8.10.12

Antara cara simpan duit

Soalan;

Saudara Irfan, saya dapati sukar untuk menyimpan wang. Setiap bulan pasti habis wang gaji dibelanjakan  sehingga simpanan saya hampir tiada. Apakah tip untuk menyimpan wang?


Jawapan;

Gunakan wang kertas dan simpan wang syiling. Setiap hari apabila anda berbelanja, apa kata anda menggunakan wang kertas saja. Jangan disentuh wang syiling. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membayar nasi lemak dan kopi untuk sarapan pagi berharga RM4.20, bayar dengan wang kertas RM5 atau RM10.

Baki syiling 80 sen yang anda terima itu jangan dibelanjakan. Walaupun sekiranya kemudian anda membayar tol RM1.80, bayar menggunakan wanga kertas RM2 dan jangan disentuh 80 sen dalam poket anda. Kini, anda mendapat 20 sen wang syiling pula.

Setiap hari, simpan semua wang syiling anda ke dalam bekas atau tabung. Teknik membelanjakan wang kertas saja bunyinya agak mudah, tetapi apa yang anda akan dapat adalah berpuluh-puluh ringgit wang simpanan pada hujung setiap bulan. Ini akan menjadi beratus-ratus ringgit simpanan setiap tahun. Ia lebih baik daripada tiada!


Sumber : Harian Metro - 30/9/12


Itu juga antara cara aku simpan duit..korang buat macam ni gak tak?

8 comments:

  1. suami saya simpan macam ni...saya tak, sebabnya purse ada tmpt syiling, bila dh msuk tu tak penah ingat nk masuk ke tabung, jadi bila rasa berat, selalu belanjankan syiling..

    ReplyDelete
  2. Kena kakak setiap 3 minggu syiling kena bagi anak-anak yg duduk asrama buat mereka nak call balik...

    ReplyDelete
  3. samalah...kitorang pun suka kumpul syiling.

    ReplyDelete
  4. sama..sy suke simpan duit besi.. ehehe

    ReplyDelete
  5. zakiah dan saiful selalu wat camtu..akhir bulan dapatlah cover budget yang tak cukup...huhu

    ReplyDelete
  6. betul tu..
    lya pon buat camni..lebihan syiling y dibelanja hari2 kat fis akn simpan kt dlm tabung lain..tabung tu lya ltk kat atas mja ofis je..tkut kalo kat rmh..terkorek balik.. hehe

    ReplyDelete
  7. sy pun suka smpan duit syiling ehhee.. bagus tips ni..

    ReplyDelete
  8. jimat minyak free http://bit.ly/TDsAlJ

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...