29.9.12

Syukur atas rezeki

Harini baca berita kat suratkhabar semuanya pasal bajet 2013 semalam. Syukur alhamdulillah dengan pemberian bonus yang akan diberi separuh pada bulan Disember dan Januari nanti. Cukup untuk perbelanjaan anak-anak sekolah nanti, maklum jelah Zara pun akan mula sekolah tadika...Ditambah lagi dengan bantuan RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan rendah, memang syukur sangat.

Tapi kan aku jeles sebenarnya. Jeles pada pelajar-pelajar universiti yang dapat baucar buku mahasiswa tu. Dari RM200 tahun lepas naik RM250, seronok tu..:) Silalah berbelanja dengan berhemah ye adik-adik dan mereka yang bergelar pelajar. Kenapa time aku takde ye baucar buku mahasiswa ni, huhu..

Bagi mereka-mereka yang dapat faedah melalui bajet 2013 silalah bersyukur. Bagi kakitangan awam, dah dapat bonus tu silalah tingkatkan kualiti kerja (pesanan untuk diri sendiri jugak..)

Selamat berhujung minggu yea..

6 comments:

  1. itupun ada jugak yg x reti berterima kasih

    ReplyDelete
  2. waa bestnyaaa.ecah dapat yg voucher buku tu.xsabar nak beli novel.ehh:p

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dapat bonus lagi geng2 kerajaan.. :-)

    ReplyDelete
  4. Orang swasta dapat habuan bentuk lain la pulak. > pujuk hati. hahahaha

    ReplyDelete
  5. Syukur alhamdulillah.. nampaknya Maryam kena bersabar setahun lg untuk dpt RM 100.. Abang dah nak dpt kali ke 2.. :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...