31.5.13

Takdenya nak bersukaria je..

Cuti sekolah ni takdelah nak bersukaria je terutamanya untuk Zarif..Kalau tak, memanjang game semata, tak dapat PSP pergi ke tab, tak dapat kat tab pergi pulak ke laptop, meriah betul hidup eh..

Nengok tv? Hahah, aku sampai lupa yang ada channel kartun yang aku dah lock tu. Haruslah nanti aku bukak balik. Yelah kan bagi diaorang layan kartun pulak, nama pun budak-budak. Seusia diaorang aku pun layan kartun gak kan...

Pagi ni sebelum pergi kerja aku dah set kan latihan untuk diaorang berdua ni. Kalau dengan aku memang tak boleh lepas la..Sorry nak main lebih-lebih, untuk Zarif aku bagi latihan English dengan Maths, nanti balik aku tanda la latihan dia tu.. 

Boleh pulak diaorang bangun awal dan buat latihan tu sebelum aku pergi kerja, haihh tu mesti kes nak main game sanggup buat latihan awal.



Eh Zara pun aku suruh dia buat latihan tulisan. So far nampak ok dan dia bersemangat la menulis tak sudah-sudah. Ni pun sama aku belum pergi kerja dah nak siap latihannya, sabar je laa..

Aku pesan kat diaorang satu hari ada 24 jam, takkanlah satu hari tu asik la nak main game je..Sekurang-kurangnya adalah buat benda lain. Tolong buat kerja rumah, buat latihan atau kerja sekolah, main game, nengok tv, baca buku cerita ke dan macam-macam lagi.

Ragam anak-anak ni macam-macam kadang boleh buat kita rasa nak marah tapi dalam masa yang sama buat kita rasa cukup terhibur..:)


Alahai Umar...

Semalam aku cuti saja nak merehatkan diri. Kebetulan pulak adik aku Rai yang baru lepas bersalin tu pun nak balik ke rumah mak abah semalam. So agak excited la menunggu dia sampai especially Zarif dengan Zara, dok teruja nak nengok baby.

Sementara menunggu diaorang sampai lewat petang tu, dapatlah kitaorang ni semua menggunting rambut. Puasnya hati aku gunting rambut sebelum bersalin ni, sorrylah nak berambut panjang memang tak la kan..


See, Umar Danial (tak sure Danial ke Daniel..) dah sampai kampung..Bestnya dapat pegang baby, berlatih dulu sebelum pegang anak sendiri hehe..Budak baru lahir tapi mata bukan main celik lagi..



Ha ni lagi laa...Nampak tak, ni bukan candid ke apa tau. Budak dua orang ni punya teruja sampai dok menunggu macam ni, haha. Tak taulah excited ke apa ke kan..Ni baru sepupu diaorang belum adik sendiri lagi..:)

Rumah mak aku memang meriah dan ceria semalam dah macam nak raya pun ye gak..:) Kang esok-esok bila  aku dah bersalin bertambah meriah la rumah mak, hehe. Malam tadi aku siap mimpi lagi dah bersalin, huhu..Serius bila nengok ada baby baru kat rumah aku punya perasaan nak bersalin makin meluap ok, moga dipermudahkan segalanya...


29.5.13

Kalau tak nak makan, ibu denda nanti..


Ni dia nak makan KFC - macam biasa ayam goreng la kan

Ni breakfast roti dan chicken soup kat bilik hotel Beruang Hill Resort

Ni petang kelmarin makan western

Dia memang susah nak makan..So kalau dia mintak nak makan apa-apa je kena bagi sebab susah sangat nak makan. Yang pasti favourite dia mestilah ayam goreng. Nak bagi dia makan macam nak bergaduh. 

Tu yang kadang keluar dialog, "Kalau tak nak makan, ibu denda nanti.." Hehehe, tapi aku sendiri tak tau nak denda apa kat dia.

Kalau si abangnya pulak, pun nak bergaduh jugak dengan aku. Gaduh sebab aku suruh dia berhenti makan. "Cukuplah Zarif..jaga perut tu sikit, perut pun nak rehat jugak, ni asik nak makan dengan mengunyah jer..."

Payah kan, yang sorang dok sibuk nak makan tanpa henti, yang sorang lagi pulak payah sungguh nak makan..Kalau makanan si adik tak abis, si abang dok menjeling je lepas tu sibuk tanya, "Tu Zara nak lagi ke tak nak?" Kadang tak cakap apa pun, tau-tau makanan adik dah lesap, huhu..

Selera makan Zarif memang besar tu sepadan dengan badan dia tu..Kalau Zara pulak selera makan dia kira sepadan la dengan saiz badan dia jugak, huhu..


Macam-macam cerita...

Eh banyaknya nak cerita hari ni, tak sabar nak taip. Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ni semalam. Memang saya tak sempat nak jejak kaki ke blog kawan-kawan sebab semalam memang hari blur laa..

Ok kita mulakan pertamanya dengan cerita happy. Finally adik aku dah berjaya menjadi seorang ibu,yeaay..Zarif pun dah ada sepupu lelaki. Buat masa sekarang namanya UMAR (tapi tak tau lagi la full name)..Adik aku, Rai selamat melahirkan Umar pada jam 9.15 malam setelah mengharungi masa yang panjang menahan sakit. Biasalah anak pertama kan...

