Hari ni Jumaat cuaca pun redup dan cantik je. Mood aku pun biasa-biasa je. Rileks, belum bersalin lagi ni, hehe. Masih sibuk buat kerja..:)
Sedihnya bila jalan-jalan ke blog orang, terbaca KISAH SEDIH ni..
Takziah diucapkan kepada ibu dan bapanya dan moga roh si kecil dicucuri rahmat dan syurga la tempatnya..Amin.
Aku sangat memahami keadaan dan rasanya semua ibu pasti akan memahami dan rasa sedih bila membaca kisah tu. Terbayang anak-anak sendiri kan. Aku sendiri pernah ada pengalaman bila Zara waktu kecil dimasukkan ke hospital akibat pneumonia. Mujurlah keadaan tu tak berapa serius. Tapi sebelum jejak 2 tahun keluar masuk hospital dan klinik bagaikan satu kemestian untuk aku dan Zara.
Senang kata Zara mudah sangat kena jangkitan dan mudah demam. Jadinya bila asik keluar masuk klinik dan hospital doktor memang advice aku untuk selalu get ready bila Zara demam. Pastinya aku memang kena sediakan satu first aid khas letak dalam bilik sebab Zara jenis demam panas tiba-tiba tanpa ada sebarang 'sign'. Termometer memang selalu ada dengan aku, even ke mana-mana pun aku mesti bawak sebab takut perkara yang tak diingini berlaku. Tambah menakutkan bila demam panas tu datang waktu semua orang tengah tido. Jadi sebagai ibu aku kena alert. Penat dan tak cukup tido jangan cakaplah tapi demi kesihatan anak memang aku ketepikan semua rasa penat tu.
seawal 5-6 bulan dah kena neb..
ni masa setahun ke setahun lebih
punca sakit - virus yang tak diketahui dan demam yang terlalu panas, nyaris kena sawan
Semua keadaan yang berlaku ni buat aku jadi tabah dan lebih peka tentang kesihatan anak-anak terutama Zara sebab dia paling mudah terkena jangkitan berbanding Zarif. Apapun segala yang berlaku atas ketentuan Tuhan jua. Alhamdulillah sekarang kesihatan Zara jauh lebih baik biarpun sesekali diserang selsema dan batuk.
Sebagai hambaNya kita kena tabah dan percaya apa saja yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Kadang aku sendiri pun tak pasti samaada aku mampu tempuh segala dugaan yang diberi tapi aku kena percaya atas kuasa Tuhan sebab hanya Dia Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya...
moga zara semakin sihat dan membesar dgn sempurna iyer akk :)
ReplyDeletebtul tu kak.. ujian Allah buat kita menjadi makin kuat.. moga zara makin sihat n terus sihat...
ReplyDeleteizan pun doakan zara terus membesar menjadi anak yg sihat, pintar dan cerdas ye huda.
ReplyDeletebetul tu... kadang bila kita baca kisah org lain, rasa beratnya dugaan mereka. entah mampu atau tidak bila perkara yg sama berlaku pada diri kita sendiri. hanya Allah yg tahu apa yg terbaik buat kita semua kan.
berat mata memandang berat lagi bahu memikul kan kak.. sedih jijah baca entry akak tu.. anak yg lahir cukup sifat akhirnya pergi di sisi Allah..tapi kita perlu ingat anak itu pinjaman Allah moga kita harus tabah n redha dengan ketentuan Allah.. hanya Allah tahu segalanya..
ReplyDeleteKakak masa baca tu Huda di pejabat tapi airmata kakak luruh juga. Tak terbayang betapa besarnya ujian buat mereka kan... Moga mereka tabah dan dapat pengganti baby baru dgn cepat..
ReplyDelete