Selamat Hari Guru pastinya untuk mrhubby. Zara tanya, "Kenapa nak cakap Selamat Hari Guru kat abah?"
"Sebab abah Zara pun guru jugak cumanya dia tak ajar Zara je tapi ajar budak-budak lain.." Well, fahaman diaorang guru adalah yang ajar diaorang je, biasalah budak-budak kan...:)
Selamat Hari Guru pada semua yang bergelar guru dan pernah mengajar aku dari zaman sekolah rendah sampailah ke peringkat universiti, terima kasih atas jasa kalian yang tak ternilai. Juga untuk semua saudara mara aku yang bergelar guru, pensyarah dan sebagainya..:)
Kalau dah namapun Hari Guru mestilah anak-anak sibuk nak bagi hadiah kan. Dengan keadaan aku yang dah terlalu sarat ni, hanya ini yang mampu disediakan. Memang pun aku takmo beria macam sebelum-sebelum ni, saja bagi yang simple untuk cikgu janji IKHLAS kan?
Setiap orang limit hanya pada 5 orang cikgu je..Zara bagi note book je dengan vitagen. Zarif pulak mintak pen merah dengan vitagen. Simple kan? Hahaha..Kebetulan pulak Zara masih dengan musim peperiksaan lagi so macam takde sambutan je (aku rasa la tapi aku suruh je bagi hadiah, saja buat meriah-meriah keadaan).
Tapi sekolah agama Zarif ada sambutan pulak hari ni, tapi takde hadiah lagi. Nanti aku sambung la buat hari ni pulak untuk cikgu sekolah agama Zarif dan cikgu ngaji dia..Yelah, yang penting ikhlas dan nak ucapkan rasa terima kasih sebab bersusah payah mengajar anak kita ni menjadi orang yang berilmu...
Yang pastinya jasa seorang guru tu tak ternilai dan tak terbalas dengan hadiah-hadiah yang diberi ni..Terima Kasih Cikgu!!!
Pilihan hadiah menarik juga tu Huda. Cikgu pun dapat vitagen, akak cakap dengan anak akak, beri pen pada cikgu, semua tak mahu, pen dah biasa kata mereka, huhu.
ReplyDeleteSi Alia tu mula2 minta belikan lampu tidur untuk cikgu dia, hihi, punya murah hati, akak kata, itu nanti Alia dah kerja ada duit sendiri, boleh Alia belikan untuk cikgu Alia ya. Ni kita beri yang cantik tapi simple pun takpe janji ikhlas. Bukan hadiah mahal yang biasa cikgu hendak, tapi kejayaan anak2 murid dalam pelajaran tu biasa yang buat cikgu lebih rasa terharu. Jadi belajar bersungguh2 tau! Itu je pesan akak pada mereka semua.
Salam huda..
ReplyDeletewah.. hadiah yg menarik juga tu..
salam huda,
ReplyDeletesenang cikgu2 nak tanda buku kan :)
anak2 kak ati sekolah pagi n ptg ada sambutan hari ini
bestlah hadiah tu Huda...
ReplyDeleteKalau tak beri hadiah cikgu kesian pulak kan sebab dia memang sayang cikgu tu Huda...
ReplyDeletecomeynya hadiah utk cikgu ni... Queen sediakan kad aje utk teacher ammar...
ReplyDelete