1.11.12

Tentang aku | Terima kasih

Dari balik kerja petang semalam sampailah ke malam tadi keadaan aku agak lemah, biasalah kan di awal mengandung ni. Lepas tu kesejukan sampai gigil-gigil manja, hehe. Kejap rasa nak muntah tapi tak muntah, lepas tu rasa macam nak demam tapi tak panas..

Langsung takde selera nak makan, tido malam pun tak lena. Tapi pagi ni alhamdulillah keadaan ok sikit. Dan aku mengidam nak makan lontong dan mrhubby dah janji nak belikan so I'm waiting for him..

Cuma nak cakap terima kasih pada mrhubby (i know u read this). Terima kasih sebab membantu kerja-kerja di rumah. Thanks jugak pada anak-anak yang semakin besar dan faham erti tanggungjawab (walaupun ada waktu aku terpaksa membebel jugak - eh tapi time marah-marah ngan bebel semua takdelah pulak rasa loya ngan nak muntah kan? )

So harap lepas ni keadaan akan semakin ok..Pagi ni tanya Zarif;

Aku : Zarif, ibu dah gemuk ke?

Zarif : Belum lagi ler..

Hehehe..hari tu timbang berat badan, turun 2kg, ermm, nampak gaya kena makan lebih lagi ni. Sekarang nak makan apa yang teringin je. Tu pun kira nasib baik aku boleh makan ayam lagi. Ikutkan time pregnant Zarif ngan Zara, trimester pertama je aku langsung tak boleh makan ayam, tapi sekarang ok la pulak, alhamdulillah.

10 comments:

  1. lega ada family yg faham dan layan mak yong ni... masa ni lah nk bermanja lbh2... kan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. time mabuk2 mcm tu mmg sokongan dan bantuan dari yg tersayang sgt melegakan.. take care ya..

    ReplyDelete
  3. akak gelak sakan bila huda kata " tapi time marah-marah ngan bebel semua takdelah pulak rasa loya ngan nak muntah kan?"...hihi.

    Sebabnya akak pun sama.....hahahaha.

    ReplyDelete
  4. indahhnyee kalau akk yg turun 2 kg tuu ekekek
    take care dikk
    biasalah .. ;)

    ReplyDelete
  5. En hubby lebih dari faham bila dah mengalami dua sebelum ini. Syukur Huda dalam keadaan macam dia mengerti. Sebab memang perlu kasih lebih hingga ada kalanya macam sensetif walau bab isu kecik boleh macam nak menangis kan...

    ReplyDelete
  6. Teringat ms sy preggy. Ms preggy je, sang suami amik berat. Pas dr tu...mmmm.

    Heee~

    ReplyDelete
  7. Salam Kenal Sis Huda,

    Seronok baca kisah mengandung awak ni. Memang mengandung itulah perasaannya. Berbanding pengalaman saya mengandung seorang diri, lemah, lesu, tekanan dan bermacam-macam lagi. Untuk anak pertama saya.

    Bila baca teringat kisah 3 tahun lepas dan juga seronok tengok awak dapat suami yang memahami. Semoga tabah, awak dan anak sihat serta keluarga. Amin...

    Apa2 pon saya dah follow blog ni. Take Care Sis

    ReplyDelete
  8. suami bila tahu isteri pregnant, mmg ringan tulang...alhamdulillah

    ReplyDelete
  9. untung ada suami yang mmhami kan hehe.. take care kak huda.. kene mamam byk skitla jangan kasik turun berat bdan ye

    ReplyDelete
  10. dear, aku tertinggal ketapi...ko pregnant nok?

    Alhamdulillah....syukur...

    hepi utk ko...take care tau...
    jgn angkat brg berat2...sayang ko...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...