Tahniah pada pasukan Kelantan yang berjaya menjuarai piala Malaysia, aku sokong Kelantan ok..Tapi keghairahan nak menonton final Piala Malaysia dengan mrhubby tak sehangat beberapa hari sebelum pertandingan berlangsung.
Hari Sabtu lepas, mrhubby bersekolah sebab ada Hari Amal (Hari Kantin). Keadaan semua ok sampailah dia balik ke rumah. Tak lama je, dia dapat sms dari kawan mengatakan seorang guru praktikal yang turut sama bertugas di Hari Amal tersebut terbabit dengan kemalangan dan keadaannya agak kritikal. Padahal mereka sama-sama baru je balik dari sekolah.
Untuk pengetahuan, sehingga kini guru praktikal tersebut masih lagi dalam keadaan koma (tak sedarkan diri) akibat pendarahan dalam otak. Tapi one of the member bagitau semalam, pesakit ada bagi tindakbalas bila nama dipanggil. Petang sabtu tu jugak, mrhubby pergi melawat di hospital walaupun tak dibenarkan masuk sebab mangsa dimasukkan ke ICU.
Walaupun secara peribadi aku tak kenal pesakit tapi aku cukup terasa bila mrhubby cerita yang waktu Hari Amal tu masing-masing gembira bertugas, siap bergambar semua (memandangkan itu merupakan hari terakhir guru praktikal tu bertugas di sekolah tersebut).
Ikutkan mula-mula pesakit dimasukkan ke hospital, doktor menjangkakan peluang adalah 50-50, tapi sampai sekarang aku mengharapkan kekuasaan Tuhan agar dia disembuhkan dan diberi peluang untuk hidup..
Sebab tulah mrhubby tak berapa nak ghairah sangat tonton final Piala Malaysia sebab terkesan dengan keadaan yang berlaku pada hari tersebut.
So, minta pada semua kawan-kawan agar dapat mendoakan kawan kepada mrhubby (meskipun kita semua tak kenal) kembali pulih dan dapat sedarkan diri seperti biasa..AMIN.
SESUNGGUHNYA TUHAN ITU MAHA BERKUASA, SEKIRANYA IA BERKEHENDAKKAN SESUATU ITU BERLAKU MAKA KUN (JADILAH) FAYAKUN (MAKA JADILAH)