Aku tak boleh miss drama ni setiap Isnin - Rabu di Astro Mustika HD (134). Drama Dahlia ni menggantikan drama Sehangat Asmara.
Drama ni memang best la pada aku setakat ni baru 6 episod, kalau korang yang tak nengok lagi boleh la nengok. Rasanya drama ni takde amik dari novel apa pun. So fresh skrip la gitu..:)
Nengok pelakon-pelakon dia memang best lagi-lagi ada Faizal Hussein. Hans Isac pun bagus jugak sebab dah lama sangat dia tak berlakon. Senang kata memang best laa..:) Setakat ni aku memang tak miss lagi nengok drama ni.
Sinopsis drama Dahlia -:
Drama yang mengisahkan seorang wanita bernama Dahlia(Dira) yang terpaksa
hidup bersama suaminya Razman (Hans) yang berlaku curang. Dahlia
akhirnya tekad untuk bercerai dan membina hidup baru. Penceraian Razman
dan Dahlia adalah adalah disebabkan desakan Haliza iaitu teman wanita
Razman. Setelah bercerai, Dahlia bertemu dengan seorang ahli korporat
yang baik hati bernama Fuad. Fuad banyak menjadi pendorong kepada Dahlia
yang telah ditipu oleh bekas suaminya.
OST drama Dahlia lagu Bisikan Rinduku - Dayang Nurfaizah
kite pun suka drama dahlia nie..
ReplyDeletemasa razman ckp dia ada pmpuan lain tu,eh ternanges pulak.
geram sangat ngan haliza.
tapi kite suke dira sebenarnya. hehehehe.
lagu dia pun mantap kan. Dayang nyanyi. sedap/
Betullah lama tak nampak Faizal dan Hans Isaac berlakon. Atau kakak yg jaaaaarang tonton tv sebenarnya. Cuti sekolah baru kakak berpeluang sikit Huda...
ReplyDeleteWahhh pelakon2 hero nye otai2 patut laa best hehehehe....lieya ni dah jarang tgk drama....bile org kate best karang baru terhegeh2 tgk online heheheheh
ReplyDeleteSomehow, drama ni mmg best. Banyak pengajaran yg boleh dipelajari oleh couple2. Kalau ada yg dah ada affair pun sesuai tgk, kalau yg baru2 nak start affair pun patut tengok, atau yg tak pernah ada affair pun sesuai tgk supaya boleh expect what to expect kalau dalam situasi yg macam tu. Rasanya kaum lelaki pun kalau dah tgk drama ni sure melekat kat tv jugak coz sesuai untuk tontonan semua. Skripnya sangat 'real', like in the normal life. Tahniah utk drama ini yg ada kelainan nya tersendiri. Tahniah kepada semua pelakon krn successfully membawa watak2 masing2. Can't wait to see more...
ReplyDeletedrama ni mmg best sgt2...sy yg kurg gemar nk tgk drama yg pnjang2 ni pun bleh layan...tiap kali tgk kena ada tisu hehe...jahat betul si haliza tu...razman tu mmg bodoh..ikut je telunjuk haliza tu..yg sebenarnya haliza tu x cintakan sgt kat razman tu pun..just sbb rs terlalu cemburu dgn teman baik sendiri yg ada sumenya..tu yg dia nk dapatkan apa yg dahlia miliki...citer ni ada sedikit persamaan dgn novel "inferrior" tulisan norhayati ibrahim klau xsilap...:)
ReplyDelete