Ni anak sedara aku tau...
 Comel kan?? Zarif kata macam muka dia, hehe..


Keduanya, bila malam tadi beria penuh semangat aku tunggu depan tv nak nengok perlawanan bolasepak, tapi..


Bersemangat tau nak bagi full support kat JDT, alih-alih boleh tunda pulak disebabkan berlakunya perkara di luar kawalan. Korang baca jelah suratkhabar hari ni eh...

Ketiganya, mrhubby ajak buat shepherd pie..Maklumlah memang dah lama sangat tak masak. Beria nak buat shepherd pie pun sebab dah beli bekas ramekins baru, hehe..

Shepherd pie yang oklah not bad..:)
Bekas putih tu namanya ramekins, hehe..


Ok sekian cerita dari aku. Nanti kita sambung lagi ok. Tetiba semangat nak update blog pulak. By the way lepas adik aku bersalin, malam tadi tetiba aku pulak macam susah nak tido..Sakit pinggang pulak, adeh...Minggu depan jelah keluar ye nak...:)






28.5.13

Moga adik dipermudahkan bersalin

Aku tak tau nak tulis entry apa hari ni, blur semacam. Dapat sms pagi tadi dari adik yang dia dah masuk hospital dan tengah menahan kontaraksi sekarang, katanya tadi dah bukak 2 cm. Harap diri dia dipermudahkan untuk bersalin anak pertama.

Aku berdebar-debar sebab penanda aras untuk aku adalah dia. Kalau dia selamat melahirkan means masa aku juga bertambah dekat, aihh serammm...

Semalam pergi checkup macam biasa dan sempat scan yang last kot. Alhamdulillah baby berada dalam keadaan yang normal dan posisinya juga berada dalam keadaan yang cantik, senang kata bila-bila masa je ni...

So aku kena settlekan segala tugasan ofis dengan segera dan makan segala benda yang aku nak sebelum nak bersalin ni, hehe.

 


27.5.13

Aktiviti cuti sekolah

Dah mula dah cuti sekolah, dua minggu tuu. Cuti sekolah yang buat aku rasa berdebar-debar jugak sebab menanti hari, huhu..

Untuk permulaan cuti sekolah ni dari Jumaat lagi (cuti Wesak tu) kitaorang ke Beruang Hill Melaka saja. Jadilah janji budak-budak boleh mandi kolam, nanti aku cerita entry lain sebab belum transfer gambar lagi. Ikutkan hati aku nak ke JB berangan nak dok Thistle Hotel kot-kot boleh jumpa pemain bolasepak JDT ke tapi harapan tinggal harapan sebab  most of the hotel semua fully booked. Nak buat camana kan last minute plan, so redha jelah..

Semalam pulak Zarif ada klinik asas bolasepak kat stadium tempat kerja aku. Dari 8 pagi sampai 5 petang dok berjemur kat tengah padang. Bayaran untuk klinik asas bolasepak ni cuma RM10/- so sambutan yang diterima memang la sangat menggalakkan. Balik rumah abis muka berkilat, takpelah budak laki sejati memang kena dok berjemur tengah padang, hehe.

Hari ni Zarif ada aktiviti dengan moksu dia, katanya nak nengok movie Epic..Takpelah selagi ada masa terluang ni isilah dengan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya yea..Nanti bila dah dapat adik kena tolong ibu pulak..:)


Ni masa baru sampai

Aku tak ikut pun masa hantar ke padang ni, dok berehat kat rumah mak aku je ditemani anak dara cimonet aku tu;

Nak jugak pakai jersi JDT, hehe








23.5.13

60 ke 90 hari?

Hai lagi nak dekat hari bersalin ni lagi tengah berfikir2 nak cuti berapa bulan? Hmmmm..Mulanya aku memang nak cuti 2 bulan je = 60 hari..

Tapi..tapi dan tapi...entah kenapa kebelakangan ni terasa macam syiok jugak kan kalau amik 90 hari, hehe..Yelah kan terasa macam best jugak lagi pulak kalau aku cuti pantang terus sampai raya, jadik taklah membazir cuti rehat aku tu..Hmmm..

Kalau cuti 90 hari macam-macam benda aku boleh buat, berehat dan bersantai dan uruskan rumahtangga dengan lebih baik (boleh bf baby, boleh masak untuk mrhubby dan anak-anak dan lain-lain lagi).. Kadang-kadang kan aku rasa aku asik fikir lebih untuk orang lain tanpa fikirkan tentang diri sendiri.

Hmmm....Mungkin tiba masa aku fikir untuk diri sendiri dan malas nak fikir pasal orang lain. Lagipun masa berpantang la masa untuk kita berehat, tenangkan diri dan dapatkan shape badan yang sesuai, ermmm...Bila aku cakap nak cuti 2 bulan semua pun tanya, "2 BULAN JE?" Wah macam tak merestui je aku nak cuti 2 bulan, hehe..

Hari tu bos aku pun ada tanya, "Nak cuti berapa lama?" Aku cakaplah "2 bulan je kot.." Dia tanya balik,"Kenapa tak 3 bulan?"

Nampak tak semua macam nak suruh cuti 3 bulan kan..So.......samaada 2 bulan ke 3 bulan ke, aku akan bagitau la lepas bersalin nanti, hehe...Katakan la kalau aku amik cuti 90 hari kali ni, aku masih lagi punya baki cuti bersalin yang cukup untuk kuota 2 anak lagi, hehe..2 ANAK LAGI?? ---- tu mesti reaksi mrhubby..

