rajin pergi hantar servis, basuh dan kemas kereta selalu. Contoh lain, nak rumah baru, dah dapat jugak..Tapi nak maintain rumah tu nampak cantik dan baru pun kena rajin kemas, mop, vakum, cat ke dan lain-lain lagi.

Nak suami/isteri, pun kena usaha jugak ye tak..Bila dah dapat pun kita kena maintain..Nak maintain hubungan tu kekal, nak maintain biarlah kita je di mata pasangan. Maintain harta benda dengan orang ni memang beza.

Nak maintain hubungan dengan pasangan ni, bukan setakat luaran je tapi dalaman (means hati dan perasaan) pun perlu. Mula-mula kawin semuanya nampak indah di mata. Dah lama kawin semua pun berubah, lagi lah kalau dah ada anak-anak. Itu belum campur dengan masalah-masalah yang datang.

Untuk aku pulak, aku lebih suka jadi diri sendiri, berterus terang dan belajar terima kekurangan (padahal dulu memang susah nak terima, sekarang dah boleh laa sebab aku sendiri pun tak perfect).

Kalau korang pulak macamana?



13.9.12

Asyik makan je..

Selagi tak habis beraya, selagi tu lah ada je majlis makan-makan ni..Haihh, aku dah tak larat nak makan, kira kalau nampak sate tu macam nak blacklist je, haha..Nooo, i am not addicted to sate ok and not my favourite too..Setakat rasa-rasa tu bolehlaa, ala aku kalau makan sate pun 2,3 cucuk jer, percayalah..

Semalam je ada 2 majlis raya kat universiti. Hari ni sambutan raya peringkat universiti, aku kena jaga gerai lagi, tukang cedok kuah laksa johor, yeay! Yup..laksa johor memang favourite aku. Harus tapau bawak balik ni, hehe.

Penat sebenarnya asik nak makan je. Sepatutnya kita patut bersyukur duduk di negara yang aman serta murah dengan rezeki yang tak putus. Cumanya kena sentiasa ingat orang yang susah, yang tak cukup makan dan jangan membazir.

Dan hujung minggu ni akan ada makan-makan lagi, oh no..Last day raya geng futsal mrhubby nak buat open house di rumah aku (actually kongsi 3 rumah), ada barbeque lagi. Makan lagi...

Rasanya diri ni macam bertambah malas la..Makan dan makan, lepas tu tak senam, nak jadi apa ni Hudaa...:)

12.9.12

Nak jugak Instagram

Orang ada blog, aku nak jugak. Ada fb, aku pun ada. Twitter ada jugak. Now ni Instagram pulak, hehe.

Tapi aku takde hp canggih so nak bukak Instagram kenalah pinjam tab mrhubby. Actually Instagram ni more pada gambar-gambar la..Ada antara gambar kat situ yang aku tak letak kat blog. Takdelah ramai sangat followers kat Instagram ni, maklumlah baru nak berjinak-jinak..

Pada yang ada akaun tu kalau nak follow boleh dan kalau korang ada Instagram ni bagitau le, so aku boleh follow korang pulak..:) Yang pastinya hari-hari aku memang bukak Instagram ni....

Semuanya memang di hujung jari ler..

 



Yang aku nengok

Pertamanya, aku nengok drama Adam dan Hawa (on off, sebab aku bukanlah peminat tegar Aaron Aziz dan tak pernah pun baca novel ni) tapi oklah setakat ni, suka nengok la..Drama ni setiap hari Isnin-Khamis jam 10 malam (setengah jam je) kat chanel Astro Mustika HD..Suka sangat lagu latar drama ni;




Kedua, aku nengok drama Trilogi Cinta 2. Drama ni disiarkan kat TV 1 setiap hari Khamis dan Jumaat pukul 10 malam jugak. Tak boleh miss cerita ni sebab aku dah follow since Trilogi Cinta yang pertama dan pernah buat entry tentang drama ni (klik).
Dan yang bestnya, novel telah dihasilkan berdasarkan drama ini yea..)



Yang pastinya keduanya drama bersiri. Kalau dah follow tu memang addict la kan. Kalau tayang kat Astro pasti ada ulangan tapi kalau kat TV1, nak ulangan camana..Kalau bukan kita yang sokong drama tempatan sapa lagi kan, kadang memang ada scene atau dialog yang klise tapi aku jenis yang layan jelahhh..




11.9.12

I'm back!

Semalam aku cuti la, before that aku pergi KL so sangat malas nak bukak blog, tapi ada jugaklah aku baca blog korang..:)

Walaupun baru cuti sehari je tapi rasa macam seminggu ok. Tu pun aku tak divertkan phone ke hp aku, selalu kalau cuti aku divertkan tapi kali ni malas pulak. Masuk ofis pagi ni nengok ada 11 misscall, kira ok lah tu kan..aku pernah dapat 26 misscall lagi, nombor yang berlainan pulak tu.

Pergi KL last week pun sebab nak beraya plus datang kenduri tahlil sempena abang ipar aku nak pergi haji bulan September ni. Murah rezeki dia, mudah-mudahan akan datang giliran aku pulak ke sana..

