13.9.12

Asyik makan je..

Selagi tak habis beraya, selagi tu lah ada je majlis makan-makan ni..Haihh, aku dah tak larat nak makan, kira kalau nampak sate tu macam nak blacklist je, haha..Nooo, i am not addicted to sate ok and not my favourite too..Setakat rasa-rasa tu bolehlaa, ala aku kalau makan sate pun 2,3 cucuk jer, percayalah..

Semalam je ada 2 majlis raya kat universiti. Hari ni sambutan raya peringkat universiti, aku kena jaga gerai lagi, tukang cedok kuah laksa johor, yeay! Yup..laksa johor memang favourite aku. Harus tapau bawak balik ni, hehe.

Penat sebenarnya asik nak makan je. Sepatutnya kita patut bersyukur duduk di negara yang aman serta murah dengan rezeki yang tak putus. Cumanya kena sentiasa ingat orang yang susah, yang tak cukup makan dan jangan membazir.

Dan hujung minggu ni akan ada makan-makan lagi, oh no..Last day raya geng futsal mrhubby nak buat open house di rumah aku (actually kongsi 3 rumah), ada barbeque lagi. Makan lagi...

Rasanya diri ni macam bertambah malas la..Makan dan makan, lepas tu tak senam, nak jadi apa ni Hudaa...:)

4 comments:

  1. Minggu akhir Syawal ni tiap2 hari ada jamuan makan! :)

    ReplyDelete
  2. Semakin nak ke penghujung makin rancak Huda sebab kalau boleh nak juga buat sebelum syawal berakhir.

    ReplyDelete
  3. pasni, pulun jogging hari² kak ye

    ReplyDelete
  4. takpelah huda... rezki jgn ditolak gitu. izan ni pun mujurlah tgh berpantang... kalau tidak mau juga join pegi umah terbuka sana sini...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...