Rasa-rasa korang dah boleh agak tak aku nak cuti berapa lama? :)

Perut mengeras| Nak ke Beruang Hill Resort Melaka

Malam tadi agak cuak sebab perut tiba-tiba mengeras dan rasa semacam. Wah rasa dah macam nak bersalin pun yea tapi takde kontraksi pun. Tapi sebenarnya takde apa-apa, logiklah bila dah hampir dengan waktunya perut memang boleh jadi mengeras dengan tiba-tiba tapi semuanya ok je.

Mau tak keras kalau aku dok syiok nengok bolasepak pasukan JDT (Tahniah yea!!! Kita menang!!). Nengok keadaan stadium malam tadi rasa macam diri sendiri ada kat situ..:) Lepas tu tukar jap nengok drama Dahlia..Kalau nengok drama Dahlia ni tak emosi memang tak sah tau..




So kejap nengok bola kejap nengok drama yang penuh emosi tu kot tiba-tiba perut jadik mengeras, hehe..Cuak pulak bila mrhubby takde kat rumah sebab keluar minum dengan kawan-kawan. Tapi jangan risau memang takde apa pun. Bila dapat tido semua pun ok je..:)

So hari ni last sekolah esok dah mula cuti umum sempena Wesak. Korang ada ke mana-mana? Mulanya aku ingat takmolah ke mana-mana. Tapi mengenangkan anak-anak rasa kesian pulak. Yelah lepas ni confirm diaorang kena dok rumah je tunggu ibu dia nak bersalin.

So dari kelmarin dan semalam (memang last minute la..) cari hotel dan resort semua. Ala nak bermalam pun sehari je. Buat suka-suka untuk anak-anak yang penting ada swimming pool. Aku target nak JB tapi majoriti hotel semua abis dan fully booked untuk esok sampai Ahad, huhu.

Dan hasil pencarian tak putus asa, aku dapat booking satu bilik kat Beruang Hill Resort kat Melaka. Nama Beruang tapi takde beruang ok, hehe. Yang penting ada swimming pool dan dekat dengan Aeon Ayer Keroh..best tu..Aku pun tak pernah sampai lagi kat tempat ni, nanti bila dah dok sini aku buat review ok.

Sumber gambar :www.beruanghill.com

Selamat Bercuti untuk semua dan berhati-hati yea walau di mana pun anda berada...:)




22.5.13

Program Teman Kamar Bersalin | Takut?

Kalau ikutkan malasnya la nak pergi kerja lagi. Nak rehat dan duduk kat rumah je. Tapi membazir cuti la pulak kalau buat macam tu sebab asik dok nak tido jer.

Kalau g kerja macam-macam boleh dibuat kan. Ok petang semalam dah pergi ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HBP) untuk dengar taklimat Program Teman Kamar Bersalin. Takdelah lama pun taklimat ni setakat dia bagi penerangan biasa je tentang prosedur untuk para suami temankan isteri ke wad bersalin. Dan untuk kes-kes tertentu, suami tidak dibenarkan untuk masuk dan temankan isteri bersalin.
 
Hmmm...Aku get ready jelah, ni pun dah anak ketiga. Kalau mrhubby dapat temankan mestilah aku suka sebab ada yang tolong bagi semangat tapi kalau ditakdirkan tak dibenarkan masuk for certain reason pun kena la terima jugak kan. Nama pun prosedur so kenalah ikut. Mrhubby tu tak sudah-sudah kata takut, macam dia yang nak bersalin..Patutnya aku ni yang lagi takut sebab aku yang nak kena rasa kontraksi dan nak push baby nanti, huhu..

Kat bawah ni perbualan aku dengan dia melalui apps WeChat dua minggu lepas (respost dari Instagram) ;



See, dia tak la takut darah pun, cuma takut nengok baby keluar je, haha. Yang pastinya masa kelahiran Zarif dan Zara, mrhubby memang ada temankan aku.. Tapi jujurnya suami memang patut temankan isteri. Biar diaorang tau susah payahnya isteri ni nak melahirkan anak..Biar si suami tau menghargai dan lebih menyayangi para isteri, betul tak? :)


21.5.13

Berat naik | Zara demam

Hari ni aku cuti so update lambat sikit, hehe. Zara pun ada cuti sekali dengan aku ni, hehe. Dah nama pun cuti, kerja pun tido je, bestnya dapat rehat..:)

Petang semalam g checkup kat klinik kesihatan. Semua ok kecuali berat badan yang naik 1 kg seminggu. Amboi berat aku, pada orang lain normal kot, tapi seminggu naik 1 kg pada aku berat tu, nak-nak lagi next week nak kena g checkup lagi, kalau naik 1 kg lagi abis aku...Tapi aku memang tau salah sendiri pun sebab tak control makan.

Semalam, beli la sikit benda-benda yang konon menyihatkan, at least kalau naik 0.5 kg pun kira ok la..

 Sihat kan? Kan...:)


Malam tadi tiba-tiba Zara demam. Agak panas jugak la. Mujur ada ubat demam dan lain-lain, macam aku cakaplah kena pantau. Nasib dia tak meragam dan ok je. Yelah, macam aku pernah cakap sebelum ni yang merisaukan aku bila dia boleh demam tiba-tiba je tanpa sebarang syarat. Nasib cuti hari ni at least aku boleh pantau dia lagi.