Oh yea before that, nak wish pada semua anak-anak korang, mana tau ada yang nak amik UPSR, semoga dipermudahkan dan tenang hati dalam menjawab soalan..Harini dan hari Khamis Zarif tak sekolah sebab budak darjah 6 periksa UPSR..Good luck yea!

 Pagi ni skip senam ramai-ramai sebab nak settlekan kerja yang memang takkan abis..



7.9.12

Cakap biar jelas

Beberapa hari lepas mrhubby cakap dengan Zara macam gini;

"Adik, nanti gunting rambut eh.." (ni kes nak paksa dia gunting rambut la)

"Bila nak gunting rambutnya?"

"Kejap lagi la, nanti bila adik dah gunting rambut adik akan jadik cun.."

"Cun? Cun tu apa?"

"Cun..ala cun yang macam dalam cerita Cun tu.." (Filem Cun)

"Cerita cun yang ada kerbau tu ke?"

"Aah.."

"Abah nak suruh adik botak macam kerbau ke? Kerbau mana ada rambut..."

(masa ni kitaorang dah gelak-gelak)




Lepas tu aku terus mencelah;

"Adik, cun tu cantik laa, kalau adik gunting rambut baru, barulah adik cantik.."

"Ok.."


Kesimpulannya dengan budak-budak sekarang ni, cakap tu biar direct je dan maksud tu biar jelas, hehe. Akhirnya Zara memang dah pun berambut pendek, lega!








6.9.12

Kisah marhaban di rumah sendiri

Lambat sangat aku update hari ni. Mood lambat la, nak terjah ke blog korang pun belum sempat lagi. Malam tadi marhaban kat rumah aku. Maklumlah dah duduk rumah sendiri tak boleh sombong, kena campur dengan jiran tetangga. Tapi ni marhaban lelaki la, marhaban perempuan aku terlepas tarikh, takpelah next year boleh bukak ok.

Aku dan mrhubby kongsi 5 rumah. Kongsi ni maksudnya kongsi makan, senang kerja. So group marhaban tu masuklah setiap rumah tapi makannya di rumah aku. Takdelah buang masa nak makan kat satu-satu rumah (tapi terpulang la kalau jiran tu takmo share dan nak makan kat rumah dia sendiri). Macam kitaorang sebab nak jimatkan masa dan nak kerja senang je.

Itupun group marhaban masuk rumah kitaorang dekat pukul 10.30 malam, settle campur makan lagi dah dekat pukul 11 gitu. Lepas rumah aku ada lagi 2 buah rumah, hmm bayangkan la lewat malam gak abis. Aku settle kemas plus vakum dan mop semua dalam pukul 12 lebih, pukul 1 pagi baru aku tido tau, nasib boleh bangun awal pagi tadi.

Aku amik gambar ni je, tapi takde orang yang marhabannya pulak. Gambar menu makan pun takde ek, hehe..

 Makanan pun tutup guna suratkhabar je, hehe..

 See tikar pun colourful, main bentang je kat porch ni

 Ni kat dalam rumah - senang kata luar dan dalam ada makanan

 Jom makan dulu sebelum orang datang marhaban..:)

Ok, menu semalam - Sate, lemang, kari daging (sebab katerer lupa buat rendang daging, sabar jelah) popia goreng, ayam goreng (ala drummet ayamas je), buah mata kucing, itu je..Yang paling laju abis buah mata kucing, mungkin sebab cuaca panas kot..

Yang penting dah settle marhaban, alhamdulillah ~



5.9.12

# Wordless Wednesday 26

Hasil kerja abah

Abah really love to do this, yup i know. Abah memang pencinta seni. Setiap kali raya, pastinya aku tertunggu-tunggu gubahan bunga dari abah, hehe...

4.9.12

Takziah dan Al-fatihah

Salam takziah dan Al-fatihah diucapkan kepada blogger SISDEE kerana ayahnya telah kembali ke rahmatullah pada jam 3.40  petang semalam. Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum maghrib pada hari yang sama. Segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan Tuhan jua.

Bagi yang tak tau, aku dan sisdee adalah sepupu (mak dia dan mak aku adik beradik). Ketentuan Tuhan tiada siapa boleh halang dan moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

Al-fatihah!

3.9.12

Al-fatihah

Moga roh mereka dicucuri rahmat. Dari semalam dah dapat berita tentang kematian 2 pelajar ini. Arwah berdua merupakan pelajar di fakulti tempat aku bekerja sekarang dan aku pernah berurusan dengan mereka. Terkejut tapi tiada siapa boleh menolak ketentuan Tuhan, Al-fatihah!

Semalam


Rumah 1 : Kuih raya dan air
Rumah 2 : Tempe, Tahu Goreng & Sambal Kicap
Rumah 3 : Roti Canai & Buah-buahan
Rumah 4 : Murtabak dan Kuih raya
Rumah 5 : Buah-buahan, Kek pisang & Sandwich

End up like this;


Dan nasib baik jugaklah aku mampu tersedar pukul 6 pagi tadi (ni pun dah kira lewat tau), kalau tak tersedar tak taulah apa jadik hari ni, huhu...

- Masih terbayang-bayang drama Nenek Bongkok Tiga malam tadi, agak seram la pada aku...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...