27.5.13

Aktiviti cuti sekolah

Dah mula dah cuti sekolah, dua minggu tuu. Cuti sekolah yang buat aku rasa berdebar-debar jugak sebab menanti hari, huhu..

Untuk permulaan cuti sekolah ni dari Jumaat lagi (cuti Wesak tu) kitaorang ke Beruang Hill Melaka saja. Jadilah janji budak-budak boleh mandi kolam, nanti aku cerita entry lain sebab belum transfer gambar lagi. Ikutkan hati aku nak ke JB berangan nak dok Thistle Hotel kot-kot boleh jumpa pemain bolasepak JDT ke tapi harapan tinggal harapan sebab  most of the hotel semua fully booked. Nak buat camana kan last minute plan, so redha jelah..

Semalam pulak Zarif ada klinik asas bolasepak kat stadium tempat kerja aku. Dari 8 pagi sampai 5 petang dok berjemur kat tengah padang. Bayaran untuk klinik asas bolasepak ni cuma RM10/- so sambutan yang diterima memang la sangat menggalakkan. Balik rumah abis muka berkilat, takpelah budak laki sejati memang kena dok berjemur tengah padang, hehe.

Hari ni Zarif ada aktiviti dengan moksu dia, katanya nak nengok movie Epic..Takpelah selagi ada masa terluang ni isilah dengan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya yea..Nanti bila dah dapat adik kena tolong ibu pulak..:)


Ni masa baru sampai

Aku tak ikut pun masa hantar ke padang ni, dok berehat kat rumah mak aku je ditemani anak dara cimonet aku tu;

Nak jugak pakai jersi JDT, hehe








3 comments:

  1. Klu sy belikan Aydin jersi JDT tu, mst suami sy meluat je. Hahahahah!

    Sy kan, klu kwn2 preggy n tunggu hari, sy pun ikut berdebar. Ceh! Over. Tiba2, rindu ms2 nak bersalin dulu. Sob...sob...

    ReplyDelete
  2. Elok juga ada aktiviti macam ini. Lagi pun Abang Zarif kan montel biar dia susut sikit hihi.... Zara tu memang comel pakai apa pun cantik dipandang mata:)

    ReplyDelete
  3. masing² pakai jersi JDT.. hehe.. comel zara buat muka mcm tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...