Ok, petang ni nak pergi hospital pulak, ada taklimat untuk Program Teman Kamar Bersalin. Haraplah semuanya dipermudahkan...

20.5.13

Dia tu ibu - takde manusia yang sempurna..

Aku tak nengok rancangan Melodi semalam tapi aku baca status kawan-kawan kat fb. Dan aku pun tau kisah yang berlaku antara pelakon Afiq Muiz dan ibunya melalui media yang lain. Mujurlah ko dah terkeluar dari Masterchef waktu kisah ko tengah hangat sekarang.

Aku cuma rasa better stop all this thing. Hal keluarga settle sendiri dan jangan diperbesarkan apatah lagi diluahkan pada pihak media. Memalukan bila hal macam ni dicanang dan semua orang pun tau. Tak kira sapa yang salah dan sapa yang betul settle sendiri, abis citer. Jangan babitkan orang luar, tolonglaaaa...

Samaada mak kita salah ataupun betul, dia tetap mak yang mengandung dan melahirkan kita. Mana ada manusia yang sempurna. So sebelum banyak lagi cerita-cerita yang tak sepatutnya dihidangkan pada orang luar, baik selesaikan segalanya baik-baik. Mana ada orang yang takde masalah keluarga. 

Semua orang pun ada masalah keluarga, tapi cuba cari penyelesaian yang sebaiknya..Kena ingat, syurga tu bawah tapak kaki ibu...Aku berpegang - No matter what, ibu tetap ibu!

Persiapan sikit lagi....

Sabtu lepas beli persiapan untuk baby lagi.. Dalam tak larat nak berjalan tapi paksa diri jugak walaupun parking kereta depan kedai je..


Beli pampers MamyPoko dan breastpump Medela Harmony, manual breastpump je pun. Untuk baby yang bakal lahir ni aku memang guna pampers MamyPoko dulu, biasanya kalau dah besar sikit dan dah kurang ruam ke apa ke baru la aku tukar ke brand lain. Biasanya aku guna pampers Drypers je pun. .

Breastpump Medela Harmony memang aku dah aim walaupun semua orang aim Medela Freestyle tapi takpe aku go on je dengan Harmony ni. Takpelah, penat tangan nak pump pun so ok..Mana tau kalau mrhubby aku nengok siannya aku nak pump susu dengan susah payahnya jadi dia dengan terbuka hati akan belikan yang freestyle kan? Hehehehe.....


Yea barang-barang ni aku beli kat kedai QQ Kids City kat Batu Pahat ni..Ada certain items memang mahal tapi sebab sekarang kedai ni tengah buat sales tu yang aku terjah...At least breastpump tu dapat harga yang sama kalau beli kat online store.

Macam biasalah buat kad jadik ahli, so senang lepas ni kalau nak beli barang-barang baby ada ler diskaun walaupun sesetengah items saja yang diberi diskaun but still ok. Lagipun pilihan banyak sekarang ni kan..Kalau rasa mahal beli kat kedai beli saja online, pun puas hati jugak..

Untuk pengetahuan aku masih lagi bekerja..Belum ada tanda-tanda nak bersalin even aku rasa memang dah penat sangat nak turun naik tangga. Tapi itu salah satu senaman untuk memudahkan kita bersalin kan, so aku redah je. Selagi adik aku yang mengandung saing aku tu tak bersalin selagi tu la belum tiba masa aku lagi walaupun semua orang dok cakap perut aku dah turun la, masa dah tak lama lagi but aku masih ok..:)

Baby ni baik sebab dia dengar cakap nak tunggu cuti sekolah jugak...It's better sebab ada banyak benda aku nak settle kan lagi la aku nak tinggalkan 3 orang bos yang selama ni aku uruskan jadualnya, tapi aku tau diaorang semua sangat berdikari..:)

Ok  nanti kita sambung lagi k..Nak pergi checkup la petang ni.




17.5.13

Takziah | Kesihatan anak

Hari ni Jumaat cuaca pun redup dan cantik je. Mood aku pun biasa-biasa je. Rileks, belum bersalin lagi ni, hehe. Masih sibuk buat kerja..:)

Sedihnya bila jalan-jalan ke blog orang, terbaca KISAH SEDIH ni..

Takziah diucapkan kepada ibu dan bapanya dan moga roh si kecil dicucuri rahmat dan syurga la tempatnya..Amin.

Aku sangat memahami keadaan dan rasanya semua ibu pasti akan memahami dan rasa sedih bila membaca kisah tu. Terbayang anak-anak sendiri kan. Aku sendiri pernah ada pengalaman bila Zara waktu kecil dimasukkan ke hospital akibat pneumonia. Mujurlah keadaan tu tak berapa serius. Tapi sebelum jejak 2 tahun keluar masuk hospital dan klinik bagaikan satu kemestian untuk aku dan Zara.

