23.5.13

Perut mengeras| Nak ke Beruang Hill Resort Melaka

Malam tadi agak cuak sebab perut tiba-tiba mengeras dan rasa semacam. Wah rasa dah macam nak bersalin pun yea tapi takde kontraksi pun. Tapi sebenarnya takde apa-apa, logiklah bila dah hampir dengan waktunya perut memang boleh jadi mengeras dengan tiba-tiba tapi semuanya ok je.

Mau tak keras kalau aku dok syiok nengok bolasepak pasukan JDT (Tahniah yea!!! Kita menang!!). Nengok keadaan stadium malam tadi rasa macam diri sendiri ada kat situ..:) Lepas tu tukar jap nengok drama Dahlia..Kalau nengok drama Dahlia ni tak emosi memang tak sah tau..




So kejap nengok bola kejap nengok drama yang penuh emosi tu kot tiba-tiba perut jadik mengeras, hehe..Cuak pulak bila mrhubby takde kat rumah sebab keluar minum dengan kawan-kawan. Tapi jangan risau memang takde apa pun. Bila dapat tido semua pun ok je..:)

So hari ni last sekolah esok dah mula cuti umum sempena Wesak. Korang ada ke mana-mana? Mulanya aku ingat takmolah ke mana-mana. Tapi mengenangkan anak-anak rasa kesian pulak. Yelah lepas ni confirm diaorang kena dok rumah je tunggu ibu dia nak bersalin.

So dari kelmarin dan semalam (memang last minute la..) cari hotel dan resort semua. Ala nak bermalam pun sehari je. Buat suka-suka untuk anak-anak yang penting ada swimming pool. Aku target nak JB tapi majoriti hotel semua abis dan fully booked untuk esok sampai Ahad, huhu.

Dan hasil pencarian tak putus asa, aku dapat booking satu bilik kat Beruang Hill Resort kat Melaka. Nama Beruang tapi takde beruang ok, hehe. Yang penting ada swimming pool dan dekat dengan Aeon Ayer Keroh..best tu..Aku pun tak pernah sampai lagi kat tempat ni, nanti bila dah dok sini aku buat review ok.

Sumber gambar :www.beruanghill.com

Selamat Bercuti untuk semua dan berhati-hati yea walau di mana pun anda berada...:)




7 comments:

  1. normal juga tu jijah rasa kalau dia mngeras tapi xde contraction.. jijah pon kdg2 mgeras..takut gak..huhuhu

    bestnya kak dapat cuti.. leh spend masa yg byk gan family sebelum bersalin..

    ReplyDelete
  2. dh dekat nk bersalin mmg selalu la perut mengeraskan kak.. sama la sy dulu.. tetiba rindu masa2 preggy.. erkkk..
    slmt bercuti ye kak.. sy pun x sabar nk balik ganu sok pagi.. :)

    ReplyDelete
  3. dh lama x tgk dahlia.. sbb selalu sakit hati kalo tgk cite tu.. hehehe... mmg geram gila dgn haliza tu.. berhati-hatila walau dgn kwn baik skalipun... serammmmm...

    dulu perut queen mg sentiasa je mengeras kak.. wah.. nk g bercuti yer.. selamat bercuti..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..salam kenalan dr zila..selamat bercuti

    ReplyDelete
  5. Aeon Ayer Keroh takdelah best mana Huda...hihi.

    Selamat bercuti...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka aeon Ayer Keroh kak dari yg baru sbb yg baru tu besar dan tak larat nak jalan berbanding aeon lama ni.. Hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...