24.10.12

Salam Aidiladha

Akhirnya dah hari Rabu..Last day kerja hari ni. Esok aku dan bos-bos semua takde, macam berpakat pulak nak cuti raya haji kan..:)

Tapi esok aku cuti nak ke Putrajaya kejap ada hal peribadi yang nak diuruskan. Balik dari Putrajaya teruslah balik ke rumah mak dan prepare apa yang patut. Korban pun dibuat hari Sabtu kan, kalau nak buat hari Jumaat memang tak sempat la sebab ada solat Jumaat.

Kalau tak silap esok pun budak-budak dah tak sekolah kan, dapat cuti sempena Raya Haji. Ke anak-anak korang sekolah?

Semoga segala urusan sempena Raya Haji ni dipermudahkan, begitu juga dengan jemaah Haji di Mekah semoga selamat menunaikan amalan wajib haji dan permudahkan segala urusan mereka semua.

Tiba-tiba aku dah terbayangkan sup tulang yang sedap cicah dengan roti, hmmm sedapnyaaaa...:)

Salam Aidiladha untuk semua. Mana yang nak balik kampung tu sila berhati-hati dalam perjalanan yea, ingat orang yang tersayang ~

13 comments:

  1. salam aidil adha gak.... hehehe, saya dah macam2 plan nak makan balik kampung nanti...

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil Adha juga buat Huda sekeluarga. :)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aji untuk huda juga... ari ni dh last keje? bestnya.. smoga gembira di hari cuti ni.

    ReplyDelete
  4. Selamat hari Raya Aidil Adha jua dari kakak.
    Kakak dan biasa Raya Haji memang tak balik tapi keluarga dtg rumah kakak Huda..

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya dik ..
    dan selamat bercuti .. ;)

    ReplyDelete
  6. kak, esok nk mai cni ke?? xnk dating?? ehehehe

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya haji jugak utk akak sekeluarga.. esok sy masih keje.. x amik cuti pun..

    ReplyDelete
  8. Selamat menyambut hari raya haji jugak :)

    ReplyDelete
  9. salam aidiladha juga ye huda...

    esok anak2 mmg dah cuti. tp en hubby masih keje halfday... huhu..

    ReplyDelete
  10. Selamat bercuti. Budak budak dah start cuti esok. So mak budak pun elok la cuti sama, kan? hehehe

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya haji untuk HUda sekeluarga...sama la kita, kak aya pun dah bercuti hari ni...lepak je kat rumah, malam ni baru gerak ke rumah mentua.

    ReplyDelete
  12. salam aidiladaha buat huda & family

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...