Senang kata Zara mudah sangat kena jangkitan dan mudah demam. Jadinya bila asik keluar masuk klinik dan hospital doktor memang advice aku untuk selalu get ready bila Zara demam. Pastinya aku memang kena sediakan satu first aid khas letak dalam bilik sebab Zara jenis demam panas tiba-tiba tanpa ada sebarang 'sign'. Termometer memang selalu ada dengan aku, even ke mana-mana pun aku mesti bawak sebab takut perkara yang tak diingini berlaku. Tambah menakutkan bila demam panas tu datang waktu semua orang tengah tido. Jadi sebagai ibu aku kena alert. Penat dan tak cukup tido jangan cakaplah tapi demi kesihatan anak memang aku ketepikan semua rasa penat tu.

 seawal 5-6 bulan dah kena neb..

ni masa setahun ke setahun lebih
punca sakit - virus yang tak diketahui dan demam yang terlalu panas, nyaris kena sawan

Semua keadaan yang berlaku ni buat aku jadi tabah dan lebih peka tentang kesihatan anak-anak terutama Zara sebab dia paling mudah terkena jangkitan berbanding Zarif. Apapun segala yang berlaku atas ketentuan Tuhan jua. Alhamdulillah sekarang kesihatan Zara jauh lebih baik biarpun sesekali diserang selsema dan batuk.


Sebagai hambaNya kita kena tabah dan percaya apa saja yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Kadang aku sendiri pun tak pasti samaada aku mampu tempuh segala dugaan yang diberi tapi aku kena percaya atas kuasa Tuhan sebab hanya Dia Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya...





 


16.5.13

Cikgu di hati - 16 Mei

Selamat Hari Guru pastinya untuk mrhubby. Zara tanya, "Kenapa nak cakap Selamat Hari Guru kat abah?"

"Sebab abah Zara pun guru jugak cumanya dia tak ajar Zara je tapi ajar budak-budak lain.." Well, fahaman diaorang guru adalah yang ajar diaorang je, biasalah budak-budak kan...:)

Selamat Hari Guru pada semua yang bergelar guru dan pernah mengajar aku dari zaman sekolah rendah sampailah ke peringkat universiti, terima kasih atas jasa kalian yang tak ternilai. Juga untuk semua saudara mara aku yang bergelar guru, pensyarah dan sebagainya..:)

Kalau dah namapun Hari Guru mestilah anak-anak sibuk nak bagi hadiah kan. Dengan keadaan aku yang dah terlalu sarat ni, hanya ini yang mampu disediakan. Memang pun aku takmo beria macam sebelum-sebelum ni, saja bagi yang simple untuk cikgu janji IKHLAS kan?


Setiap orang limit hanya pada 5 orang cikgu je..Zara bagi note book je dengan vitagen. Zarif pulak mintak pen merah dengan vitagen. Simple kan? Hahaha..Kebetulan pulak Zara masih dengan musim peperiksaan lagi so macam takde sambutan je (aku rasa la tapi aku suruh je bagi hadiah, saja buat meriah-meriah keadaan).

Tapi sekolah agama Zarif ada sambutan pulak hari ni, tapi takde hadiah lagi. Nanti aku sambung la buat hari ni pulak untuk cikgu sekolah agama Zarif dan cikgu ngaji dia..Yelah, yang penting ikhlas dan nak ucapkan rasa terima kasih sebab bersusah payah mengajar anak kita ni menjadi orang yang berilmu...

Yang pastinya jasa seorang guru tu tak ternilai dan tak terbalas dengan hadiah-hadiah yang diberi ni..Terima Kasih Cikgu!!!




14.5.13

Ulangkaji waktu malam je

Minggu ni adalah minggu peperiksaan untuk Zara. Alahai tak taulah camana, tapi periksa untuk budak tadika je pun, mesti boleh buat kan..

Minggu lepas dia bawak balik semua buku-buku dari sekolah untuk diulangkaji kat rumah. Bila ditanya kenapa bawak buku balik? "Sebab cikgu kita suruh ulangkaji waktu malam"

Bila dia ada masa lapang waktu siang (hujung minggu) aku suruhlah dia baca buku, tapi dia boleh jawab, "Kan cikgu kita suruh baca waktu malam je.." Aduhhh, sabar jelah.

Dia tengah belajar menghafal la ni dan ianya waktu malam yea..:)

Hadiah diri sendiri

Balik semalam rasa happy bila nengok ada parcel kat rumah, yeayyy.. Barang yang dipesan dah dapat, hehe.

Sebenarnya sempena Hari Ibu, aku yang beli dan reward untuk diri sendiri. Ingat sempat sampai sebelum Hari Ibu hari tu tapi dapat petang semalam pulak, kira ok jelah..


Lipstik tu aku yang punya, aih dah nak bersalin ni menggatal nak melawa je pulak..Yang set Body Shop comel tu untuk mak punya..:) Ni semua beli online je.

Lipstik tu aku beli dari Best Buy World Malaysia. Barang yang dijual tu takdelah besar-besar kira comel-comel je selaras dengan harga yang mampu dibeli. Set Body Shop tu pun beli online je, sebab tak larat dah nak jalan, online je lagi senang.:)

Zara nampak lipstik aku tu dah pandang lain je, aihh tu tak boleh percaya tu, kang ada dia colek-colek lipstik ni tonyoh kat bibir dia pulak, hehe..Kalau aku tonyohkan takpe, sebab kitaorang sama-sama suka berangan..:)






13.5.13

Toilet cangkung ke duduk?

Alamak, rasanya tadi bukan last checkup la, huhu. Kena pergi lagi kot next week. Maklumlah dah hujung-hujung ni, memang tiap minggu kena g checkup selagi tak bersalin. 

Cumanya kan satu jelah aku frust. Dah lama nak luahkan tapi tak terluah-luah kat blog ni. Kenapalah kan kat klinik kesihatan (klinik kerajaan ok) tempat aku check ni tak disediakan toilet duduk. Kalau awal pregnant ok lagi kot kalau nak buang air dan test urin. Ni dah masuk 36 minggu ke atas, perut pun dah besar, boleh bayangkan tak kena buang air kat toilet cangkung nak test urin??? Terseksa tauuu..

At least buatlah dua jenis toilet - cangkung dan duduk..So ibu-ibu mengandung ni bolehlah nak buang air kat toilet kegemaran masing-masing. Tapi kalau tanya aku semestinya aku prefer toilet duduk..:)

Haraplah tahun-tahun akan datang ada perubahan ok..Takmolah rasa terseksa nak buang air dengan perut yang besar. 

Klinik kesihatan tempat korang macamana???


Kisah Ahad semalam

Semalam adalah hari melepak dan melepek bagi aku seorang ibu. Mrhubby pesan, "Awak tak payah buat apa-apa kerja hari ni yea, biar saya buatkan semua kerja, saya nak awak rehat je.."

Dalam keadaan diri aku macam ni pastinya itu adalah hadiah yang paling bermakna kan? Memang aku takmo apa-apa, semalam adalah hari yang paling letih untuk aku (tak taulah sebab apa) dan aku nak tido sepanjang masa dan memang pun aku tido je.. Mrhubby dan anak-anak sikit pun tak kacau aku, memang syiok sangat ler..Bangun pun time makan je, tapi makan kena beli laa..:)

Zarif bagi..:)
Thanks sayang...

 Antara aku dan mak..
Sayang mak memang selamanya..:)


Suka dapat basuh kereta atuk

Zarif memang jenis aktif dan tak suka nak tido waktu petang. Bila balik rumah parents aku dia memang suka la tolong abah aku macam semalam dia tolong basuh kereta..:) Bagusla jugak kan dari dok mengadap PSP je, sakit mata aku, huhu. Tolong atuk basuh kereta je dah dapat upah tau, untung cucu, hehe..

Oklah hari ni aku ada checkup kat klinik kesihatan, mungkin yang last kot...Ikutkan minggu ni dah 37 minggu. Perut aku pun dah turun dah ni, ikutkan memang tak larat nak g kerja nak turun naik tangga tapi kena kuatkan semangat..Kang dok rumah keja aku asik nak tido je..

Doakan yang baik-baik yea..Tq all ~



















10.5.13

Bila mrhubby dah mula layan Dahlia

Malam tadi;

Mrhubby : Eh, malam ni takde drama Dahlia ke?

Aku : Mana ada, kan cerita tu setiap hari Isnin - Rabu..

Waaa..see mrhubby pun dah mula syiok layan drama Dahlia ni tau. Serius kan aku pernah tulis dia tak suka layan drama melayu tapi drama ni dia boleh layan pulak. Tapi cara dia layan drama takdelah macam aku yang memang feel 100% sampai nak emo-emo. Yang penting dia boleh ikut la jalan cerita drama ni..

Jujurnya kan, aku rasa aku lebih feel layan drama ni dari Adam dan Hawa mahupun Sehangat Asmara. Setakat ni tak pernah miss lagi la drama ni, lagipun lakonan semua pelakon memang best dengan skrip yang best. Dan paling best meresap dalam jiwa, hehehe..

Boleh baca entry aku sebelum ni ---------------> Drama Dahlia 



9.5.13

Rezeki dapat Power Bank

Bos-bos aku baru balik dari Jepun hari tu. Dan salah satu benda yang aku dapat adalah ini;

Power Bank :)

Apa tu power bank? Aku google dan maksudnya adalah;

Power Bank, also known as external battery pack, external back-up battery, external battery charger, portable battery charger.

Ok faham tak? Kalau bahasa mudahnya boleh la dikatakan charger phone yang wireless dan boleh dibawa ke mana sahaja. Kalau korang google ada berbagai rupa power bank ni. Actually aku dah ada satu power bank share dengan mrhubby. Pakai power bank ni waktu terdesak je maklumlah memang pengguna smartphone tegar kan so battery selalu habis cepat.


Walau boleh dibawa ke mana saja tapi kena ingat power bank ni perlu di charge dulu. Kalau tak charge, mana nak datang tenaganya kan? So boleh charge terus ke laptop..Ataupun;

.....charge gunakan plug (Kepala plug tu sendiri punya)


So bila power bank tu kita dah charge penuh, barulah bebas dibawa ke mana je..Incase tengah makan or tengah mesyuarat ke tetiba bateri phone kita abis, bolehlah digunakan power bank ni yea...:) Hidup di zaman teknologi ni makin memudahkan, hehe...

Terima kasih sekali lagi encik-encik bos yang baik hati..Sebenarnya kan, aku main-main dan gurau je mintak power bank ni..Yelah diaorang nak ke Jepun, pastu tanya aku nak apa, manalah aku tau..So spontan kat mulut aku boleh tercakap nak power bank la pulak. Alih-alih dapat, kira rezeki la, tq again....:)



Ibu tolong kita buat eh..

Dari petang semalam suruh buat kerja sekolah takmo, dia pergi buat benda lain..Cuma pesan kat aku, "Ibu tolong kita buat kerja sekolah eh..ibu tolong tuliskan huruf dal dan dzal tau..." Aku pun iyekan jelah.

Sampailah dia tertido lepas maghrib dan tak buat pun kerja tu. Pagi ni aku bangun awal dan tolong dia buat sikit dan bakinya dia kena habiskan, alahai Zara..

Zarif pulak hari ni periksa sekolah agama subjek Sirah dan Ibadat. Baca kitab? Hmmmm..Tapi bila main soal-soal dia boleh jawab pulak, so assume dia boleh buat jelah...Pun tido awal jugak malam tadi..

Budak yang bertuah....:)


8.5.13

Takmo wordless - Kisah Zara

Ok, hari ni lambat pulak update, hehe. 

Disebabkan hari Rabu, ingat nak letak gambar je dengan wordless tapi rasa tak best dan nak cerita jugak.


Ok ni gambar Zara beberapa hari lepas. Tu dia ulangkaji ngaji apa yang dia belajar kat sekolah. Ni kalau tak silap masa malam keputusan pilihanraya hari tu la. Gigih aku bentang tilam kat depan tv tau sebab nak dengar keputusan pilihanraya dan nak tau dapat cuti ke tak, sampai pukul 3 pagi aku tunggu sekali hampeh takde cuti pun, hehe..

Berbalik pada Zara, alhamdulillah setelah hampir 5 bulan bersekolah takdelah dia buat perangai yang bukan-bukan kecuali masa awal tahun jelah meragam kan..Tapi sekarang dia banyak tunjukkan peningkatan dalam pelajaran. Betullah kata orang, masa diaorang kecik-kecik ni la bagus belajar macam-macam sebab otak diaorang senang nak sedut segala ilmu.

Aku tak boleh paksa Zara untuk buat latihan macam Zarif sebab dia ni ada keras kepala sikit, hehe. Kata anak no. 2 kan. Bila dia buat latihan ke apa ke dan kalau kita cakap salah atau kita betulkan apa yang dia buat, confirm dia takkan buat lagi dan akan merajuk. So nak suruh dia buat latihan tu memang penuh dengan psikologi dan kena atur ayat baik punya..Lagi satu jangan kacau la apa yang dia buat. Alhamdulillah so far so good.

Now tugas aku yang berat sikit nak ajar dia mengeja dan membaca. Dia dah boleh sikit-sikit tapi cam aku cakap la, tak boleh nak paksa sangat, kena psiko dan kena ikut mood dia jugak. As long as dia nak belajar tu dah kira baik pada aku....

Anak perempuan dan laki ni memang banyak beza kan?

Kalau Zarif nak suruh nengok buku belajar memang payah sangat la, tapi kalau aku bagi arahan atau nasihat, dalam payah tu dia lembut hati dan ikut gak la..

Kalau Zara memang rajin mengadap buku, tapi bila kita ajar atau bagi nasihat ohh memang payah betul nak ikut..Apa yang kita cakap semuanya tak betul..

Tapi gelagat anak-anak ni la pengubat hati dan menceriakan hidup aku dan mrhubby. Tak sabar nak nengok reaksi diaorang bila dapat baby baru nanti. 

Nama baby dah sedia ada dah..:)


7.5.13

Cukup-cukuplah...| Selamat menjawab periksa untuk Zarif

Beberapa hari ni memang mood agak merundum sikit mungkin disebabkan bahang pilihanraya kot..Malam tadi aku mintak mrhubby block one of my friend kat fb. Tak sanggup la nak baca status-status yang asik menyalahkan orang je.

Cukuplah, pilihanraya pun dah lepas, kita terima saja keputusan yang ada dan terus pandang ke depan. Tuhan Maha Mengetahui segalanya. Aku tak kisah la orang nak post apa je kat fb, tapi kalau dok menyalahkan orang tak sudah-sudah macam kau je bagus memang sakit hati jugak baca, kang aku terbersalin awal payah lak kan, hehe. So enough laaa...Bila kita asik dok salahkan orang kita lupa yang diri sendiri pun ada kekhilafan tanpa disedari.

Orait, tutup pasal tu, cerita pasal lain pulak.


28 April lepas, genap 2 tahun arwah mak mertua meninggal dunia, Al-Fatihah untuk arwah. Sekejap je kan masa berlalu..Kadang nengok mrhubby tenang je dalam hidup tapi dalam hati tak siapa yang tahu.

Haiih, petang ni dah mula periksa pertengahan tahun sekolah agama untuk Zarif. Belajar? Hmmm, tak tau la nak cakap macamana, muka senang hati je. Memang budak laki macam ni ke cara belajar? Sebab macam tak belajar pun, huhu. Aku harap sangat la dalam kelas dia memang jenis tumpukan perhatian dalam pelajaran dan apa yang dia belajar masuk dalam otak dia.

Tapi kan semalam aku bebel-bebel gak kat dia suruh bukak kitab Tauhid dengan buat latihan Jawi. Dah kata budak laki kan, muka memang selamba abis laa, penat je aku bebel-bebel..Tapi dia bukak jugak la kitab tu dan baca sambil buat latihan sikit.

Yang paling tak tahan tu, lepas solat siap baca Yassin..Wahhh, tetiba macam kagum pulak. Zarif dah boleh baca Yassin? Yelah dia kan baru baca Quran dan sekarang dah boleh baca Yassin, alhamdulillah. Rasa sebak jugak la dalam hati, huhu. Dekat setengah jam jugak dia nak abiskan baca Yassin tu..

In sha Allah mudah-mudahan Tuhan permudahkan Zarif untuk jawab soalan petang ni dan hari-hari seterusnya. Ibu tau Zarif boleh buat ok!! Ibu ni marah-marah dan bebel kat Zarif tapi dalam hati sayang sangat tau tak...(ok dah mula sebak daaa..)


6.5.13

Tak terucap

Perasaan datang kerja hari ni bercampur baur, tak tau nak tulis apa yang aku rasa. Tahniah pada mereka yang menang semalam. 

Apa yang aku harap kita (orang melayu dan Islam) akan bersatu. Mudah-mudahan jadi kenyataan satu hari nanti. Tak perlu nak bongkak dan tunding jari siapa salah dan siapa betul. "Mereka" sedang mengejar kita semua.

Pengalaman mengundi semalam di kawasan aku memberikan rasa yang lain macam. Tak seperti 5 tahun lepas. Dan akhirnya "mereka" berjaya kerana "mereka" bersatu....

Hanya Tuhan Maha Mengetahui segalanya....Johor bukan lagi kawasan kebal..

3.5.13

Masih nak berbotol lagi

Muka budak bad mood kena paksa pakai tudung tapi dalam masa yang sama nak susu, alahaii..Esok dah ada baby, ha baringlah sama-sama sebelah menyebelah dok minum susu, hehe. Ni payah sikit nak bagi berenti minum botol ni...


Persiapan untuk bersalin anak ketiga

Malam tadi perasaan rajin untuk mengemas segala persiapan untuk bersalin tiba-tiba datang. Yea, kalau aku tak mengemas entah bila lagi masanya. Asik nak bertangguh je, padahal beg dah kena siap-siap prepare dalam kereta.. Jom nengok apa la yang aku dok kemas tu kan...

 Ok ni segala pakaian dan kelengkapan bayi
(ada tak cukup lagi ni, hehe)

Ni barang lain 
(botol susu, alat untuk panaskan breastmilk, milk storage bags, perubatan pantang dll, ada barang yang tak cukup lagi, akan dibeli dan stock up kat bekas ni..)

 Oh ni cotton balls

Saja nak bagitau untuk baby yang baru lahir, aku akan guna cotton balls ni untuk basuh berak dan kencing dia..Yelah kalau terus guna wet tissue takut allergic ke apa ke kan..Tapi aku memang standby je wet tissue untuk keperluan lain..Setakat ni aku baru beli 2 peket, kalau nak jimat beli kapas yang besar tu pastu bila ada masa bentukkan sendiri bulat-bulat macam ni, lebih menjimatkan..:)

 Oh yea ni beg baby aku, hehe
(Rasanya diapers je kot yang takde lagi dalam ni, lain semua settle)

Tadaaa..ni la keseluruhan yang aku kemas, ha yang beg pink tu beg bersalin aku..
Kesimpulannya pegi hospital bawak 2 beg laa..

Ok 2 bekas tu nak kena hantar rumah mak aku sebab lepas bersalin, in sha allah aku akan berpantang kat sana. 2 beg tu nak kena standby dalam kereta. Ada lagi yang tak cukup, tapi minor things la..Yang major pun aku rasa set berpantang Tanamera je yang aku belum oder lagi, huhu.

Esok kalau sempat aku stock up la mana yang takde lagi, Ahad dah mengundi, confirm la takde nak ke mana-mana....








2.5.13

Undi PRU 13

Selamat mengundi untuk semua yea. Aku tau ada yang dah mula amik cuti dan balik ke kampung halaman masing-masing. Aku punya tempat mengundi memang dekat je pun, hehe. Kali ni aku akan mengundi untuk kali kedua, moga semuanya dipermudahkan.


Mrhubby dah laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan mengundi pos memandangkan dia perlu bertugas Ahad nanti . Undi dia adalah RAHSIA, hehehe. Takde maknanya kitaorang nak gaduh sekalipun berbeza parti kan?

Baca macam-macam berita dan status kat facebook buat aku rasa meluat dan sakit hati je, nasib tak bersalin awal, hehe..

Drama Dahlia - Tak boleh miss!!


Aku tak boleh miss drama ni setiap Isnin - Rabu di Astro Mustika HD (134). Drama Dahlia ni menggantikan drama Sehangat Asmara.

Drama ni memang best la pada aku setakat ni baru 6 episod, kalau korang yang tak nengok lagi boleh la nengok. Rasanya drama ni takde amik dari novel apa pun. So fresh skrip la gitu..:)

Nengok pelakon-pelakon dia memang best lagi-lagi ada Faizal Hussein. Hans Isac pun bagus jugak sebab dah lama sangat dia tak berlakon. Senang kata memang best laa..:) Setakat ni aku memang tak miss lagi nengok drama ni.

Sinopsis drama Dahlia -: 

Drama yang mengisahkan seorang wanita bernama Dahlia(Dira) yang terpaksa hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia akhirnya tekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian Razman dan Dahlia adalah adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia yang telah ditipu oleh bekas suaminya.

OST drama Dahlia lagu Bisikan Rinduku - Dayang Nurfaizah
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...